Search This Blog

Tuesday, December 11, 2012

Kes Norikoh, SAPP Bukan Ambil Kesempatan


Saudara Pengarang,

Rahsia di sebalik pergerakan "In Remembrance And Justice For Adik Norikoh" di Pekan Kota Marudu pada Ahad lalu, adalah satu anjuran simbolik daripada SAPP CLC N.5 Tandek, khusus untuk memperingati pemergian Norikoh yang ke 14 hari. Kami tiada niat langsung untuk membuat "Demonstrasi atau Tunjuk Perasaan."

Tujuan kami adalah ikhlas.

Mesej yang sebenar kami ingin sampaikan adalah soal kesedaran dan keselamatan khusus buat seluruh rakyat Kota Marudu dan khasnya rakyat di Sabah, di mana setiap ibu/bapa terutama sekali kepada mereka yang mempunyai anak 'sumandak' supaya jangan sesekali ikut orang yang tidak dikenali.

Nah, akibatnya, inilah yang telah berlaku terhadap adik Norikoh sehingga kematiannya tiada seorang pun yang sanggup bertanggungjawab.

Seperti mana yang terpapar di Baner, "Kami Simpati Dan Akan Membela Diatas Pemergian Mu Adik Norikoh" adalah sangat jelas dan ikhlas, bahawa kami akan kotakan setiap ungkapan kami, jika sekiranya kes ini tidak ada kesudahannya kelak.

Ini bukan soal politik, tetapi soal maruah anak orang Sabah yang harus dibela. Walaupun, ada segelintir rakyat Tandek menafikan keikhlasan saya dalam memperjuangkan hak-hak orang kita/Sabah dan menuduh saya mengambil kesempatan mengageh-agehkan risalah parti semasa anjuran tersebut adalah tidak benar.

Tetapi anda silap kerana itu adalah anjuran SAPP bukan siapa-siapa.

Sebagai bukti, lihat saja permulaan dalam gambar bagaimana saya dan rakan-rakan mula bergerak. Bayangkan, hanya ada 13 orang sahaja yang benar-benar berjuang dan komited dengan penuh dedikasi bersama saya pada hari itu.

SAPP CLC Tandek 5 orang sahaja iaitu John Charles Mikat, Pathlyn Mikat (Ketua Mudanita), Angeline Mikat, Jenny Missin (Ketua Wanita) dan Damit Kundahal (AJK CLC). SAPP Pusat 5 Orang juga iaitu Willfred Gaban, Clement, Denny dan dua orang lagi. Kami turut disertai dua orang sukarelawan.

Apapun, semoga Tuhan akan menyebelahi kepada pihak yang benar. Kerja kami pun sudah selesai. Selepas tu SAPP CLC Tandek mulalah membahagi-bahagikan risalah parti! Salahkah kami berbuat demikian?

Salam Hormat,

JOHN CHARLES MITAH MIKAT

38 comments:

  1. Tujuan kami adalah ikhlas.

    "Mesej yang sebenar kami ingin sampaikan adalah soal kesedaran dan keselamatan khusus buat seluruh rakyat Kota Marudu dan khasnya rakyat di Sabah, di mana setiap ibu/bapa terutama sekali kepada mereka yang mempunyai anak 'sumandak' supaya jangan sesekali ikut orang yang tidak dikenali." -- John Mikat

    komen Biris:
    POLITIK MIKAT TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN.

    Tujuan anda mungkin ikhlas dan berbaloi--memberi kesedaran dan pendidikan.

    Soalnya, apa matlamat anda berbuat demikian? Adakah anda betul-betul berbuat seperti yang anda lakukan kerana 'you truly love Norikoh and his family?'.

    This is questionable...because of the way you have done it.

    Pertama, kamu guna parti politik (SAPP) sebagai platform untuk memberi'KESEDARAN'. Ini bermakna your action is politically motivated. Anda dengan mudah dituduh mempunyai motif politik iaitu berkempen untuk menarik sokongan rakyat Kota- Marudu kepada parti SAPP.

    Kedua, perbuatan kamu tidak profesional----berpikit dan tunjuk perasaan di tempat awam seolah-olah memprotest dan menuduh pihak berkuasa tidak menjalankan tugas dengan betul atau sekurang-kurangnya memberi gambaran buruk kepada rakyat berkenaan sikap polis terhadap kes Norikoh. Anda bersikap prejudis dan itu salah. Siasatan masih sedang berjalan.

    Perbuatan yang profesional ialah anda hanya perlu buat laporan polis dan menggesa pihak polis memberi perhatian yang lebih terperinci kepada kes ini.

    Ketiga, perbuatan kamu tidak bermoral---- kerana perbuatan anda dengan mudah boleh dianggap mengambil kesempatan, keuntungan politik peribadi dari kes kematian yang mengejutkan dan mengerikan tanpa memperdulikan perasaan ibubapa dan ahli keluarga dekat dengan si mati(yang masih dibelenggu dengan kesedihan dan kejutan).

    Perbuatan anda bukan membantu menenangkan fikiran mereka tetapi memanjangkan masa kesedihan mereka. Mungkin anda langsung tidak ada meminta kebenaran dari pihak keluarga.

    Di atas kubur Norikoh, terpacak salib yang mengatakan, R.I.P....."Biarkan saya berehat dalam keadaan aman", tetapi Biris fikir perbuatan anda tidak membantu. Adakah John Mikat mahu diperalatkan seperti Norikoh untuk kepentingan politik orang lain setelah anda meninggal dunia?

    Kesimpulannya, mungkin tujuan anda betul tetapi jelas sekali CARA anda melaksanakannya adalah tidak profesional, tidak bermoral dan tidak bertamadun.

    Biris fikir anda lebih sayang diri anda dan politik anda dari Norikoh itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Biris! Jawapannya ada disini. Nak tahu? Bacalah...

      http://www.facebook.com/photo.php?fbid=449310551800408&set=pb.100001644011441.-2207520000.1355240706&type=3&theater

      Delete
    3. Kalau ikhlas tidak payah la tayang2. publish2.

      Delete
    4. PESANAN BIRIS KPD JOHN CHARLES MIKAT.

      Kalau John Charles Mikat dan adik-beradiknya tidak mengetuai pihak penyokong parti SAPP meminta maaf kepada keluarga Norikoh dan Bangsa Rungus kerana memperalatkan kes kematiannya untuk menggamit political gain mereka dan parti SAPP,.....Biris menggesa ketua kampung dan ketua komuniti Rungus di Kota Marudu(WKAN) mengambil tindakan tegas ke atas manusia yang biadap, tak berperikemanusiaan dan tak bermoral ini.

      John Charles Mikat mesti meminta maaf secara terbuka di suratkhabar utama Sabah dan di hadapan ketua kampung, keluarga dan wakil ketua anak negeri kawasan Kota Marudu.

      John Mikat mesti dikenakan 'SOGIT yang setimpal atas perbuatannya yang tak mengendahkan langsung perasaan dan situasi keluarga si mati yang masih berkabung pada masa ini.

      By Biris.

      Delete
    5. JOHN CHARLES MITAH MIKAT DAN ADIK-ADIKNYA BOLEH DIKENAKAN DAKWAAN..."CONTEMPT OF COURT/POLICE INVESTIGATION ",.....biris percaya mereka sudah dipanggil polis,dan statement sudah diambil dari mereka...tunggu saja pertuduhannya nanti.

      Delete
  2. ooooh, patutlaaa si biris ni macam BN = Biris Nasi. Bilis atau nokobiris... aaaaa mana-mana sajalaa.
    'you truly love Norikoh and his family?'... yes we do..! "kasihilah sesama kamu" ... FAHAAAAM...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lain biris ko yang mabuk..stupid. opposition style

      Delete
  3. The family of Norikoh would have felt the want of publicity on this case which they felt must be highlighted, If Norikoh's murder can be a wake-up call for Sabahans, so let us have it, are we going to stay that low and timid, in face of all the comings that are not in our favour??? Are we going to stand it that long? Think and Vote in one voice! You should know who to vote!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP fishy votes..opposition style

      Delete
  4. SAPP Bukan Ambil Kesempatan?

    Murni sungguh hati ahli-ahli SAPP sehingga sanggup menganjurkan kempen kesedaran dan keselamatan khas untuk rakyat Sabah sebaik berlaku kes pembunuhan yang melibatkan anak jati Sabah. Mana lagi kita mahu cari parti politik yang memiliki sikap ambil berat terhadap keselamatan rakyat Sabah seperti SAPP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada parti politik di Malaysia setakat ini yang sanggup mendahului siasatan pihak polis semata-mata mahu menunjukkan kemurnian hati pemimpin-pemimpinnya. Tidak ada parti politik di Malaysia setakat ini yang berkobar-kobar semangatnya mahu memperjuangkan isu-isu keselamatan sebaik tragedi itu berlaku.

      Delete
    2. Saya memuji, menghormati dan menghargai "keikhlasan" SAPP dalam memperjuangkan isu-isu keselamatan rakyat di negeri ini. Tapi untuk bersetuju bahawa SAPP BUKAN mengambil kesempatan, amat jauh terlintas di fikiran saya. Bagaimana dengan kes-kes pembunuhan di Sabah yang lain?

      Delete
    3. kenapa tidak ada seorangpun dari pemimpin-pemimpin SAPP yang sudi mengibarkan banner atau menganjurkan perarakan bagi memperingati atau untuk mendapatkan keadilan kepada mangsa? Ikhlas sangatkah perjuangan mereka apabila kes "tertentu" sahaja yang mereka bangkitkan untuk tatapan rakyat Sabah?

      Delete
    4. Sikap SAPP mengkontroversikan tragedi yang menyayat hati ini menunjukkan seolah-olah hanya satu kes pembunuhan sahaja yang berlaku di Sabah sepanjang tahun ini.

      Delete
    5. Sepatutnya Yong Teck Lee yang sebelum ini pernah disaman oleh Harris kerana mempolitikkan tragedi "Double Six" tampil menasihatkan ahli-ahlinya supaya tidak mengikut jejak langkah beliau serta belajar untuk menghormati keluarga mangsa yang masih dalam "kejutan" agar tidak mengganggu ketenteraman keluarga berkenaan.

      Delete
    6. Ketika pihak polis sibuk menjalankan siasatan, disitu jugalah ahli-ahli SAPP sibuk menaikkan banner dan berarak konon untuk memperjuangkan keadilan kepada mangsa pembunuhan. Seolah-olah tidak wujud polis di negeri ini, atau seolah-olah pihak polis tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

      Delete
    7. Kalaupun ahli-ahli SAPP tidak mampu menyembunyikan sikap "tanggungjawab" mereka ekoran Pilihanraya Umum semakin hampir, mereka masih boleh memainkan peranan mereka tanpa perlu menjadikan kes ini sebagai modal untuk mendapatkan sokongan politik. Cukuplah SAPP bekerjasama dengan pihak polis supaya si pembunuh dapat diberkas secepat mungkin atau mungkin membantu keluarga mangsa samada dalam bentuk kewangan atau sokongan moral.

      Delete
    8. Lain kali jangan guna nama SAPP baru tidak dikatakan ambil kesempatan.

      Delete
    9. Ambil kesempatan selagi masih ada peluang..opposition style

      Delete
    10. Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan.

      Delete
  5. Tindakan SAPP ada unsur politik juga ni. takkan saja2 buat tanpa tujuan dan atas nama 'SAPP'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mahu beramal, mana boleh tunjuk2.. kalau atas nama SAPP macam politik sudah tu..

      Delete
    2. Betul tu, buat baik tidak perlu bagitahu, perlu ikhlas.

      Delete
    3. harap perkara ini tidak akan di politiikan. Hormat keluarga mendiang.

      Delete
  6. Lain kali tiap kali ada kejadian jenayah yang berlaku, SAPP buatlah tindakan macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga ba masyarakat prihatin, macam SAPP tunjukan tapi biar niatnya betul.

      Delete
    2. Harap penjenayah yang melakukan perkara ini akan di beri hukuman yang berat.

      Delete
  7. SAPP kalau betul ikhlas bagus la

    ReplyDelete
  8. Bijak sangat SAPP, gunakan isu ni untuk bahan umpan PRU13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP kalau pasal memancing undi memang bergeliga macam kepala botak YTL

      Delete
  9. Diharap pihak polis dapat menyiasat motif sebenarnya pembunuhan tu

    ReplyDelete
  10. Kalau SAPP tidak membangkit kepentingan kes Norikoh siapa yang mampu dan bersedia untuk berdiri untuk Norikoh? Bagus juga SAPP sudi ambil kesempatan untuk menghormati Norikoh mala kematian dia tidak siasia ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sahaja SAPP, semua pihak ingin memastikan akan kematian Norikoh di bela.

      Delete
  11. Orang yang jahat pula si Biris simpati daripada si Norikoh orang kita sendiri. Thank you SAPP for your support. It is better to stand for the truth than to be quiet and let the killers escape justice.

    ReplyDelete
  12. tembirang saja SAPP tu, padahal mmg sengaja nak ambil kesempatan untuk publisiti diri.

    ReplyDelete
  13. jika parti politik yang terlibat, mmg ia ada agenda politik.

    ReplyDelete