Search This Blog

Tuesday, January 8, 2013

Laut di jalanraya alternatif tiada sebarang tindakan

SANDAKAN, Januari 4, 2013: Dua batang jalanraya terpaksa ditutup akibat daripada banjir disebabkan oleh hujan lebat yang melanda baru-baru ini di Jalan Batu 8 Jalan Lai Fook Kim - Sibuga, berhampiran Kawasan Pelupusan Sampah Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

AJK Pemuda SAPP Zon Sandakan Shahrizan Bin Jainal berkata, baru-baru ini Datin Linda Tsen Thau Lin ada melawat jambatan usang di Jalan Yap Syn Kee, tapi tidak melawat kawasan yang sering mengalami banjir seperti yang pernah disuarakan sebelum ini.

Perkara ini pernah diajukan di akhbar pada 23hb Dec 2012 tahun lalu, namun sampai sekarang tidak terjumpa sebarang tindakan yang diambil bagi menangani masalah ini. Keadaan ini semakin hari semakin sukar, dimana pengguna yang menyusuri jalan ini terpaksa meredah air banjir dan menunggu berjam-jam untuk melalui jalan tersebut.

Parit yang pernah dikatakan sebelum ni pun tidak juga diselenggarakan dan mengakibatkan air hujan yang begitu banyak melimpah ke atas jalan raya. Tiada apa-tindakan yang baik untuk menangani masalah ini mahupun dari pihak Majlis Perbandaran dan kontraktor yang dilantik oleh kerajaan.

Pada pendapat Shahrizan, parit yang sekarang ini memang perlu di luaskan dan di lebarkan seperti parit konkrit yang ada sebuah daripada Jalan Ulu Sapi hingga Jalan Sg.Sibuga di Batu 8, Shahrizan berkata, "ini bukannya membuat projek baru, sedangkan masalah yang lama tidak diselesaikan terlebih dahulu."

"Ini bukan sahaja menghalang dan menyusahkan para pengguna jalanraya ini, malah boleh mengakibatkan kemalangan.
"Pada waktu tersebut banyak kenderaan telah rosak, saya dan rakan-rakan yang berada di kawasan berkenaan pada ketika itu, sempat menemubual dengan beberapa pengguna jalan tersebut, mereka berasa amat marah pada wakil rakyat dikawasan tersebut yang tidak pernah mengendahkan masalah dijalan sejak dari dulu lagi. Air banjir itu sahaja sudah menjadi lautan kerana tiada sistem perparitan yang betul. Kemungkinan besar kawasan ini akan menjadi kawasan penternakan ikan air tawar sekiranya air banjir yang memenuhi jalan ini tidak redah.

Selaku Ketua Pemuda SAPP CLC N.42 Sg.Sibuga, Shahrizan berkata, "Wakil rakyat bukan sahaja hanya muncul sewaktu hampir pilihanraya, tapi setiap kali ada aduan dan mengambil berat permasalahan daripada rakyat. Kalau wakil rakyat muncul hanya sekadar melihatkan diri bagi mengaburi mata rakyat, itu sudah salah kerana wakil rakyat dilantik oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat."

44 comments:

  1. JIKA SAPP MEMERINTAH SABAH, BOLEH KERAJAAN SAPP HARAMKAN BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR?

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta supaya rakyat tidak menyalahkan kerajaan apabila berlakunya sesuatu musibah atau bencana alam seperti banjir, baru-baru ini. Beliau berkata, terdapat faktor lain yang menyebabkan berlakunya musibah banjir iaitu kedatangan musim tengkujuh dan masalah pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia ketika ini. "Salah satu daripada fakta yang menyebabkan banjir berlaku adalah musim tengkujuh (yang berlaku saban tahun) di mana pada musim itu kita mendapat hujan yang lebat dari biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JIKA SAPP MEMERINTAH SABAH, BOLEH KERAJAAN SAPP HARAMKAN BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR?

      "Ada juga unsur yang melanda dunia iaitu kepanasan global dan perubahan iklim di mana kesan fenomena ini sukar untuk ditaksirkan tetapi mengikut pakar kaji cuaca jika hujan turun ia akan akan turun lebih lebat dari biasa," katanya.

      Delete
    2. JIKA SAPP MEMERINTAH SABAH, BOLEH KERAJAAN SAPP HARAMKAN BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR?

      Najib dalam pada itu berkata, kerajaan akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dan membantu rakyat menangani fenomena perubahan cuaca ini. "Kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak sebab nak menghadapi masalah perubahan cuaca ini memerlukan usaha global yang belum ditangani secara berkesan oleh komuniti antarabangsa. "Namun sebagai kerajaan kita akan berusaha berdepan dengan fenomena ini dan menguruskan bencana banjir dengan sebaik mungkin," katanya.

      Delete
    3. JIKA SAPP MEMERINTAH SABAH, BOLEH KERAJAAN SAPP HARAMKAN BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR?

      Menangani pemanasan global dan perubahan iklim memerlukan usaha global, kata Najib, sambil menambah bahawa pihak berkuasa akan menguruskan banjir sebaik mungkin.

      Delete
    4. Punca pembanjiran harus dikenal pastikan.

      Delete
  2. Masalah banjir di Sandakan perlulah diberikan tumpuan oleh pihak kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem perairan yang wajar diperlukan.

      Delete
    2. Kerajaan harus turun padang dan memahami keadaan sebenar dan sedia mengambil langkah yang wajar.

      Delete
    3. Jangan salahkan kerajaan sahaja, bukan kita mau perkara ini terjadi.

      Delete
  3. Tindakan yang berkesan perlulah diambil bagi menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  4. Semoga Datin Linda Tsen akan memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi rakyat yang menggunakan Jalan Batu 8 Jalan Lai Fook Kim - Sibuga.

    ReplyDelete
  5. Pihak MPS sepatutnya cuba mencari punca yang menyebabkan banjir terlebih dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, punca harus dicari dan cara penyelesaian dapat diambil.

      Delete
  6. Adakah ia disebabkan sistem pengairan tidak sesuai, longkang tersumbat, ataupun kawasan itu memang kawasan tanah rendah... perlu kenal pasti puncanya.

    ReplyDelete
  7. Contoh lain untuk mengatasi masalah banjir adalah membersihkan parit: Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

    ReplyDelete
  8. Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai.Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

    ReplyDelete
  9. Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

    ReplyDelete
  10. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai dan parit sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjadi tanggungjawab penduduk juga untuk pastikan kebersihan di kawasan tersebut.

      Delete
    2. Rakyat jug aharus bertanggung jawab untuk menjaga kebersijan agar sampah sarap tidak menyumbat.

      Delete
    3. MPS harus memastikan sisa dan sampah dibersihkan selalu. Rakyat jugs tidak harus membuang sampah sesuka hati.

      Delete
    4. Kerjasama dari semua pihak dapat memastikan sistem pengaliran dapat berjalan lancar dan MPS harus memantau keadaan ini.

      Delete
  11. Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

    ReplyDelete
  12. Sekarang ni musim hujan.hati2 di jalan raya..

    ReplyDelete
  13. Peruntukan perlu diberi kepada kawasan ni untuk laksanakan projek tebatan banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan harus mencari jalan untuk membaiki lagi kelemahan yang menyebabkan kebanjiran.

      Delete
  14. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serius untuk memperbaiki keadaan seperti kekerapan banjir kilat yang sering berlaku

    ReplyDelete
  15. antara punca berlakunya banjir kilat ialah kedudukan anak sungai yang berbengkang bengkok dan terdapat kayu atau semak di dalamnya yang menyebabkan air tidak mengalir dengan baik apabila hujan lebat.

    ReplyDelete
  16. satu penelitian dan kajian dibuat oleh kementerian itu segera bagi memperbaiki keadaan dan pelaksanaan itu dilakukan dalam Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10).

    ReplyDelete
  17. Perkara ini pernah diajukan di akhbar pada 23hb Dec 2012 tahun lalu, namun sampai sekarang tidak terjumpa sebarang tindakan yang diambil bagi menangani masalah ini

    Semoga pihak berkuasa bertindak cepat agar rakyat tidak menjadi mangsa kebanjiran.

    ReplyDelete
  18. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui Barisan Nasional (BN) menjanjikan sesuatu perkara yang mampu dilaksanakan untuk faedah rakyat kerana jika tidak menepati janji, ia tergolong dalam kalangan munafik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut Najib kegagalan menepati janji yang diberikan kepada rakyat bukan sahaja menyalahi perintah agama dan berdosa besar malah dianggap sebagai berbohong dan pihak yang suka menabur janji kosong berkenaan akan dihukum oleh rakyat.

      Delete
    2. “Jangan sekali-sekali kita menjadi orang munafik. Sebab itulah kita menggunakan ungkapan janji ditepati supaya sebagai sebuah kerajaan, bila kita bercakap, kita bercakap yang benar dan bukan kita bohong. Bila kita janji, kita jangan mungkir janji sebab peribahasa menyebut ‘binatang dipegang pada ekornya manusia dipegang pada janjinya.

      Delete
    3. “Kalau kita menggalas amanah, jangan kita khianati amanah. Sebab itulah saya bagi jaminan (kepada) tuan-tuan, setiap ayat, setiap perkataan yang kita luahkan kepada rakyat, kita dasarkan kepada kemampuan kita. Kalau kita tak mampu, kita tidak akan sebut kerana kalau berjanji kita tidak tunaikan, dosa itu adalah amat besar.

      Delete
    4. “Tuhan akan laknat kita, rakyat akan hukum kita, mereka (rakyat) akan hokum pemimpin yang tidak melakukan apa yang dia janjikan ataupun dia menipu rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat

      Delete
    5. Najib juga berkata sambutan rakyat di Sabah dalam beberapa siri lawatannya ke negeri ini seperti di Sandakan, Sipitang, Kota Belud, Penampang dan Kudat yang mendapat sambutan cukup menggalakkan, menggambarkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.

      Delete
    6. Katanya kehadiran beramai-ramai rakyat juga menggambarkan keyakinan bahawa rakyat hanya boleh menyandarkan harapan masa depan mereka kepada kerajaan BN dan bukan kepada orang lain, sekaligus melambangkan sokongan padu rakyat kepada kerajaan sekarang.

      Delete
    7. Najib juga memberi jaminan bahawa semua yang dijanjikan kerajaan BN akan ditunaikan tanpa mengambil kira bila pilihan raya umum akan diadakan.

      Delete
    8. Perdana Menteri juga menyifatkan Sabah sebagai cerminan masa depan rakyat 1Malaysia kerana di samping kepelbagaian kaum dan kepercayaan, rakyat negeri ini masih mampu bersatu padu dan hidup dalam suasana harmoni sejak kemerdekaan Sabah 49 tahun lalu menerusi pembentukan Persekutuan Malaysia.

      Delete
    9. Najib berkata sebagai seorang pemimpin, beliau perlu memahami keluh-kesah rakyat serta memahami denyut nadi mereka dan mesti mampu dan sanggup memenuhi aspirasi atau kehendak rakyat

      Delete
    10. “Salah satu aspirasi rakyat, khususnya di Kudat ialah supaya bertitik tolak daripada pelancaran Jelajah Janji Ditepati ini, Kudat akan melalui zaman pemulihannya, Kudat dapat kembali kepada suatu ketika ianya merupakan ibu negeri Sabah dan kalau kita tidak boleh kembalikan ibu negeri Sabah kepada Kudat, sekurang-kurangnya kita dapat terus membangunkan Kudat ini seperti mana kehendak masyarakat di sini,” katanya.

      Delete
  19. Projek membaiki sistem pengairan harus dibuat sebelum musim hujan.

    ReplyDelete
  20. Keadaan hujan pasti akan menyebabkan banjir berlaku di mana-mana.

    ReplyDelete