TENOM, Disember 31, 2012: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menggesa pihak tertentu agar mengambil tindakan serius untuk mempastikan tiada kerja kerja tertunggak sebelum menyerahkan rumah mesra rakyat (RMR) atau lebih dikenali sebagai PPRT kepada masyarakat yang menerimanya.
Beliau berkata, terdapat banyak aduan masyarakat khususnya mereka yang menerima kemudahan tersebut diserahkan kepada mereka (penerima) dalam keadaan yang tidak lengkap malah membebankan mereka.
"Kita mendapat tahu bahawa program PPRT dibawah KKLW ia dibekalkan kepada rakyat secara pakej yang meliputi bekalan elektrik dan air (tetapi) yang sedihnya rakyat yang menerima terpaksa berulang alik ke pejabat daerah untuk meminta mereka melengkapkannya namun diberi janji kosong.
"Apakah ertinya bantuan ini diberi kepada rakyat yang amat memerlukan jikalau kerajaan sekadar menunaikan pemberian secara separuh hati...bererti mereka tidak ikhlas membantu rakyat," kata Roger ketika memberitahu media pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika turun padang memantau aduan masyarakat dikawasan perkampongan dalam kawasan Dun Melalap berhubung masalah pembinaan PPRT yang tidak dilengkapkan dengan bekalan elektrik dan bekalan air.
Dalam pada itu, beliau turut terkilan dengan kualiti kerja yang dilaksanakan kontraktor ketika kerja kerja melurus dan mendalamkan sistem perparitan di Kg Makakagas yang disifatkannya sebagai "cincai' (tidak sempurna).
"Sepatutnya kerja kerja itu lebih mengutamakan saliran air mampu berjalan dengan lancar apabila musim banjir...termasuklah meluruskan perparitan dan mendalamkannya.
"Begitu juga tebingannya sepatutnya di simen supaya tidak berlaku runtuhan tebing...apa yang kita lihat sangat mengecewakan penduduk disitu," tegasnya.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memberi amaran tidak akan menjelaskan bayaran kepada kontraktor yang gagal membina rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) mengikut spesifikasi dan syarat yang ditetapkan.
ReplyDeletepihaknya memandang serius kontraktor yang menyeleweng dan mementingkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan amanah serta tanggungjawab sosial.
DeleteKatanya, pihaknya tidak akan bertolak-ansur dan tidak akan membayar kos membina rumah berkenaan kecuali mereka mematuhi syarat yang ditetapkan.
DeleteContohnya, jika mereka (kontraktor) membina rumah PPRT sebuah bilik sahaja sedangkan mengikut spesifikasi asal rumah berkenaan perlu ada tiga bilik.
DeleteKontraktor yang gagal melaksanakan projek dengan menepati kualiti yang dikehendaki harus juga disenarai hitam dan dikenakan tindakan undang-undang.
Deletepemantauan harus dilakukan dengan kerap oleh pihak KKLW agar kualiti PPRT adalah seperti yang telah ditetapkan..
DeleteTindakan ini adalah tidak bertanggung jawab. Harus juga pihak berkuasa memantau dan memastikan disrah dalam keadaan yang memuaskan.
DeleteKontraktor yang gagal menjalankan tugas yang di beri, harus di kenakan tindakan tegas.
DeleteProjek PPRT perlulah disiapkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada pemohon.
ReplyDeleteStandard dan garis panduan perlulah ditepati oleh pihak kontraktor.
ReplyDeleteTindakan diambil jika tidak dapat menepati standard.
Deletemana2 kontraktor yang gagal menepati piawaian yang telah ditetapkan, maka kontraktor tersebut harus disenaraihitamkan...
DeleteKontraktor yang tidak memenuhi syarat harus dikenakan pampasan.
DeletePemantauan kerap haruslah dilakukan oleh pihak yang melantik kontraktor untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
ReplyDeleteJika kontraktor gagal melaksanakan projek itu berdasarkan apa yang dijanji, kerajaan tidak patut meluluskan bayaran kepada mereka.
ReplyDeleteBaik suruh kontraktor itu membayar pampasan kerana gagal menyiapkan projek itu berasaskan standard yang ditetapkan.
ReplyDeleteBetul, pampasan harus dikenakan agar kontraktor menjalankan projek tersebut dengan penuh bertanggung jawab.
DeletePemilihan kontraktor juga harus dinilai latar belakang dan status kewangannya.
DeleteSistem perparitan adalah penting untuk mengelakkan masalah banjir semasa hujan.
ReplyDeletePerparitan harus dibina untuk memastikan perairan lancar terutama musim hujan.
DeleteParit tersebut dan lubang perairan perlu cukup saiznya untuk membolehkan air mengalir dengan berkesan supaya tidak menyebabkan masalah banjir.
ReplyDeleteSistem perparitan harus wajar agar tidak menyebabkan isu banjir.
DeleteKerajaan perlulah ikhlas membantu rakyat dengan menyediakan rumah PPRT yang berkualiti kepada mereka.
ReplyDeleteGolongan yang mendapati rumah PPRT harus bersyukur.
DeletePastikan setiap bantuan diberikan secara ikhlas dan sepenuh hati.
ReplyDeleteSetiap projek yang dilaksanakan, biar berkualiti.
ReplyDeleteKualiti pembinaan harus menepati spek.
Deletepastikan semua projek dilaksana mempunyai kualiti
ReplyDeletemana2 kontraktor bersikap sambil lewa harus dikenakan tindakan.
ReplyDeleteKontraktor-kontraktor yang telah dipilih dan dilantik melaksana semua projek kerajaan hendaklah menyiapkannya dengan sempurna dan menepati masa yang ditetapkan.
ReplyDeleteKontraktor juga seharusnya lebih bertanggungjawab menggalas hasrat kerajaan yang ikhlas membela nasib rakyat tanpa mengutamakan keuntungan berlebihan sehingga menggagalkan misi kerajaan mahu membela nasib rakyat.
ReplyDeleteKerajaan akan sentiasa berusaha membantu menaik taraf kehidupan rakyat.
DeleteKegagalan mereka menyiapkan projek pembinaan dan pembaikan projek itu boleh menimbulkan kesan negatif kepada kerajaan dan boleh dikategorikan sebagai 'Projek Sakit'.
ReplyDeleteKerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mana-mana kontraktor yang gagal menyiapkan projek kerajaan termasuk melaporkan kepada pihak SPRM.
ReplyDeleteSemua kontraktor yang mendapat tawaran membina rumah dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di daerah ini diingatkan supaya mematuhi garis panduan dan spesifikasi ketika menjalankan kerja-kerja pembinaan rumah tersebut seperti yang telah ditetapkan oleh agensi berkenaan
ReplyDeleteSemua kontraktor terlibat diseru agar menyiapkan rumah berkenaan mengikut spesifikasi dan tempoh tertentu yang telah diamanahkan kepada mereka.
ReplyDeleteMalaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Pelbagai usaha telah di jalankan untuk membangunkan Malaysia setanding negara-negara maju. Malaysia mengamalkan perancangan yang berperingkat dimana Rancangan Malaysia telah di rancang dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) telah di jalankan dan dilaksanakan.
ReplyDeleteProjek Perumahan Rakyat (PPR) mempunyai beberapa isu-isu yang kontroversi walaupun projek ini telah banyak yang berjaya di tempat lain. Di antara isu yang timbul ialah rumah rakyat hanya menyediakan sebuah bilik tidur? Mengabaikan kebajikan, keselamatan dan keselesaan penghuni rumah pangsa rakyat? Pengagihan skim tidak di terima oleh pemohon? Persoalannya wajarkah isu ini timbul dalam projek yang terancang ini?
ReplyDeleteNilai dan etika yang menjadi isu kontroversi ini ialah kejujuran, disiplin, komitmen, agama dan perkauman. Hal ini merujuk kepada pemaju atau pengusaha yang tidak memelihara dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab mengikut agama, undang-undang serta mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Mereka tidak memikirkan impak akibat daripada tindakan yang dilakukan sama ada betul atau tidak, baik atau buruk kepada rakyat
ReplyDeletePengajaran yang boleh di pelajari ialah kita mesti menanamkan sifat amanah dan jujur dalam diri sendiri. Melahirkan nilai-nilai murni dalam amalan bekerja. Kita juga mestilah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas agar tidak menganaiya orang lain dengan melakukan semua kerja serta memikirkan impak kepada semua.
ReplyDeletePemantauan harus di buat bagi memastikan semua projek yang di rancang, berjalan dengan lancar.
ReplyDelete