Search This Blog

Tuesday, April 2, 2013

Lawatan Takziah kepada mangsa kebakaran Kg Numbak

Lawatan Ke Taman Tumbuhan Organik dan lawatan takziah kepada mangsa kebakaran di kawasan Kg Numbak

KOTA KINABALU - ILink Berhad adalah NGO yang ditubuhkan untuk membantu komuniti komuniti yang menhadapi isu kehidupan dalam Sabah terutamanya komuniti anak negeri. Misi NGO ini adalah menolong komuniti menubuhkan pertanian, perniagaan, kemahiran hidup supaya mereka tidak lagi menderita dalam kemiskinan dan juga menhantar bekalan kepada mereka yang wajib. Di bawah pertubuhan I Link Berhad, sebuah institusi penjagaan pesakit mental bagi kaum perempuan telah ditubuhkan selama empat tahun. Pada Mei 2012 yang lalu, I Link Berhad telah mengambil alih penjagaan ini daripada tangan Agape Sabah. Institusi ini direka untuk menjaga dan membantu pesakit mental dan keluarga mereka, dan juga untuk memberikan bantuan yang lebih berkesan dan penjagaan sosial bagi wanita yang mempunyai gangguan mental.

Ahad, petang Mac31, walaupun hujan renyai-renyai, ahli-ahli I Link Berhad tetap gembira pergi melawat ke Taman Tumbuhan Organik yang terletak di Donggonggon. Ahli-ahliI Link mempunyai tujuan khas dalam perjalanan ini, iaitu untuk belajar tentang kaedah pertanian organik. Pertanian organik adalah kaedah yang asli dalam bidang penanaman, kaedah-kaedah ini termasuk memulihkan tanah, teknik membaja dan kawalan perosak.

Kita berharap untuk menyediakan satu saluran untuk membina aktiviti kehijauan melalui pertanian organik. Masa depan yang akan datang, I Link Berhad berharap berpeluang memperluaskan aktiviti perlindungan alam sekitar, tujuannya adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk generasi akan datang. I Link Berhad juga merancangakan bekerja sama erat dengan kumpulan-kumpulan perlinduangan alamsekitar yang lain, dan secara aktif menggalakkan aktiviti perlinduangan alamsekitar.

Pada pagi1 April, ahli-ahli I Link Berhad telah melawat ke Kg Numbak, untuk prihatin terhadap mangsa kebakaran. Menurut pihak berkenaan, kebakaran terjadi pada petang Mac27 di Kg Nombak yang terletak berhampiran dengan One Borneo. Kebakaran itu telah melanda 234 rumah, dan telah menyebabkan lebih kurang seribu mangsa kehilangan tempat tinggal. Selepas kebakaran tercetus, mangsa-mangsa buat sementara diaturkan kepenginapan sementara. Ahli-ahli Kami mengetahui bahawa sebahagian daripada mangsa, iaitu kira-kira 400 mangsa ditempatkan sementara di sebuah sekolah yang berdekatan. Kami pun pergi ke sana untuk melawat, serta memahami keadaan mangsa dan memberikan bantuan praktikal dan takziah kepada mereka yang terlibat. Bagi mangsa-mangsa ini, kami telah menghantar 30 botol, setiap botol mengandungi 20 liter air minuman yang bersih. Tempat penginapan sementara ini tidak mempunyai dapur atau tandas. 400 mangsa yang menginap sementara di situ berasa sungguh ketidakselesaan. Air minuman yang bersih disediakan oleh kami telah membantu mereka buat sementara. Disamping menyediakan air minuman yang bersih, ahli-ahli I Link Berhad juga meluangkan masa perbualan. Salah sebuah keluarga memberitahu kami bahawa kebakaran itu tercetus dengan tiba-tiba, api merebak dengan cepat, dalam ketegangan masa itu, mereka terpaksa meninggalkan rumah tanpa bawa apa-apa, namun ahli keluarga sebanyak 12 orang berjaya diselamatkan daripada kebakaran mereka kehilangan semua bekalan. Keluarga ini menunjukkan kesyukuran kepada kami tentang lawatan dan bantuan kami. Selepas lawatan kali ini, ahli-ahli I Link Berhad yakin bahawa bantuan susulan akan terus dihulurkan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Menurut Cik Avis Chong, sempena pengerusiI Link Berhad, I Link Berhad amat mengalu-alukan maklum balas daripada awam. I Link Berhad percaya gabungan tenaga daripada semua pihak, dunia kami akan lebih kesayangan dan bermanusiaan. Pengerusi juga dengan ikhlasnya mengalu-alukan sesiapa yang berminat berhubung dengan I Link Berhad. Tel:016 –8894090

No comments:

Post a Comment