SANDAKAN, Batu Sapi - Residents of Bao Min Garden today held a peaceful picket in protest of the government's inaction to repair the badly damaged roads leading to their residences.
With placards carrying "Mana Wakil Rakyat" aimed at the Batu Sapi Member of Parliament Linda Tsen Thau Lin of PBS.
Spokesman of the group told that the residents and motorists were made to suffer and endure with the dilapidated and pot-holed road condition which stretches to at least 500 metres (1/2 Km).
He said the residents have no choice after their pleas fell on deaf ears by the authorities so they decided to take this action to arouse attention of the YBs who are not doing anything to solve their problem or they are too busy with other things.
The residents also questioned BN's promises during the Batu Sapi by-election "Where are the promises made during the Batu Sapi by-election?"
News in BM ..................
Penduduk protes jalan rosak teruk
Penduduk Taman Po Hing di Sandakan kata rakyat diabaikan.
KOTA KINABALU : Sekumpulan penduduk di Batu Sapi mengadakan protes mengenai jalan semakin teruk hingga sukar dilalui.
“Di mana wakil rakyat kami! Di mana sudah janji pilihan raya Barisan Nasional!,“ demikianlah dinyatakan oleh penduduk Taman Po Hing di Sandakan.
Lebih dari 20 penduduk telah berhimpun di hadapan taman perumahan pada hari Sabtu untuk mendesak kerajaan supaya mengambil perhatian segera berhubung keadaan sebahagian jalan berkenaan yang rosak teruk.
Mereka turut memaparkan keluhan tanda rasa kekecewaan dengan keadaan jalan berlubang-lubang di mana kerosakannya bukan sahaja menyukarkan kenderaan kecil untuk melalui tetapi turut mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya apabila jalan itu terutama pada waktu malam atau musim tengkujuh sekarang ini.
“Duit projek didahulukan, rakyat diabaikan”, “Rali Dakar peringkat Batu Sapi”, “Jalan Batu Sapi sama juga dengan jalan di estet” adalah antara yang tertulis di kad-kad yang dipegang oleh mereka ketika mengadakan protes itu.
Penduduk taman berkenaan meminta kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian dengan sebeberapa segera memandangkan kerosakan pada jalan sepanjang 500 meter terutama sekali di hadapan Taman Po Hing semakin hari semakin teruk.
“Kami harap pembaikan dapat dilakukan secepat yang mungkin kerana kerosakannya semakin sukar untuk dilalui disebabkan keadaan jalan yang berlubang di sana-sini,” kata seorang penduduk Yunizam Yusof, 26 tahun.
“Apa yang kami mahu ialah ada usaha membaiki agar kerosakan tidak menular. Pengguna jalan meminta supaya ada perhatian dan tindakan segera agar kerosakan tidaklah teruk sebegini,” tegas beliau.
Cuba lihat keadaan jalan ini yang begitu teruk. Mana ada orang sanggup untuk melalui jalan yang rosak seperti ini apatah lagi pada waktu malam memandangkan kerosakan jalan berkenaan mampu mengundang bahaya, kata Yunizam.
Beliau merayu kepada pemimpin-pemimpin serta kerajaan untuk mendengar rintihan seluruh penduduk di Batu Sapi yang tidak lagi sanggup melihat kerosakan semakin teruk ini.
No comments:
Post a Comment