Oleh : Datuk Eric MajimbumDALAM sidang Dewan Parlimen kelmarin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah menjawab soalan bertulis saya (Sepanggar) mengenai pembatalan projek penjanaan 300 Megawatt Loji Arang Batu di Sinakut, Tungku.
Menteri KeTTHA mengesahkan bahawa pemilik projek terpaksa membayar pampasan ganti rugi kepada pihak kontraktor USD22.5 juta sebagai pembayaran muktamad bagi kontrak yang telah ditandatangani.




