Search This Blog

Monday, June 20, 2011

‘Gound Work’ SAPP Akan Berterusan

Saudara Pengarang,

Merujuk kepada satu artikel bertajuk ‘SAPP Wajar Hentikan Budaya Tikam Curi’ yang tersiar di portal Sabahkini.net dua hari lalu membuatkan saya terpanggil untuk memberikan jawapannya.

Nampaknya pihak Umno sudah merasa gusar dengan kehadiran pemuda SAPP di kawasan akar umbi dalam satu ‘Groundwork’ dipanggil ‘Misi ‘Fact Finding’ Pemuda SAPP Berjaya’, yang bertujuan untuk melihat sendiri sejauh mana keberkesanan projek projek pembangunan yang telah dijalankan kerajaan UMNO-BN setakat ini.

Disebabkan SAPP sebagai pembangkang yang berwibawa mendapat keyakinan daripada rakyat jelata kerana lantang bersuara, maka beberapa tohmahan daripada rakyat akar umbi telah diterima dengan pelbagai dakwaan yang tidak disenangi mereka selama ini.

Bagaimana pun, SAPP khususnya, Pemuda Zon Pedalaman mengambil satu langkah yang lebih sesuai, efektif dan adil untuk semua pihak terbabit, maka SAPP memutuskan tidak mendengar keluhan dan tohmahan rakyat secara ‘hearsay’ semata-mata tetapi sebaliknya pemuda SAPP terus sahaja meluru ke akar umbi menemui sendiri rakyat yang diulit masalah tetapi tidak dipedulikan kerajaan dan seterusnya mengambil maklumat mereka untuk direkod sebagai perhatian SAPP.

Misi ‘Fact Finding’ SAPP bukan sekadar tertumpu kepada aduan dan tohmahan masyarakat kerana disisihkan daripada hak mendapat pembelaan kebajikan mereka, tetapi juga perkara lain seperti tohmahan rakyat berhubung pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan UMNO-BN tidak memuaskan, khususnya pembinaan bangunan yang terbengkalai atau projek-projek yang tidak sesuai dengan kosnya.

Harus diingat, bahawa peranan SAPP sebagai pembangkang sebahagian daripada objektif kerajaan dalam menyuburkan demokrasi dan hak kesaksamaan dalam proses pembangunan negara dan kerajaan UMNO-BN tidak sepatutnya melabelkan pembangkang dengan pelbagai warna bentuk cemuhan yang bukan bersifat manusia sejagat.

Walaupun Misi ‘Groundwork’ pemuda SAPP baru di peringkat awalan, namun ketika ini kelibat UMNO sudah kelihatan tidak menentu semacam ‘cacing kepanasan’ kerana kekhuatiran mereka bahawa misi SAPP akan menemui banyak lagi perkara sumbang berhubung pembangunan yang telah dilaksanakan kerajaan UMNO-BN setakat ini.

Aktiviti ‘Groundwork’ SAPP tidak akan berakhir di sini sahaja, malahan akan terus menerus sehingga berlaku PRU13. Bagaimanapun aktiviti yang telah dijalankan bagi ‘Groundwork’ SAPP; sebenarnya sudah berjalan selepas SAPP keluar daripada Gagasan BN pada 17 September 2008; tetapi tidak diberi peluang untuk mendapatkan hak publisiti meluas di media media cetak, berbanding dengan aktiviti yang dijalankan UMNO-BN yang bukan sahaja media cetak tetapi media elektronik turut memainkan peranan utama seperti TV1, 2, 3 dan Astro Awani kerana telah dikuasai kerajaan.

Walaupun terdapat andaian yang tidak sihat, mahupun kekangan daripada kalangan pemimpin kerajaan UMNO-BN bahawa tindakan Misi ‘Fact Finding’ pemuda SAPP Zon Pedalaman sekadar gimik politik atau mencari publisiti, tetapi misi ini tetap misi yang sebenar benarnya bagi SAPP dan tidak mengharapkan menjadi sumber publisiti di media cetak, kerana apa yang dijalankan SAPP, adalah sebagai memenuhi tanggung jawabnya kepada rakyat yang tertindas serta membendung gejala RASUAH serta PEMBAZIRAN wang rakyat secara berleluasa.

Tugasan misi ini tidak berakhir begitu sahaja, tetapi semua laporan dan gambar-gambar kejadian termasuk temuramah dengan para individu yang sudi memberi maklumat terperinci tentang kecurangan kerajaan telah direkod dan akan dijilidkan dengan laporan daripada daerah lain di Pedalaman untuk dikemukakan kepada pihak Ibu Pejabat SAPP Kota Kinabalu untuk rumusan, sebelum tindakan lanjut akan dilakukan.

Salam hormat,

RUDY S.MAIRI

22 comments:

  1. Keep up the good work SAPP. Umno is shaking now.

    ReplyDelete
  2. Apa guna nya jika SAPP menang di Sabah tapi Putrajaya maseh lagi di tangan UMNO/BN? Kena ikut telunjuk juga macam PBS dulu.Apa SAPP boleh buat kerana semua kena 'control' oleh Putrajaya.

    ReplyDelete
  3. Only idiot will think like the anon above. Is kelantan under BN? Why Kelantan can survive for many years even though without supporting from UMNO in putrajaya? Sabah under umno became the POOREST but Kelantan is doing better.

    Only a LOSER like the anon above will think that Sabah under local party will have no hope. BECAUSE you do not have an idea on how to run the state which doesn't mean SAPP also as in-competence as you.

    Janganlah kamu jadi Katak Dibawah Tempurung!

    ReplyDelete
  4. harap SAPP bukan setakat melakukan misi 'fact finding' yang dilihat cuba mencari kelemahan pihak lain saja. teruskan usaha membantu menyelesaikan masalah rakyat dan berjuang untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. SAPP sudah kalah sekali di Batu Sapi. Adakah masih ada ruang untuk SAPP di Sabah?

    ReplyDelete
  6. Tapi tidak salah untuk berusaha kerana usaha adalah tangga kejayaan.

    ReplyDelete
  7. Ren mungkin belum tahu peranan pembangkang kerana komen anda saya lihat semacam org yg tidak faham saja tu...?

    Pembangkang tidak semestinya duduk diam tetapi haruslah turun padang memantau pembangunan yg telah dilaksanakan kerajaan Umno-Bn sama ada ianya mengikut perancangan yg betul yg meliputi kos projek, kesesuaian pembangunan itu adakah mempunyai kebaikan secara total kepada rakyat disekitar kawasan itu.

    Kerja/pelaksanaan mereka (Umno-BN) perlu dipantau kerana dana yg mereka gunakan adalah wang rakyat hasil kutipan daripada pembayar cukai...itu sebab mereka tdk boleh sesuka hati membelanjakan wang rakyat secara boros atau pembinaan bangunan yg tdk berfaedah sehingga terbengkalai.

    itulah sebenarnya peranan yang dimainkan pembangkang dalam membantu menguruskan pembangunan negara dengan betul dan mapan semata mata mempastikan hak rakyat tdk melencong ke jalan lain.

    Soal pembangunan adalah urusan kerajaan utk melaksanakannya selepas bajetnya diluluskan oleh Parlimen dimana pembangkang juga turut mengambil bahagian dalam membahaskan bajet itu agar berhemah dan menjurus kpd sesuatu pembangunan yg fokus kpd keperluan rakyat.

    Sementara peranan pembangkang adalah utk mempastikan sejumlah projek pembangunan yg telah diluluskan diParlimen dibelanjakan dgn tepat dan berkesan.

    Janganlah memandang serong kpd peranan pembangkang seolah olah tdk memberi impak kpd pembangunan negara. Sebenarnya pembangkang juga mempunyai peranan dalam menyuburkan pembangunan negara dan meletakkan hak rakyat dari segi mendapat keadilan dan kesaksamaan sewajarnya.

    ReplyDelete
  8. Saya tidak memihak mana mana dan saya juga bukan ahli pembangkang tetapi sekadar memerhati pihak mana yang benar dan menyokongnya.

    Saya lihat komen Mat Janggut dari Kudat berhubung peranan pembangkang saya setuju kerana tanpa pembangkang yang baik negara kita ini tidak akan maju.

    Mengapa saya katakan tidak maju...kerana kalau dizaman 1960an rasuah bilangannya sedikit dan kalau ada pun dikalangan penjawat awam sahaja. Tapi sekarang pemimpin politik yg sembahyang lima waktu pun tidak boleh diharap...melencong juga. Pemimpin sekarang kalau makan wang bukannya sedikit...berbillion ringgit!

    Inilah yang kita perlukan pembangkang turun padang dan memantau mana mana projek yg dilaksanakan kerajaan....jangan baru dua minggu siap ketiga minggunya roboh sudah jambatan gantung tapi harganya ratusan ribu.

    Syabas sdra Mat Janggut!

    ReplyDelete
  9. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Susah juga mahu komen dunia politik ni.

    ReplyDelete
  10. Apapun, terpulanglah pada penilaian rakyat sendiri.

    ReplyDelete
  11. setiap orang ada pandangan sendiri.bagi saya, saya lihat sekarang ni semua parti cuba untuk mendapatkan perhatian rakyat. apa pun terpulanglah kepada setiap rakyat untuk menilai sendiri.

    ReplyDelete
  12. cara SAPP nak tarik sokongan ja tu.

    ReplyDelete
  13. SAPP hanya tahu mencari maslah dan tidak tahu menyelesaikan masalah. Itulh dia SAPP yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  14. parti SAPP betul berkerja tetapi malahnya, masih orang yang mahu cakap buruk untuk parti ini parti tulen untuk Sabah.

    ReplyDelete
  15. SAPP juga kelihatan tidak menentu semacam ‘cacing kepanasan’ apabila program mereka dikritik oleh pihak lain.. sama la tu..

    ReplyDelete
  16. SAPP tetap berjuang untuk rakyat, jangan dipengaruhi oleh anasir-anasir BN dan musuh yang mahu merosakkan parti yang tulen ini...syabas

    ReplyDelete
  17. Pro Demokrasi SabahJune 25, 2011 at 3:20 PM

    Saya bukan keterlaluan berhubung isu SAPP turun padang...itu adalah hak dan obligasi SAPP sebagai pembangkang yg ada tanggung jawab menjaga penyelewengan wang rakyat.

    Kalau anda katakan SAPP tidak tahu menyelesai masalah rakyat..persoalan itu tdk tepat kerana masalah pembangunan atau kebajikan rakyat adalah tangung jawab pemerintah yg dipelopori UMNO-BN, kerana merekalah ada tanggung jawab membelanjakan wang rakyat.

    Tetapi peranan pembangkang adalah memastikan pemerintah membelanjakan wang rakyat dengan berhemah dan tidak membazir serta fokus kpd rakyat yg benar2 memerlukan tanpa mengira bulu atau kepartian.

    Pembangkang tetap berada disisi rakyat setiap masa kerana jika kerajaan lalai atau pura2 tdk nampak, pembangkang akan menegur supaya semua rakat mendapat hak sama rata.

    Untuk menyelesaikan masalah penyelewengan...pembangkang akan buat laporan kpd pihak berwajib spt SPRM.

    ReplyDelete
  18. Nampaknya black yang macam "lindung dalam sekam" merunta runta bila UMNO-BN sudah pecah tembelang kerakusan mereka membolot kekayaan dgn jalan haram...hahahaha!

    Mungkin black dapat dividen banyak dari UMNO-BN?

    ReplyDelete
  19. Teruskan perjuangan SAPP...welldone! Rakyat tetap menyokong perjuangan SAPP parti tempatan Sabahan.

    ReplyDelete
  20. Sapp jangan gentar apa saja komen yang sealiran dgn Umno, teruskan sahaja perjuangan demi rakyat yang tertindas kebiadapan dan kebinatangan Umno!

    ReplyDelete
  21. Biarlah mereka buat apa yang mereka buat sekarang.

    ReplyDelete