Search This Blog

Monday, June 20, 2011

Geran komunal perlu penjelasan serius

TENOM, Jun 20, 2011: Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap Roger Stimin 32, (gambar) sependapat dengan soalan soalan yang diajukan oleh para peserta dialog Inkuiri tanah adat yang dikendalikan SUHAKAM kususnya berhubung status geran komunal didewan Seri Antanom pada Sabtu.

Katanya, beliau bimbang bahawa kemunculan geran komunal yang tidak disenangi masyarakat disitu menjadi suatu kekangan dan halangan bagi penduduk terbabit untuk menikmati keselesaan dan kebesan penerokaan penghidupan ditanah tumpah darah mereka sendiri.

"Tidak dinafikan bahawa kerajaan mempunyai obligasi untuk membangun masyarakat yang terpinggir supaya berada dilandasan arus sosio ekonomi yang mampan," kata beliau ketika memberitahu Harian Ekspress pada Sabtu.

"Meskipun program geran berkelompok seperti geran komunal menjadi pilihan tetapi rakyat harus diberi kefahaman lebih mendalam mengenainya termasuk jaminan kerajaan berhubung status pemilikan," tambah Roger lagi yang juga salah seorang Peguam.

Roger berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa peserta dialog ketika Inkuiri tanah adat orang asal/asli anjuran SUHAKAM dimana para peserta terutamanya dikawasan Mukim Rundum dan Kg Imahit menyatakan keengganan mereka menerima geran komunal seperti yang diumumkan ketua Menteri abah Datuk Seri Musa Haji Aman pada baru baru ini.

Tegasnya lagi, status geran komunal merupakan satu geran berkelompok bersifat sementara dimana ianya tidak mempunyai “Status ownership" yang menyulitkan para peserta menggadaikan/memajak tanah milik mereka itu ke mana mana institusi perbankan untuk mendapatkan pusingan modal.

Dalam konteks itu tambah Roger, pihak kerajaan harus mengambil langkah langkah lain yang dirasakan lebih selamat dan sesuai untuk memujuk penduduk terbabit supaya menyertai program geran berkelompok bersandarkan ketelusan sebagai tawaran yang lebih berkonfiden untuk penduduk tidak menolak usaha kerajaan itu.

"Kalau diSemenanjung misalnya, penduduk orang asli telah menerima program ini dan diberi geran komunal yang mempunyai data data tambahan sebagai pra syarat yang meliputi jangka hayat geran tersebut dan insentif atau kemudahan kewangan sebagai bantuan kepada mereka untu mengusahakan tanah tanah mereka," jelas Roger.

Beliau menambah, penduduk yang sudah digeruni dengan pelbagai masalah yang melepaskan mereka daripada hak asasi tanah NCR yang telah didiami mereka sejak turun temurun sudah tentu terlau sukar bagi mereka mempercayai bahawa usaha kerajaan itu baik secara jangka panjang.

"Kerajaan perlu ada pasukan petugas khas memantau selain memberi penjelasan yang seluas luasnya program itu sebelum dilaksanakan…pasti penduduk menerimanya jika mereka faham," kata Roger lagi.

Mail Mathew

16 comments:

  1. Antakor Junis,TenomJune 20, 2011 at 9:32 AM

    Setuju pendapat ini bhwa dari segi keadilan harus ada penjelasan dulu dan kemudian dengar cadangan balas rakyat baru laksanakan geran komunal. Bukan main paksa2 pula! Umno-Bn tiada otak bah!

    ReplyDelete
  2. Someone should explain this.

    ReplyDelete
  3. rakyat sebenarnya takut tertipu. jadi, perlu ada penjelasan yang lebih lanjut untuk meyakinkan mereka.

    ReplyDelete
  4. Rakyat kena tahu bahawa geran komunal ini adalah satu yang selamat untuk rakyat agar tanah mereka tidak jatuh ketangan orang luar sewenangnya dan bagi mengelak mereka menjual tanah mereka.

    ReplyDelete
  5. Rakyat jangan terpedaya dengan apa yang dikatakan oleh pembangkan kerana stail pembangkang ini memang ingin memnbangkan usaha kerajaan.

    ReplyDelete
  6. xia...perlu datang ke kawasan Kemabong atau Rundum dan disana u dengar sendiri apa orang Murut cakap. Kalau xia ada semasa dialog Suhakam diDewan Seri Antanom lagi bagus xia dpt faham apa tersirat dihati masyarakat Murut. Ini bukan bilang pembangkang mahu membangkang saja...xia sendiri kena rasional dalam perkara ini dari aspek hak asasi manusia khususnya suku kaum Murut diRundum.

    Xia pergilah tanya mana Peguam di K.K...adakah geran komunal ini tercatat dlm sejarah pemberian geran tanah...ini hanya idea terbaru dlm zaman pemerintahan Umno-BN. Saya kerja Pejabat Tanah sampai pencen baru sekarang dengar ini nama geran komunal.

    ReplyDelete
  7. mungkin pegawai2 dari jabatan tanah & ukur perlu turun padang untuk jelaskan apa sebenarnya geran komunal ini...

    mungkin boleh buat ceramah & sesi soal jawab dgn penerima2 geran komunal ini?

    ReplyDelete
  8. aish susahlah macam ni. Keadaan semakin mengelirukan. huhu

    ReplyDelete
  9. Harap perkara ini dapat diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  10. sebaiknya jika penjelasan diberikan agar semua boleh faham mengenai kebaikan atau kelebihan geran komunal.

    ReplyDelete
  11. sesetangah penduduk membantah geran ini kerana mereka tak faham konsep geran ini. penjelasan perlu diberikan kepada mereka agar mereka faham.

    ReplyDelete
  12. Penjelasan mengenai geran Komunal ini sangat penting bagi memastikan rakyat tidak keliru.

    ReplyDelete
  13. kalau susah sangat baik masukkan semula tanah2 itu ke dalam kawasan hutan simpan..

    ReplyDelete
  14. Ansarui, Kabintaluan RundumJune 25, 2011 at 3:06 PM

    Kalaulah black ini menjadi ketua negara saya percaya lebih banyak yg kena hukum mati sebelum perbicaraan selesai...kerana black gagal menguasai minda yang cergas dan melahirkan pemikiran yang bernas.

    Kankah Hakim diMahkamah Tinggi telah menistiharkan tanah adat NCR yg ada dlm Hutan Simpan adalah hak asasi orang asli/Murut berdasarkan sejarah turun temurun mereka. Hutan Simpan hanya di gezetkan sekitar tahun 1984...orang Murut rakyat Paduka Antanom sudah berada disitu ratusan tahun yg lalu...Paduka Antanom memberontak diRundum tahun 1915.

    Itulah asas yg diambilkira oleh Hakim yg memutuskan bahawa tanah adat NCR dlm hutan simpan perlu dikeluarkan menjadi tanah kerajaan sebelum diserahkan kpd orang asli/Murut. Tetapi persoalannya...oran Murut tdk mahu geran komunal yg tdk ada status ownership macam TOL atau geran padang ragut yg boleh ditarik balik kerajaan pada bila bila masa.

    Apa yg org asli/Murut mahu ialah mereka diberi geran berasingan spt NT,FR atau CL yg berlaku pada masa ini, supaya mereka sah jadi pemiliknya dan tdk ragu2 lagi mengusahakan tanah2 mereka.

    Mereka sdh terhidu ura2 kerajaan bhwa kalau diberi geran komunal kerajaan boleh menyerahkannya kpd GLC utk tanaman kelapa sawit dimana peserta dlm geran komunal hanya sebagai beneficiary saja, tiap2 tahun dibayar dividen...inilah dorang tdk mahu.

    Harap black telah faham kalau tdk mari ikut saya p Rundum dan disana kau buka mulut kalau berani lah!

    ReplyDelete
  15. saya SGT2 TIDAK bersetuju dengan pengenalan geran komunal ini di sabah.

    my point is, masyarakat pribumi Murut sudah menduduki tanah mereka sejak beratus tahun dahulu. itu adalah hak mereka, milik mereka dan Murut's prerogative. Buat apa terima-pakai geran komunal jikalau tanah itu automatically teda personal ownership?

    cuba kamu bayangkan ba, keturunan kamu sudah tinggal di tanah tu berkurun2, tiba2 ada 'orang luar' decided kamu hanya boleh dpt geran KOMUNITI instead of geran NT..wth?

    i wonder what will happen if we reverse this situation to TANAH RIZAB MELAYU di semenanjung. pasti org2 melayu pun tidak mahu tanah adat mereka kena tukar status ke geran komuniti..

    ReplyDelete
  16. Harap geran ini akan mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa.

    ReplyDelete