Search This Blog

Tuesday, July 19, 2011

Rakyat Weston derita tanpa bekalan air

BEAUFORT: Bekalan air merupakan keperluan asas yang amat diperlukan, bukan sahaja untuk minuman, masakan dan kerja mencuci, tetapi juga mencukupi pelbagai keperluan lain seperti air sembahyang kenduri kendara dan sebagainya.

Pekan kecil Weston terletak kira-kira 28 KM dari Pekan Beaufort sering mengalami gangguan bekalan hampir setiap bulan. Ditengah-tengah kemeriahan penduduknya mengadakan kenduri arwah dan majlis perkahwinan selain rutin harian, putusnya bekalan memang mendatangkan derita.

Menurut penduduknya (enggan namanya disiarkan) sudah 1 minggu masalah ketiadaan air ini berlaku, menyebabkan kesukaran yang sukar digambarkan. Namun apabila mendengar keluhan mereka, jelas terpancar perasaan hampa terhadap wakil rakyat Lumadan Kamarlin Ombi.

Setiausaha Penganjur Pusat Parti Maju Sabah (SAPP) Jamain Sarudin yang bersimpati dengan keadaan ini mendesak kerajaan agar memperbaiki segera segala kelemahan yang mendatangkan mudarat kepada rakyat.

Beliau menyelar sikap tidak ambil kisah ADUN Lumadan YB Kamarlin Ombi.

Kegagalan Kamarlin dan kakitangannya memberikan perkhidmatan kepada masyarakat amat dikesali. Ini menunjukkan bahawa rakyat selaku pengundi hanya layak dilayan sewaktu pilihanraya sahaja, sedangkan selepas itu, mereka dibiarkan begitu sahaja.

Menurut beliau lagi yang juga Naib Ketua Perhubungan Bahagian N.27 Lumadan, selain Weston, beberapa kampung lain turut terjejas teruk seperti Lingkungan, Lubok, Bangkalalak, Bintuka dan Mintulut. Putusnya bekalan air ini dikatakan berpunca daripada tekanan rendah di beberapa tempat, dan ekoran daripada paip utama yang pecah akibat kerja-kerja kontrak.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, paip utama di Jimpangah telah pecah akibat kerja-kerja kontrak pemasangan paip gas, dimana pengendali mesin pengorek tanah telah melakukan kecuaian sehingga paip tersebut pecah.

Jamain berkata, sepatutnya Jabatan Air sentiasa mengawasi kerja-kerja kontrak dan pihak yang berkenaan juga sepatutnya sentiasa mengadakan hubungan duahala bagi mengelakkan masalah sedemikian berulang pada masa akan datang.

Beliau turut menyarankan agar Jabatan Air, Unit KPLB N.27 Lumadan agar memberikan makluman segera kepada penduduk agar mereka boleh bersedia dan tidak terlalu terjejas.

Sedangkan Jabatan Air mempunyai kakitangan yang cukup ramai, dan tugas memaklumkan ini tidak memerlukan segerombolan pekerja, sebaliknya menggunakan media, radio dan tv yang menjadi milik sepenuhnya kerajaan. Apatah lagi Jabatan mempunyai kenderaan sendiri yang boleh bergerak ke kampung berkenaan dan memberikan makluman serta mengedarkan masalah.

Sekurang-kurangnya penduduk dapat bersedia. Wakil Rakyat juga perlu menggunakan peruntukan tahunannya untuk menyewa lori bagi mengangkut bekalan air lebih kerap dan dihantar ke kawasan terjejas bagi memenuhi keperluan penduduk.

Beliau merasa amat bersimpati dengan nasib penduduk berkenaan, apatah lagi ditengah kesibukan umat islam yang bakal mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan dalam masa 2 minggu akan datang.

Menurut Jamain lagi, setiap kali menyambut Hari Raya, masalah ketiadaan air sering kali dijawap sebagai lebihan penggunaan air. 

Maka adalah sepatutnya Jabatan berkenaan meningkatkan keupayaan mereka. Beliau turut menggesa agar Menteri yang bertanggungjawab Tan Sri Pairin Kitingan agar segera memantau perkara ini. Rakyat adalah penyumbang pendapatan negeri melalui pembayaran bil dan sebagainya, maka haruslah dilayan dengan seadilnya oleh Kerajaan.

23 comments:

  1. This is not the first time I heard about water shortage in Weston. This issue has been going on for quite sometimes now.

    ReplyDelete
  2. Tiada tindakan diambilkah untuk menangani masalah air di Weston?

    ReplyDelete
  3. Air penting dalam rutin seharian. Kalau bekalan terganggu, ini sangat menyusahkan.

    ReplyDelete
  4. Ya betul Karma. Palinglah tidak best kalau tidak ada air. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Harapan tindakan segera dapat diambil bagi menanggani perkara ini.

    ReplyDelete
  6. jabatan berkenaan harus meningkatkan keupayaan mereka.

    ReplyDelete
  7. kekurangan bekalan air adalah perkara serius..jangan diambil mudah masalah ini.

    ReplyDelete
  8. harap masalah ini akan selesai secepat mungkin.

    ReplyDelete
  9. YB Kamarlin Ombi buatlah tugasan yang telah diamanahkan.

    ReplyDelete
  10. Sengsaranya tu seminggu tiada air.

    ReplyDelete
  11. harap masalah ini akan dapat diatasi agar penduduk dapat menikmati bekalan air tanpa gangguan.

    ReplyDelete
  12. masalah bekalan air yang sering berlaku di Weston perlu diselesaikan.

    ReplyDelete
  13. Air merupakan keperluan harian kita. Jadi harap masalah bekalan air di Weston akan dapat ditangani oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  14. perbaikilah dengan segera paip yang telah pecah tu. pekerja kontrak sepatutnya berhati2 dalam kerja2 mereka supaya penduduk tidak mengalami masalah air seperti ini.

    ReplyDelete
  15. harap wakil rakyat dapat menjalankan tugasnya dalam menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  16. wakil rakyat di tempat itu patut bertindak untuk mengatasi masalah tersebut.

    ReplyDelete
  17. kalau tidak rakyat Weston akan 'guling' kamu!

    ReplyDelete
  18. kalau wakil rakyat dikawasan itu tidak baca artikel ini, sampai bila2pun masalah ini tidak akan selesai. baik hubungi terus wakil rakyat itu atau jabatan2 yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini segera.

    ReplyDelete
  19. Water is important for everday life. I hope the government will solve this problem.

    ReplyDelete
  20. Don't let the people down.

    ReplyDelete
  21. Hope that the Weston MPs will work harder to fight for water supply for the people.

    ReplyDelete
  22. The government should look into this matter.

    ReplyDelete
  23. Water is a basic need, the government is responsible to supply it.

    ReplyDelete