Apa guna duduk dirumah banglo (Nasional party) ditinggal di tepi tandas saja
BARISAN Nasional (BN) yang sudah mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan dianggap sebagai rumah banglo kepada parti komponennya, tetapi sesudah beberapa lama masih ada penghuninya yang berasa seperti dianaktirikan kerana tidak mendapat tempat sewajarnya dalam banglo itu.
Persoalan rumah banglo dan rumah teres, yang merujuk parti pembangkang menjadi isu yang mendominasi dan boleh dianggap paling menarik perhatian yang mewarnai pada sesi perbahasan semalam.
Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) yang membuat analogi itu ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat, semalam menyifatkan tidak ada salahnya jika ada ahli BN dari Sabah melompat kepada parti pembangkang jika mereka tidak mendapat tempat yang sepatutnya dalam banglo itu.
"Jika tiada lagi tempat dalam banglo sekarang (BN), apa salahnya mereka berpindah ke rumah teres (pembangkang). Apa guna kalau duduk di banglo tapi sesetengah orang (saja) yang menikmatinya. Kita dalam banglo pun tinggal di tepi tandas saja," katanya disambut tepukan daripada wakil rakyat pembangkang dan wakil rakyat BN dari Sabah.
Anifah membangkitkan analogi itu selepas dicelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datoh) yang bertanya adakah wakil rakyat BN Sabah akan melompat kepada parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Jika ini bukan tindakan orang tersepit, kenapa 140 ahli yang menghuni sebuah banglo mahu berpindah ke rumah lebih kecil, rumah teres?," tanya Ahmad Zahid yang menyifatkan kedudukan dalam BN sebagai selesa dan mewah hingga tidak perlu lagi penghuninya berpindah.
Bagaimanapun, nyata sekali jawapan Anifah mengejutkan Ahmad Zahid serta hampir semua wakil rakyat BN lain.
Anifah merupakan adik Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman.
"Saya tidak kata saya akan melompat parti. Mungkin ada beberapa yang mungkin mahu berpindah. Isu mengenai lompat atau tidak lompat ini bukanlah perkara serius. Apa yang lebih serius adalah berjuta-juta lagi rakyat di lima negeri yang sudah melompat kepada pembangkang," katanya yang disahut gelak ketawa daripada wakil rakyat PR.
Dr Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) bangun mencelah dan bertanyakan Anifah adakah beliau akan menyokong undang-undang antilompat parti.
Anifah bagaimanapun menjawab beliau tidak setuju dengan undang-undang itu kerana ia boleh dianggap sebagai meletakkan wakil rakyat seperti berada dalam 'negara polis' apabila hak mereka untuk memperjuangkan nasib rakyat disekat.
"Apalah gunanya kita terus bersama pemimpin yang sudah menyeleweng daripada matlamat asal, adakah kita perlu akur dan bertahan serta memperjuangkan pemimpin dan parti dengan mempertaruhkan kebajikan rakyat.
"Apa yang penting bukan soal pemimpin lompat parti tetapi kena kaji kenapa rakyat lompat. Kenapakah mereka sudah lompat dan apa gunanya tinggal pemimpin saja tanpa rakyat. Saya suarakan hal ini supaya pemimpin faham dan sedar," tegasnya.
Kepada soalan Datuk Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan mengenai kurangnya kemudahan prasarana di Sabah, Anifah berkata, kemerdekaan selama 45 tahun bersama Malaysia tidak bermakna jika hasrat rakyat untuk mendapat pembangunan masih ditolak ke tepi dan wakil rakyat Sabah dipandang serong apabila membawa hasrat itu.
Berita Harian
Bravo Datuk!!!...begini barulah ngam!!!!
ReplyDeleteMemang abang pikir lain adik pulak pikir macam2 bah!
ReplyDeleteTape masih terlalu awal mana taw 'ada udang disebalik'...je?
sy tersenyum pasal teringat parti satu yang lain tu bah...adik sibuk tape abang pulak diam melompat berkawan dgn UMNO!
ReplyDeleteWlc to PR Dtk Anifa..Klu itu bukan cakap2 retorik politik dlm dewan sja, kami seluruh rakyat Sabah salute dg Dtk.
ReplyDeleteBN ini maseh mengamal politik sempit.Pemimpin atau YB tidak boleh melompat walau apa pun salahlaku ketua mereka.Tapi konon nya mengamal demokrasi.Siapa mahu lari dari parti jika pemimpin nya bagus dan mentadbir negara dengan baik?
ReplyDeletePakatan macam 'steady' saja dan tidak takut kepada pemimpin atau YB mereka lompat parti.Kenapa BN takut pula walaupun mereka adalah kerajaan.
These sort of things happened all the time, what is so special about it?
ReplyDeleteNobody can stop them if they decided to leave or stay.
ReplyDeletejika merasakan parti yang disertai tidak memperjuangkan hak dan kepentingan semua, mana2 ahli mempunyai hak untuk keluar dari parti tersebut.perkara2 seperti ini tidak mustahil terjadi dalam mana2 parti.
ReplyDeletewell anything can happen.
ReplyDeleteWaaaa satu ucapan yang membawa kita untuk berfikir sejenak.
ReplyDeleteBN harus menggandakan usaha agar tidak ada yang lompat parti.
ReplyDeleteJika ada ahli yang lompat parti rakyat akan tertanya2 adakah parti terdahulu sudah tidak relevan lagi untuk memimpin .
ReplyDeleteDari rumah banglo ke rumah teres. downgrade la pula.
ReplyDeleteJangan mempertaruhkan kebajikan rakyat hanya untuk kepentingan peribadi / parti.
ReplyDeleteIts their choice to jump whichever party they want.
ReplyDelete48 thn begabung dalam M'sia sepatutnya Sabah dilayan sebagai rakan kongsi bukan dipandang serong terhadap segala permintaan pembangunan.
ReplyDeleteWhy umno is so afraid to implement the anti-hopping law? God's know! Umno loves katak!
ReplyDeleteThere is a possibility.
ReplyDeleteConfident and poised.
ReplyDeleteMacam ada perancangan suda ni. Nak join parti mana?
ReplyDeletebagus datuk anifah..pemimpin yang berani macam ni lah yang diperlukan oleh rakyat sabah...teruskan perjuangan datuk...
ReplyDeletesaya setuju sangat dengan penjelasan datuk anifah yang mendiamkan pemimpin dari semenanjung yang selesa dalam banglo...jadi, kerajaan persekutuan harus menimbangkan penjelasan datuk anifah...tidak mustahil mana2 wakil BN sabah akan melompat parti jika pandangan dan saranan mereka terutama dalam usaha menyelesaikan isu2 rakyat sabah seperti PATI tidak dipandang serius..harus diingat bahawa tidak semua hari dalam seminggu, panas hingga ke petang..
ReplyDelete"Apa yang penting bukan soal pemimpin lompat parti tetapi kena kaji kenapa rakyat lompat. Kenapakah mereka sudah lompat dan apa gunanya tinggal pemimpin saja tanpa rakyat. Saya suarakan hal ini supaya pemimpin faham dan sedar," tegasnya.
ReplyDeletesoal pemimpin lompat bukan satu isu penting tetapi mengapa rakyat yang selama ini setia mengundi kepada BN boleh memihak kepada pembangkang pada PRU 12..dan yang penting adalah tanggungjawab kepada rakyat yang mana akan menjadi pengukur sama ada wakil rakyat itu akan diterima semula oelh pengundi di kawasan diwakili..
ada kemungkinan wakil rakyat BN sabah akan melompat parti jika kerajaan persekutuan terus-menerus menolak kepentingan sabah dalam malaysia di tepi...
ReplyDeletekebajikan rakyat tidak harus dipertaruhkan hanya untuk kepentingan peribadi/parti..harus diingat bahawa rakyat lah yang meletakkan wakil rakyat di kedudukan mereka sekarang dan tidak mustahil rakyat akan merampas keistimewaan tersebut dan berikan kepada orang lain seperti yang telah berlaku pada PRU 12...jadi para pemimpin, jangan terlalu angkuh dan sombong kerana tanpa rakyat maka tiada pemimpin..
ReplyDeleteKalau saya la kan, saya tak kisah nak sokong parti apa asalkan calonnya tu layak jadi pemimpin:)
ReplyDeleteBagi saya apa yang Anifah cakap tu ada benarnya juga tapi janganlah disalahertikan dengan menganggap beliau ada perancangan lompat parti pula.
ReplyDeleteSaya yakin, untuk rakyat Anifah sanggup buat apa saja sebab tu lah dia berani cakap macam tu.
ReplyDeleteTapi masih terlalu awal untuk buat andaian.. Biasalah dunia politik kan banyak gimik. hehe
ReplyDeleteApapun, paling penting nbagi saya setiap pemimpin harus jalankan t/jawab mereka dengan sempurna.
ReplyDelete"Apa yang penting bukan soal pemimpin lompat parti tetapi kena kaji kenapa rakyat lompat. Kenapakah mereka sudah lompat dan apa gunanya tinggal pemimpin saja tanpa rakyat. Saya suarakan hal ini supaya pemimpin faham dan sedar,"
ReplyDeleteusaha untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan permasalahan rakyat perlu menjadi keutamaan pemimpin.
setiap pemimpin perlu sentiasa melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik kepada rakyat..
ReplyDeletekata2 Anifah tidak bermakna dia ingin lompat parti. ia hnya satu peringatan agar Bn bersikap adil terhadap semua ahlinya.
ReplyDeleteapapun, budaya lompat parti harus dielakkan.
ReplyDeletebudaya lompat parti sepatut tidak berlaku.. Anifah tidak akan lompat parti.. ini cuma peringatan agar semua harus berkerjasama..tiada ahli yg terpinggir...
ReplyDeletePemimpin sebeginilah yang kita harus puji dan banggakan. Pemimpin dari mana juga kalau bukan Sabah. Memang lompat parti ini berlaku atas kesilapan dalam parti maka ini yang mengalakkan mereka untuk keluar. Maka yang perlu diperbetulkan adalah pemerintahan dalam parti itu sendiri. Jangan hanya pentingkan diri sendiri sehingga lupa akan tugas dan tanggungjawab.
ReplyDeleteIni bukannya masalah sertai atau tidak. Tapi ini kerana kekecewaan yang dihadapi oleh wakil BN Sabah. Itulah perkara yang akan mengundang perkara itu berlaku. Kita juga tidak boleh mengikat mereka, kerana kita mempunyai kebebasan untuk menyokong dimana yang diinginkan oleh seseorang.
ReplyDeleteLompat parti akan memburukkan nama sendiri saja nanti. Seperti tidak ada pendirian dan tidak tegas dalam menyuarakan masalah.
ReplyDeletePendapat Anifah tidak bermaksud mengalakkan para wakil lain melompat parti. Tapi kita harus mendalami maksudnya. Ini adalah nasihat yang berguna kepada pemimpin yang terasa akan nasihat tersebut.
ReplyDeleteSaya suka dengan kata-kata Datuk Anifah ini. Beginilah yang kita mahukan. Tidak kira parti BN atau bukan berani menyuarakan perkara yang seharusnya.
ReplyDeleteGood. An elected MP should not afraid to voiced out his/her opinion & asking for more allocation for his/her constituents. We need more MP like him.
ReplyDeleteBut, a reminder for Anifah, once you jumped, you wil be regarded as a Katak for the rest of your life. But i doubt that Anifah will goingto jump because he is known to be a loyal & firm person.
Being unfaithful now is it..
ReplyDeleteMau tukar parti, bolehke??
ReplyDeleteIf a certain parti is good, then why would people change anyways, there must be a reason behind it.
ReplyDeleteI'm not against any will.
ReplyDeleteTidak memeranjatkan.
ReplyDeletepemimpin yang lompat parti kerana tidak mendapat tempat atau jawatan dalam parti sebelumnya baik tidak payah terlibat dengan politik.. menyusahkan rakyat dan parti yang ditujuinya..
ReplyDeleteharryzan, lebih baik kita orang Sabah hantar semua PENDATANG HARAM pergi tinggal di rumah kamu sejak kamu sembah setan dan duit haram saja.
ReplyDeleteDatuk Anifah hints BN to be fair and square.
ReplyDeleteKalau parti komponen tidak sehaluan, tidak salahnya melompat ke pembangkang. Yang penting, tidak lupakan tanggungjawab kepada rakyat sebagai seorang pemimpin.
ReplyDeleteAny party component that jump from one to another usually give negative impression to the people. Anyway, choice is yours.
ReplyDeleteDalam dunia politik ini, semua perkara boleh berlaku. Budaya lompat parti bukan perkara baru lagi. Kalau dah tidak dapat berkerja sama dalam satu team, seharus mencari jalan keluar.
ReplyDeletePersoalannya bukan atas sebab pemimpin melompat parti tetapi rakyat melompat parti.
ReplyDeletekemenangan sesuatu parti itu di tentukan oleh rakyat juga...
ReplyDeletemana2 parti yang betul2 mengutamakan suara rakyat tentu akan dipilih oleh mereka
ReplyDeleteparti yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri tentu akan disingkirkan oleh rakyat di PRU akan datang
ReplyDeleteada kemungkinan wakil dari BN sertai pembangkang disebabkan berlainan ideologi...
ReplyDelete"Apa yang penting bukan soal pemimpin lompat parti tetapi kena kaji kenapa rakyat lompat. Kenapakah mereka sudah lompat dan apa gunanya tinggal pemimpin saja tanpa rakyat. Saya suarakan hal ini supaya pemimpin faham dan sedar," tegasnya.
ReplyDeletesetuju dengan pandangan beliau.
yang penting, kerajaan komponen BN di Sabah harus bersatu-padu dan ikhlas untuk membangunkan Sabah dan memperjuangkan suara rakyat
ReplyDeleteMasalah parti komponen seharus diselesaikan dalam parti sendiri. Berita sebegini tidak baik untuk imej BN sebagai kerajaan.
ReplyDeleteParti komponen seharus bersefahaman dan sanggup berjuang untuk rakyat. Kepada mereka yang mementingkan diri, seharus disingkirkan, rakyat akan singkirkannya.
ReplyDeleteIts a good idea to voice you their concern so that the leader know what the component expecting.
ReplyDeleteKalau dah tidak sehaluan, tidak salahnya melompat parti, janji tidak melupakan tanggung jawab dan janji kepada rakyat yang menyokongnya.
ReplyDeleteBanyak maksud tersirat dalam hujah Datuk Anifah. Seharus memahami secara mendalam.
ReplyDelete