Search This Blog

Tuesday, November 8, 2011

RCI untuk mempertahankan hak rakyat Sabah

GOTONG ROYONG BERSAMA SAPP- Kelihatan para 
peserta gotong royong bersama pemuda SAPP
KESUNGGUHAN  Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut Organization (UPKO) Tan Sri Bernard Giluk Dompok mahu berjumpa Perdana Menteri selesaikan isu PATI dengan penubuhan RCI amat dialu alukan Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Edward Ethan Dagul  yang menyifatkan langkah tersebut jalan sebaik baiknya dalam konteks penyelesaian isu tersebut daripada terus berpanjangan  bagaikan tiada penghujungnya.

Tegasnya, misi SAPP untuk memungut kira kira 100 ribu tandatangan rakyat Sabah beberapa bulan lalu adalah juga bertujuan untuk mendesak kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Dalam Negeri  supaya RCI ditubuhkan segera  namun usaha SAPP itu seolah olah diremehkan oleh pihak berkenaan.

“Bagaimana pun kita agak kecewa  kerana usaha SAPP itu tidak mendapat sokongan padu daripada pemimpin pemimpin BN Sabah termasuklah UMNO Sabah. Kita juga tertanya tanya apa sebab UMNO Sabah tidak senada dengan kita dalam memperjuangkan  RCI  sedangkan kesan buruknya kita sama sama bakal menghadapinya…tetapi sebaliknya UMNO terus membisu dalam hal ini,” katanya.

Dagul berkata demikian semasa beliau menghadiri  aktiviti  gotong royong membaiki rumah seorang warga emas Amen Duayah 80, di Kg Tukalilan Ulu menerusi program  “Dengar, lihat dan selesaikan”  anjuran Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap  dibawah teraju Rudy Sulaiman Mairi yang turut dihadiri Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Frankie Chong, dan beberapa pemimpin pemuda SAPP pusat.

Sungguh pun begitu, Dagul turut  bersyukur kerana  nampaknya sekarang ini sudah ada kecenderungan pemimpin pemimpin KDM dalam Barisan Nasional (BN)  berminat memperjuangkan masalah tersebut, namun beliau kurang pasti sama ada usaha  mereka berterusan selepas pilihanraya umum kali ke-13 atau terhenti selepas itu.

Dalam pada itu, ketika menyentuh program SAPP Dagul berkata, mereka akan terus menjelajah ke kawasan kawasan luar Bandar untuk memantau masalah rakyat yang memerlukan tindakan dan bantuan segera dimana pemuda SAPP akan terus mengadakan aktiviti gotong royong mengatasi masalah itu.

“Kita percaya masih banyak masyarakat yang mengalami masalah yang sukar diatasi mereka secara bersendirian seperti masalah kedaifan rumah, jambatan atau lain lain perkara yang memerlukan kesegeraan untuk dibaiki. (Jadi)..kita akan cuba bantu selesaikan masalah tersebut,” tegasnya.

Sementara itu, seorang anak kepada warga emas itu Paliwong Amen 48, turut berterima kasih diatas usaha pergerakan itu dimana masalah keluarganya yang mengalami kedaifan rumah sekurang kurangnya dapat bertahan beberapa bulan lagi sebelum mereka dapat mengumpul wang untuk membina sebuah rumah baru bagi kedua orang tuanya.

Paliwong menambah, sebelum ini pun masalah kedaifan rumah kedua orang tuanya telah pun dilaporkan dalam media supaya dapat perhatian kerajaan tetapi sehingga kini tiada satu pun agensi kerajaan itu  kelihatan melawatnya.

Oleh:  MATURIN MOHAMMAD 

67 comments:

  1. RCI memang amat diperlukan sejak dulu lagi tapi apa? Tiada yang pernah jadi kenyataan! Ini semua hanya helah dan taktik kotor pemimpin Melayu UMNO dan BN yang mahu menjadikan Sabah sebagai pengimbang bangsa Melayu di Sabah yang dulunya mempunyai majoriti kaum orang asal.

    Mereka telah lama buat ini dgn orans asal di SM. Cuma caranya beza sikit.

    Kaum orang asal di SM dipaksa masuk islam lalu bangsanya ditukar jadi Melayu. Jahatnya UMNO Melayu.

    Siapa yg masuk islam dibuat rumah konkrit dan bantuan2 lain tapi yg tidak mahu masuk islam tidak dibuat rumah dan bantuan lain walaupun tinggal sekampung.

    Di Sabah, caranya ialah, selain paksa masuk islam waktu zaman Mustapha, PTI dijadikan warganegara kerana ternyata cara ini lebih efektif dan cepat tanpa mengeluarkan belanja beli kambing dan kain pelikat untuk paksa orang asal jadi islam dan tukar bangsa Melayu.

    Kini Sabah sudah dipenuhi malah PTInya sudah melimpahruah, maka jika RCI ditubuhkan pun macam nasi sudah menjadi bubur! Tapi tak apalah jika SAPP, UPKO dan PBSpun mau bersaing untuk menubuhkan RCI, bah silakan! Siapa yang mahu larang? Jangan asyik bercakap saja tapi tidak juga dapat lawan itu para pemimpin Melayu yang zalim2 semua itu. Manalah tahu kali ini, para pemimpin yg beria-ia mahu bersaing untuk menubuhkan RCI akan betul berhasil. Pastikan semua PTI dihantar balik ke negara asal mereka.

    Mari rakyat asal Sabah beri kepercayaan kepada semua party yg sekarang ini sangat sibuk memperkatakan tentang isu ini, kalau berhasil maka ganjarannya ialah kalian tidak perlu berkempen untuk PRU13kah,14kah, kalian pasti akan rakyat sokong.

    Ingat jangan hapuskan sisa2 kepercayaan rakyat Sabah yg sudah kalian tipu untuk kesekian kalinya.

    ReplyDelete
  2. Gintak Baru, PenampangNovember 8, 2011 at 6:31 PM

    Najib, Muhyddin atau siapa saja dlm UMNO, semua tdk boleh harap pasti Dompok diberi gula gula manis bila jumpa Najib nanti....lepas itu Dompok yg sdh kena kasih gula2 pun berkata, dorang akan laksanakan RCI dlm masa terdekat ini...kada noh kesusa ginawo dokoyu...maan diolo todoo RCI boh! Oooo noikot noh kozo vinasi di Najib boh monuhung dotokou KDM boh...mbaa kanou umbalai tokou kasari mongundi do BNnnnnnn!...Rakyat pula menjawab,...tuukoi Dompok, goudut kono baino kio do nakaakan do gula2 manis! Bagus lagi sia undi pamangkan sapp daripada beend, phuuui!! penipu!

    ReplyDelete
  3. Niat Dompok mahu berjumpa PM utk mendesaknya menubuhkan RCI sekadar strategi politik Dompok dan UPKO kerana beliau tahu rakyat sdh marah dgn PM dan UMNO-BN dimana mungkin juga Dompok sdh tahu bayang2nya tdk akan selamat lagi diPenampang pada PRU13. Justeru, mahu tdk mahu Dompok kena buat macam itu lah demi survival politik Dompok dan UPKO.

    Kalau Dompok sdh tahu kelibat dan gelagat Najib dan UMNOnya yg memang tak sanggup luluskan penubuhan RCI kerana bimbang banyak perkara yg terbongkar...apa tunggu lagi, tunjukkan TARING UPKO itu...KELUAR dari BN dan kita lawan habis2an dlm PRU13 utk menegakkan TONTOLOU kita dan MARUAH rakyat Sabah yg sdh dicabuli Malaya.

    Kalau pun Najib bersetuju berbincang dgn Dompok berhubung isu itu, pastilah Najib sekali lagi berjanji dgn Dompok..."Yes", kita akan uruskan dalam masa terdekat ini. Tetapi berapa kali sdh Najib mengungkapkan janji seperti ini...bolehkah kita percaya lagi?

    Harus maklum bahawa masalah kebanjiran PATI diSabah tidak akan dapat selesai utk selama lamanya selain kita berusaha sehabis habisan menumpaskan kerajaan UMNO-BN diSabah atau keseluruhannya dgn kerjasama PR, barulah kita dapat menyelesaikan masalah PATI, KP Palsu dsbnya apabila kerajaan baru telah dibentuk.

    ReplyDelete
  4. RCI cuma satu penyiasatan sahaja, selepas RCI diadakan, tindakan yang sewajarnya masih diperlukan.

    ReplyDelete
  5. Harap pemimpin-pemimpin tempatan akan mendapatkan RCI untuk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  6. I am sure Pairin will do his part to setup RCI. Najib will definately fulfill Pairin request.

    ReplyDelete
  7. 'Bagaimana pun kita agak kecewa kerana usaha SAPP itu tidak mendapat sokongan padu daripada pemimpin pemimpin BN Sabah termasuklah UMNO Sabah. Kita juga tertanya tanya apa sebab UMNO Sabah tidak senada dengan kita dalam memperjuangkan RCI"

    Memang betul, UMNO Sabah harus memperjuangkan dan mempertahankan hak milik penduduk. Tindakan UMNO yang berdiam diri amat mengecewakan rakyat.

    ReplyDelete
  8. isu PATI harus di ditangani secara tegas, agresif dan berterusan.

    ReplyDelete
  9. pemimpin2 tempatan harus sentiasa melawat rakyat dan sentiasa memberi bantuan.

    ReplyDelete
  10. harap RCI akan ditubuhkan untuk selesaikan masalah PATI.

    ReplyDelete
  11. harap SSD ditubuhkan dan isu PATI dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  12. segala usaha untuk selesaikan maslah PATI harus kita teruskan.

    ReplyDelete
  13. Kalau RCI ditubuhkan, harap siasatannya telus. Kalau sama saja kejadian macam TBH..susah sikitlah kalau macam tu.

    ReplyDelete
  14. Pemimpin tanpa kira fahaman politik patut bersatu dalam menangani masalah PATI ini.

    ReplyDelete
  15. Masalah PATI memerlukan sokongan dan bantuan semua pihak.

    ReplyDelete
  16. "Dagul turut bersyukur kerana nampaknya sekarang ini sudah ada kecenderungan pemimpin pemimpin KDM dalam Barisan Nasional (BN) berminat memperjuangkan masalah"

    Semoga KDM terus berusaha untuk menanggani masalah PATI dan NCR. Masalah Sabah memerlukan perhatian sepenuhnya. Harap ini bukan gula semata-mata untuk kemenangan PRU13.

    ReplyDelete
  17. “Kita percaya masih banyak masyarakat yang mengalami masalah yang sukar diatasi mereka secara bersendirian seperti masalah kedaifan rumah, jambatan atau lain lain perkara yang memerlukan kesegeraan untuk dibaiki."

    Kerajaan harus turun padang dan memahami masalah rakyat. Dengan ini, masalah lebih senang ditanggani.

    ReplyDelete
  18. "Tegasnya, misi SAPP untuk memungut kira kira 100 ribu tandatangan rakyat Sabah beberapa bulan lalu adalah juga bertujuan untuk mendesak kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Dalam Negeri supaya RCI ditubuhkan segera namun usaha SAPP itu seolah olah diremehkan oleh pihak berkenaan."

    Another good work from SAPP. Hope SAPP hard work will affected the government to setup RCI.

    ReplyDelete
  19. Kenapa UMNO Sabah tetap tiada tindakan terhadap masalah PATI?

    ReplyDelete
  20. "mereka akan terus menjelajah ke kawasan kawasan luar Bandar untuk memantau masalah rakyat yang memerlukan tindakan dan bantuan segera dimana pemuda SAPP akan terus mengadakan aktiviti gotong royong mengatasi masalah itu."

    Ini lar caranya, sentiasa membuat lawatan dan berdekatan dengan rakyat untuk mendengar dan mengetahui masalah dan permintaan rakyat, cuma cara ini yang berkebolehan untuk memenuhi permintaan rakyat dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

    ReplyDelete
  21. "banyak masyarakat yang mengalami masalah yang sukar diatasi mereka secara bersendirian seperti masalah kedaifan rumah, jambatan atau lain lain perkara yang memerlukan kesegeraan untuk dibaiki. (Jadi)..kita akan cuba bantu selesaikan masalah tersebut,"

    Understand them and be able to deliver what the people hoping. Target the issues and resolve it soon.

    ReplyDelete
  22. Semoga pemimpin KDM meruangkan masa dan memahami keadaan sebenar rakyat terutama kawasan luar bandar. Golongan ini amat memerlukan perhatian dan bantuan.

    ReplyDelete
  23. Si Dompok ini tiap-tiap hari rabu jumpa si najib minta lah dalam meeting kabinet kalau tidak bagi juga ..apa lagi berambus lah dari BN,kasi tujuk itu diri masih berkuasa,nercaya kalau UPKO keluar BN si pairin akan bungkus lah.

    ReplyDelete
  24. Sikap bergotong royong patut dijadikan amalan barulah hidup rukun damai.

    ReplyDelete
  25. Mengenai RCI rasanya RCI patut dilaksanakan jika tidak ada alternatif yang lebih baik menggantikan RCI.

    ReplyDelete
  26. Bak kata orang belum cuba belum tahu, so cubalah dulu... Kalau memang tak berkesan fikir lagi cara lain.

    ReplyDelete
  27. Isu pati sudah berpanjangan terlalu lama. Jadi usaha demi usaha harus dibuat. Kalau RCI tak berjaya then cari lagi cara lain yang berkesan. Tapi kalau RCI langsung tak diwujudkan, mcm mana nak tahu OK ka tak:P hehe

    ReplyDelete
  28. Semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  29. mungkin dengan adanya RCI masalah ini dapat di selesaikan...

    ReplyDelete
  30. bukan hanya satu pihak saja yg perlu menangani masalah ini... smua harus berkejasama dalam hal ini...

    ReplyDelete
  31. harap dapat diberi perhatian, untuk kebaikan semua pihak..

    ReplyDelete
  32. patut Dompok ajak sekali YTL berjumpa dengan Najib.. boleh juga dia serahkan 100 ribu tandatangan itu kepada Najib sebagai buah tangan dari Sabah..

    ReplyDelete
  33. support saja ba mana2 pemimpin yang cuba menyuarakan sesuatu yang baik untuk Sabah..

    ReplyDelete
  34. kalau benar semua parti2 di Sabah ini memperjuangkan dan membela nasib rakyat Sabah, sudah pasti mereka bersatu hati dalam mencari penyelesaian isu PATI termasuklah menyokong penubuhan RCI.

    ReplyDelete
  35. sesuailah tu SAPP terus menjelajah ke kawasan2 luar bandar yang lain. masih ramai penduduk2 memerlukan perhatian dan bantuan.

    ReplyDelete
  36. Setuju dengan harryzan. Tidak salah menyokong antara satu sama lain walaupun berlainan fahaman politik asalkan sesuatu cadangan atau tindakan itu membawa kebaikan kepada Sabah dan rakyatnya.

    ReplyDelete
  37. Kalau kerajaan bagi bantuan, pembangkang pun bagi bantuan..kan bagus macam tu.

    ReplyDelete
  38. It's been a long time the PATI problem haunting us. Not an easy task to solve it. It needs full cooperation from all in order to eradicate the PATI problem.

    ReplyDelete
  39. jika RCI ini dapat menyelesaikan isu pati maka ianya perlu ditubuhkan..

    ReplyDelete
  40. diharapkan masalah pati akan dapat diselesaikan melalui komitmen semua pihak.

    ReplyDelete
  41. Terlalu banyak isu yang dicipta oleh para pemimpin UMNO/BN di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

    Melalui kebijaksanaan politik, mungkin akan dapat menyelesaikan banyak isu yang sudah lama tertangguh serta sudah berakar umbi ibarat sudah jadi nanah! Contohnya isu pemberian taraf warganegara secara ekspress kepada PTI dalam jumlah ratusan ribu dan kini sudah mengatasi jumlah orang asal setelah mereka beranak-pinAK.

    bELUM KIRA SAUDARA-MARA MEREKA YANG MENDAPAT KEWARGANEGARAAN KERANA DIJAMIN OLEH MEREKA YANG TELAH DIBERI KEWARGANEGARAAN SECARA EKSPRESS DALAM MASA SINGKAT.

    fIKIR2KANLAH WAHAI ANAK2 WATAN/MUDA BELIA sABAH.

    Bersatu teguh, bercerai roboh, tidak kira yg beragama islam atau kristian, yg penting, hak kita sebagai orang asal Sabah mesti dikembalikan melalui kuasa undi kamu.

    Pastikan anak2 muda yg sudah layak mengundi pergi mendaftar sekarang dan undilah apa saja party yg menentang BN.

    ReplyDelete
  42. Semakin rajin SAPP datang kekampung-kampung untuk membantu rakyat.

    ReplyDelete
  43. Mungkin masalah PATI ini perlulah ditangani secepat mungkin. Jangan biarkan PATI ini terus menghantui fikiran penduduk Sabah. RCI memang perlu ditubuhkan untuk menangani.

    ReplyDelete
  44. BN seharusnya mula melaksanakan pelbagai bantuan dan turun padang seperti Vk Liew, Datuk Hajiji, Pemuda Tenom Jamawi Jaafar, Datuk Lajim Ukin.. dan banyak lagi. Harap teruskan usaha untuk mendekati rakyat tidak kira bandar dan juga pendalaman.

    ReplyDelete
  45. Teruskan usaha untuk mendekati hati rakyat. Buktikan bahawa kerajaan akan dapat memberikan yang terbaik untuk penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  46. RCI adalah untuk mempertahankan hak rakyat sabah..

    ReplyDelete
  47. disebabkan itu, rakyat sabah menuntut RCI ditubuhkan untuk menyiasat projek IC di sabah.

    ReplyDelete
  48. permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di pedalaman sabah harus segera diatasi...ketua2 kampung dan pengerusi JKKK selaku mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi harus bertindak dengan proaktif agar permasalahan yang dihadapi mendapat perhatian sewajarnya dan diselesaikan.

    ReplyDelete
  49. kerajaan tidak meminggirkan masyarakat di luar bandar..ini terbukti di mana pembangunan luar bandar merupakan salah satu daripada NKRA negara..

    ReplyDelete
  50. namun kerajaan harus memperbaiki lagi sistem perkhidmatan dan penyampaian mereka agar apa jua perancangan pembangunan yang telah digariskan akan benar2 sampai kepada rakyat yang memerlukan.

    ReplyDelete
  51. semoga perjuangan ini akan terus berterusan selepas PRU-13 nanti

    ReplyDelete
  52. rakyat Sabah saban hari menyeru kepada kerajaan pimpinan BN ini untuk menangani masalah PATI tetapi masih belum ada penyelesaian dari kerajaan

    ReplyDelete
  53. janganlah sampai isu ini tidak dapat dikawal lagi baru kerajaan nak bertindak

    ReplyDelete
  54. mengapa kerajaan Sabah tidak tubuhkan sahahja RCI ini sekarang, isu PATI ini sudah semakin tegang kenapa mesti tahun 2012?

    ReplyDelete
  55. ya, memang sudah 'agak lama' isu PATI ini belum ada penyelesaian, kerajaan seharusnya bertindak SEKARANG usah lagi berlengah-lengah

    ReplyDelete
  56. Jadi tia lagi persoalan untuk menidakkan hak Sabah.

    ReplyDelete
  57. Just bloody set up the RCI. THere is nothing to lose.

    ReplyDelete
  58. The gov better come up with an alternative if they refuse to set up RCI. Don't wait for this issue to go out of hand,then only set it up.

    ReplyDelete
  59. Ya, maybe this will help the people.

    ReplyDelete
  60. We need authority or else we'll get bullied again.

    ReplyDelete
  61. Memang mengecewakan.

    ReplyDelete
  62. takut rakyat akan hilang kepercayaan kepada kerajaan, lebih baik tubuhkan sahaja RCI..

    ReplyDelete
  63. harap dapat berita baik sebelum PRU13..

    ReplyDelete