Search This Blog

Wednesday, January 18, 2012

BN Beli Undi Dengan Wang Tunai?

Lee Wei Lian (TMI)

Bekas Menteri Kabinet Persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai 'bom'.
Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.


“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,” kata bekas Menteri Penerangan dan Pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.

“Ia secara terang-terangan untuk membeli undi,” kata Abdul Kadir, istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah 'bom', namun secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.

James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway, berkata strategi itu merupakan paling berkesan di Sabah dan Sarawak.

Semasa ucapannya, Abdul Kadir berkata semasa beliau masih memegang jawatan dalam Umno, beliau mahu mengingatkan mereka tentang 'Amanah Merdeka' yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.

Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.

“Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia,” katanya.

“Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah. Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini.

“Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan,” tambahnya.

Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.

“Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar,” katanya. “Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan kerana kerajaan pembuli besar.”

Beliau menambah semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.

Abdul Kadir juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sazean.

15 comments:

  1. terima kasih Tan Sri,.... tapi kami memang sudah tahu perkara itu telah terjadi, wang haram ini ditaburkan kepada ayam-ayam dan itik-itik yang lapar dan haus akan duit dan wang kechi-kechi supaya terus hidup...kalau ada yang besar-besar kan lebih bagus, saya mahu projek-projek besar kerana kerajaan mampu bagi asal saya undi BN-X.

    Ya...inilah dia amalan murni Kerajaan BN. "saya akan membutakan mata demi untuk dapatkan sesuap nasi kerana miskin.... kita mengemis di tempat sendirilah. tak apa juga".....

    kita jadikan tuan akjan sebagai raja... kita akan jadi hamba raja akjan.... marilah kita puaskan durang itu... tu kan polipin pati yang jadi melayu/islam.. yaaaa tuan...!!!

    ReplyDelete
  2. Harap-harap pada PRU-13 ini taktik kuno ini tidak akan digunakan lagi.

    ReplyDelete
  3. Hope to see a fairer and cleaner general elections after this, the Election Commission must do their duty to ensure this.

    ReplyDelete
  4. All sort of tactics can be used to garner votes, everyone does it. BN does it, SAPP does it, PR does it....

    ReplyDelete
  5. bila tak jadi Menteri, mula sudah nak burukkan kerajaan.

    ReplyDelete
  6. pembangkang juga menggunakan cara yang sama.

    ReplyDelete
  7. Dulu semsa jadi menteri tidak pun bising macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu takut punca wang pencarian hilang. Sekarang baru berani bersuara. Ceh. Apa motif??

      Delete
    2. bila rasa tidak puas hati memang mula sudah buat bising. saya harap mereka2 yang keluar parti tu bukanlah mahu mengejar kedudukan dan jawatan semata2.

      Delete
  8. asal keluar parti mesti menyusul kenyataan memburukkan parti.

    ReplyDelete
  9. After long Que to get the voucher and listening to llausy speech by the politicians, the receipients have to go the bank to wait for his turn. Be patient and be happy because this the 1st time pay Rm 500 to 5.6 millions poor families, after taken the money don't forget to vote for SAPP.

    ReplyDelete
  10. Saya sokong SAPP kali ini. Tidak mau parti PILAK @ UMNO!

    ReplyDelete
  11. BN tetap yang terbaik untuk rakyat. Percaya atau tidak itulah yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  12. hanya selepas bergelar 'bekas menteri' baru berani cakap.. boleh trust ka ini orang? dia masuk mana2 parti pun, kalau dia ada bersekongkol buat salah, mesti dia senyap dulu.. sudah dapat title 'bekas' baru dia dedahkan semua..

    ReplyDelete