Search This Blog

Saturday, March 31, 2012

STAR persoal pembubaran hutan simpan oleh DUN

Oleh James Ait

TONGOD : Seorang pemimpin Parti Reformasi Negeri (STAR) dari kawasan Kuamut, Kinabatangan di sini menyifatkan pengkelasan semula banyak kawasan Hutan Simpan Sabah baru-baru ini sebagai bukti ketidakjujuran kerajaan Barisan Nasional dalam memelihara kebajikan rakyat terutama sekali Orang Asal.


James Ait, yang juga ahli jawatankuasa negeri STAR Sabah, dalam kenyataannya hari ini berkata Kerajaan amat liat dalam melulus permohonan tanah Orang Asal malahan menafikan hak itu kepada mereka, tetapi dengan mudahnya meluluskan rang undang-undang membubarkan Hutan Simpan untuk tujuan diberi kepada Kerajaan Pusat.



"Pembubaran seluas 7,024 hektar kawasan Hutan Simpan di Sook untuk antara lain tujuan pembinaan kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di daerah kecil Sook membayangkan prioriti kerajaan yang ada ini hanya mendengar kerajaan pusat tetapi tidak mengendahkan rakyatnya sendiri," katanya.

Beliau berkata bukan mudah untuk mengambil semula tanah yang telah dipajakkan atau diberi kepada Kerajaan Pusat, tetapi wakil-wakil rakyat Sabah termasuk PBS, UPKO dan PBRS dengan mudah sahaja dan dengan sekali hembus nafas memberikan tanah negeri kepada pusat atas pelbagai alasan.
“Hutan Simpan juga dengan mudah dibubarkan kalau untuk menyediakan tapak Taman Perindustrian Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) di Sipitang. Kita tidak menolak pembangunan tetapi memberi tanah kepada Orang Asal juga adalah pembangunan mapan yang dialu-alukan oleh badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri,” kata James.

Katanya lagi, pembubaran Hutan Simpan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah minggu ini itu juga menunjukkan bahawa kerajaan BN tidak mengutamakan hak Orang Asal seperti beberapa perkampungan di kawasan Pinangah dekat sini.

"Saya ingin kepastian dari Kerajaan ini apakah benar bahawa kebanyakan Hutan Simpan yang dibubarkan itu termasuk kawasan tadahan dan kayu bakau, sebenarnya sudah tidak ada kayu besar sebab sudah ditebang oleh mereka yang tamak?

"Masuk dulu Hutan Simpan, curi dulu semua kayu, eksport kayu bulat sehingga kilang-kilang papan Sabah tiada bekalan kayu bulat untuk diproses, selepas itu bubarkan Hutan Simpan itu? Apakah ini yang telah berlaku?," tanya James.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu ini, DUN telah meluluskan Rang Undang-Undang Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 2012 yang melibatkan pembubaran seluas 7,024 hektar hutan simpan dan kononnya menubuhkan seluas 9,544 hektar hutan simpan baru bagi menggantikan hutan simpan yang baru dibubarkan itu.
DUN juga telah mengkelaskan semula lima kawasan hutan simpan sedia ada dengan keluasan 129,209 hektar kepada kelas-kelas yang lebih sesuai selaras dengan keinginan pimpinan negeri yan hanya mereka yang tahu sebab-musababnya.

Mengenai ini, James dalam kenyataannya turut mempersoal apakah benar khabar-khabar bahawa kebanyakan kawasan hutan simpan yang baru ditubuhkan itu juga sebenarnya hanya hutan belukar pokok-pokok yang baru berusia muda.

"Jika ini benar, maka usaha ini sebenarnya hanya sebagai sempadan kepada Orang Asal dan akan menyulitkan lagi Orang Asal mendapatkan hak mereka dalam tuntutan tanah adat," tegas beliau lagi.

Encik James Ait, Ahli Jawatankuasa Negeri Parti Reformasi Negeri (STAR), Sabah

19 comments:

  1. Buatlah kempen besar-besaran Mr.James. Tiada gunanya dihebahkan hanya secara online. Rakyat Sabah masih kurang mendapatkan sumber cerita sebegini secara talian. Kalau hanya melalui corong radio dan peti televisyen, rakyat Sabah akan beranggapan kerajaan Sabah yang dipimpin oleh Musa Aman adalah baik sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Government is constantly making efforts to ensure the people in this country live in happiness

      Delete
    2. apa pun yang dilakukan pasti ada saja yang tidak bersetuju.

      Delete
  2. The reclassification of the forestry reserves is to allocate the lands to the natives for agriculture and residence purpose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isn't this is an alternative way to solve the land problem among the natives?

      Delete
    2. jika ini dilakukan untuk kebaikan rakyat, maka ianya adalah wajar.

      Delete
  3. 796 hectares is included within the Tawau Class V (Mangrove) Forest Reserve, involving lands that had been given title before the reserve was gazetted, such as villages and timber processing factories.The exclusion of these lands is expected to resolve the land disputes that have been going on for a very long time in the area.

    ReplyDelete
  4. pembubaran tersebut dilakukan untuk lakukan pembangunan juga.

    ReplyDelete
  5. apapun, hak2 orang asal kena dilindungi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tu untuk kebaikan orang2 asal Sabah.

      Delete
  6. Pergi tengok sendiri kawasan hutan itu sebelum menuduh apa2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..lebih baik pergi ke kawasan tersebut sebelum membuat sebarang tuduhan.

      Delete
  7. Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah kerajaan menarik balik status hutan simpan dan akan malakukan pembinaan dalam kawasan hutan simpan itu?

    ReplyDelete
  8. Penulis harus memberikan sumber yang mengatakan bahawa kerajaan akan menarik status hutan simpan. Juga penulis harus memberi maklumat mengapa status itu di tarik balik, sertakan juga alasan yang telah diberikan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting setiap yang dilakukan adalah memberikan kebaikan kepada rakyat.

      Delete
  9. memang sukar untuk puaskan hati semua orang. yang penting apa yang dibuat adalah baik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  10. STAR perlu memahami tujuan sebenar pembubaran ini. jangan membuat tuduhan melulu. Jika benar STAR mahu perjuangkan hak dan kepentingan rakyat, bertindaklah menyelesaikan kes berhubung tanah NCR penduduk dan bukan hanya menkritik.

    ReplyDelete
  11. Usaha ini bertujuan untuk memastikan masalah yang dihadapi mengenai tanah akan dapat diselesaikan. Pada masa yang sama juga penjagaan hutan juga masih dikekalkan.

    ReplyDelete
  12. bila tidak ada aktiviti pembangunan oleh kerajaan, dia minta pembangunan.. bila ada pembangunan oleh kerajaan dia bantah pula.. adakah jika STAR memerintah negeri ini mereka tidak akan perlukan tanah untuk tujuan pembangunan?? buat pembangunan atas udara??

    ReplyDelete