Search This Blog

Friday, March 29, 2013

Pengundi Sabah mesti bijak


Parlimen Malaysia  tidak juga bubar-bubar, manakala Dewan Negeri Sembilan bubar sendirinya hari ini.

Mulai hari ini Negeri Sembilan ditadbir oleh kerajaan semantara sehingga kerjaan baru di tubuhkan. Maknanya, SPR mesti sediakan  kemudahan untuk  membuang undi dalam tempuh 60 hari dari sekarang (mengikut undang undang).

Berbalik kepada isu pembubaran Parlimen yang tidak kunjung tiba, ianya membawa banyak pertanyaan daripada memberi jawapan.

Mengikut Tun Mahathir kalau dia Perdana Menteri dia sudah bubar tahun lalu, manakala melihat telatah Datuk Najib dia tidak mahu bubar sampai bila bila.

Bagi pengundi pengundi negeri Sabah ada pula yang merasa cemas dan ragu ragu apakah pilihanraya di Sabah ditangguhkan hingga situasi di Pantai Timur pulih seperti sediakala?

Isu pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna bukan olok- olok tetapi sangat serius. Penduduk Sabah sudah mengagak sejak 30 tahun yang lalu kejadian seperti ini mungkin berlaku – itu sebab orang Sabah kata ada udang disebaliknya kerana pemimpin pemimpin politik.

Menyedari hakikatnya bahawa kepimpinan negara berpusat di Putrajaya, maka orang Sabah berpendapat mana mana jua parti politik yang berpusat di Kuala Lumpur akan tabir negeri ini dengan cara mereka, tidak banyak beza dengan UMNO-BN apatah lagi melihat calon calon PR terdiri dari pemimpin pemimpin kitar semula (re-cycle) dan dari sekolah yang sama.

Dengan itu mental pengundi Sabah harus bersedia dari sekarang untuk membezakan kepentingan Negeri Sabah dan kepentingan yang UMNO-BN mesti tumbang.

Kepentingan negeri Sabah hanya boleh dipelihara kalau parti tempatan dan orang tempatan Sabah yang berkuasa, bukan parti dari Malaya.  Manakala untuk mengubah sistem politik sekarang hanya dengan tumbangnya UMNO-BN. Tidak ada masaalah untuk parti parti tempatan Sabah membantu PR pada awalnya , sehinggalah PR membuat pusingan U akhir-akhir ini.

Dengan membiarkan parti parti yang berpusat di Kuala Lumpur menguasai Sabah kita tidak lihat kesejahteraan negeri Sabah sebagai keutamaan mereka apatah lagi untuk menangani isu autonomi. Perkataan autonomi akan mengerunkan mereka sepanjang kempen pilihanraya ini. Percayalah!

Namun demikian, demi untuk perubahan politik Negara pengundi Sabah akan bantu tumbangkan UMNO-BN dengan mengundi mana mana parti yang boleh menumbangkan UMNO-BN,  manakala mengundi parti tempatan Sabah untuk membolehkan parti Sabah memerintah negeri ini bukan dipilih oleh Putrajaya seperti yang dilakukan oleh UMNO-BN.

Borneo Rainbow

No comments:

Post a Comment