Liverpool di puncak, City tercicir mata

Penyerang Liverpool, Sadio Mane menjaringkan gol pertama dengan menewaskan penjaga gol Crystal Palace, Vicente Guaita pada aksi Liga Perdana di Anfield.
Penyerang Liverpool, Sadio Mane menjaringkan gol pertama dengan menewaskan penjaga gol Crystal Palace, Vicente Guaita pada aksi Liga Perdana di Anfield.

LONDON: Liverpool merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Crystal Palace 3-0 di Anfield, sebentar tadi.

Sadio Mane meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-43, sebelum Mohamed Salah meledak gol kedua The Reds ketika permainan berbaki 12 minit.

Pemain tengah, Naby Keita mengesahkan kemenangan bergaya Liverpool apabila meledak gol ketiga pada minit ke-90, sekali gus membolehkan skuad kendalian Jurgen Klopp mendaki ke puncak liga selepas mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan.

Keputusan itu bagaimanapun meletakkan City di kedudukan kedua dengan mengumpul 10 mata hasil daripada tiga kemenangan, satu seri dan tewas sekali.

Sementara itu, di Stadium Turf Moor, Arsenal meneruskan rentak kemenangan dalam dua perlawanan berturut-turut dengan menewaskan tuan rumah, Burnley 1-0.

Jaringan tunggal Martin Odegaard pada minit ke-30 sudah cukup untuk Arsenal membawa pulang tiga mata dan naik ke tangga ke-12 liga dengan mengumpul enam mata keseluruhan. - AGENSI