Search This Blog

Monday, September 13, 2021

Tiada Tindakan Murid Tak Hadir Ke Sekolah Dengan Kebenaran Ibu Bapa

 PUTRAJAYA: Sekolah tidak akan mendenda mana-mana murid yang tidak mendapat kebenaran dari ibu bapa untuk ke sekolah, berkuat kuasa hingga hujung tahun ini.

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, beliau memahami perasaan ibu bapa yang enggan menghantar anak ke sekolah kerana kebimbangan terhadap jangkitan Covid-19.
Namun, katanya, ibu bapa perlu mengirim surat kepada pihak sekolah atas ketidakhadiran anaknya.
“Kita tahu, ada ibu bapa merasakan masih belum selamat untuk hantar anak ke sekolah, tapi kalau tak hantar kena denda pula, jadi terpaksa hantar anak ke sekolah. Kami memahami keadaan ini, sebab itu kita berniat untuk buka sekolah bagi merapatkan kembali anak dengan sekolah.
“Oleh sebab itu, sekiranya ibu bapa memilih untuk tidak hantar anak ke sekolah, ketidakhadiran tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin, tidak hadir tidak apa, kami takkan hantar surat amaran tetapi ibu bapa perlu menulis surat ke pihak sekolah untuk menjelaskannya, ini akan digunapakai tempoh pembukaan sekolah hingga hujung tahun ini,” katanya.
Katanya, pihak sekolah akan merekodkan sebab-sebab ketidakhadiran tersebut.
“Ini keseimbangan yang kita gunakan bagi memastikan kita cuba bawa anak ke sekolah dan mengambil kira kerisauan ibu bapa,” katanya. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment