Search This Blog

Showing posts with label ISMAIL SABRI. Show all posts
Showing posts with label ISMAIL SABRI. Show all posts

Thursday, September 16, 2021

PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja sehari

PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja sehari


Beliau yang dalam lawatan kerja sehari ke Negeri di Bawah Bayu itu bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada malam ini.


KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba ke Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 11 pagi Khamis.
Beliau yang dalam lawatan kerja sehari ke Negeri di Bawah Bayu itu bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada malam ini.

Ketibaan Perdana Menteri di sambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan pemimpinan negeri di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum bergerak ke Pusat Bandar untuk menghadiri satu majlis tertutup.


Ini merupakan kunjungan pertama Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia selepas kali terakhir melawat Sabah, pada 21 Ogos lalu.

Untuk rekod, Sabah menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Malaysia bagi tahun ini dengan temasya berkenaan akan disambut dengan kaedah norma baharu di SICC.
Acara malam ini akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan juga barisan pemimpin-pemimpin dari seluruh negeri.

Sementara itu, Hajiji dalam hantaran di Facebook berkata, kehadiran Ismail Sabri itu dapat membuka ruang untuk Kerajaan Pusat dan negeri membincangkan pelbagai perkara berkaitan isu rakyat dan Sabah secara menyeluruh.

Sumber: FB YABHajiji

Wednesday, July 7, 2021

SAPP SOKONG PENUH PERLANTIKAN TPM, MENTERI KANAN

SAPP sokong penuh pelantikan TPM, Menteri Kanan

Kota kinabalu, Rabu 7 Julai 2021

“SAPP menyokong penuh pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri / Menteri Pertahanan dan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan / Menteri Luar Negeri kerana pelantikan tersebut akan mengukuhkan lagi kerajaan yang dipimpin PN untuk memberi tumpuan kepada Rancangan Pemulihan Negara  dalam masa sesingkat mungkin. Inilah yang dikehendaki oleh rakyat,” kata Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Tertinggi Perikatan Nasional, mengulas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini bahawa Perdana Menteri telah memaklumkan Pemimpin PN lebih awal akan niat untuk melantik dua pemimpin kanan UMNO itu.

Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai menteri kanan yang baru disokong oleh semua Majlis Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional.

Presiden SAPP menyatakan bahawa Perdana Menteri jelas telah membuat keputusan ini dengan mempertimbangkan Rancangan Pemulihan Negara pandemik Covid -19 dan untuk memastikan kabinet dikendalikan oleh negarawan yang mampu dan berpengalaman dengan rekod pengurusan krisis yang sangat baik untuk membantu mengemudi negara pasca wabak rancangan pertumbuhan semula ekonomi.

Oleh Media SAPP


SAPP fully supports appointments of DPM, Senior Minister

KOTA KINABALU, Wednesday 7th July 2021

“Sabah Progressive Party (SAPP) fully supports the appointment of Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob as Deputy Prime Minister/Minister of Defence and the appointment of Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein as Senior Minister/Foreign Affairs Minister because the appointments will further strengthen PN-Led government to focus on the National Recovery Plan in the shortest possible time. This is what the people want,” said SAPP President Datuk Yong Teck Lee.

Former Sabah Chief Minister Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, who is also a Deputy Chairman of the ruling Perikatan Nasional Supreme Council, was commenting on the announcement made by the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin this evening that the Prime Minister had informed the PN leaders of the intention to appoint the two UMNO senior leaders earlier.  

The appointments of Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob as the new Deputy Prime Minister and Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein as the new senior minister are supported by all leaders of the Perikatan Nasional Supreme Council.

The SAPP President stated that the Prime Minister has obviously made these decisions with the Covid -19 pandemic National Recovery Plan in mind and to ensure the cabinet is suitably manned by able, experienced statesmen with excellent crisis management track records to help steer the nation post pandemic economic regeneration plan.

Issued by SAPP Media