Kota Kinabalu, 4 November 2020: Pemimpin masyarakat setempat seperti Kapitan Cina, JKDB bagi kawasan Kepayan yang merangkumi perumahan kos rendah Kepayan Ridge, kawasan rumah kedai harus dilaporkan dan bertugas kepada DBKK dan bukannya Majlis Daerah Penampang, kata Chong Pit Fah.
Chong, yang merupakan naib presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), berpendapat bahawa ini adalah kerana kawasan Kepayan ini berada di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya KK (DBKK), mengenai urusan dan perkhidmatan seperti pengumpulan sampah, pemotongan rumput, kebersihan dan sebagainya. Adalah logik dan praktis apabila pemimpin masyarakat Kepayan ini melaporkan secara langsung, dan terlibat dalam pertemuan, perundingan dan sebagainya dengan DBKK. Selain itu, kawasan Kepayan ini berada di bawah kawasan perkadaran DBKK mengenai cukai pintu, termasuk pelesenan dan lain-lain, tambahnya.