Search This Blog

Monday, May 23, 2011

Masa untuk PAS keluar dari kokongan DAP, PKR

Muda Mohd Noor

Kempen yang dibuat oleh Umno dan yang lain melabel dan menggambarkan PAS menjadi kuda tunggangan dan alat DAP sudah mula berkesan.
 
PETALING JAYA: Tidak syak lagi muktamar PAS 3 Jun depan akan menjadi platfom menilai hala tuju  bagi mengembalikan keyakinan dan sokongan pengundi Melayu menjelang pilihan raya umum ke 13.
 
Masa terbaik untuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang memantap dan seterusnya membawa PAS sebagai parti yang setanding dengan dua lagi parti Pakatan Rakyat – PKR dan DAP.

PAS jelas tidak menonjol berbanding PKR dan DAP. Pengiktirafan PKR kepada PAS di Selangor sekadar melengkapkan Pakatan Rakyat, manakala DAP tidak memberi layanan sewajarnya kepada PAS Pulau Pinang.

Bagi penganalisa politik tempatan – Prof Datuk Dr Zainal Kling – ini masa terbaik bagi PAS untuk menjadi sebuah parti yang bebas dari kokongan PKR dan DAP.

“Pemimpin mereka perlu berusaha menjadikan PAS  kuat dan tidak terpengaruh dengan pemikiran PKR dan DAP.

“Kempen yang dibuat oleh Umno dan yang lain melabel dan menggambarkan PAS menjadi kuda tunggangan dan alat DAP sudah mula berkesan.

“PAS sudah merasakan pengundi Melayu menolak parti itu seperti yang berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak dan beberapa siri pilihan raya kecil sebelum itu.

“Maknanya PAS tidak boleh kekal dengan apa yang ada sekarang,” kata Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya  Universiti Pendidikan Sultan Idris (IPSI) di Perak.

Tetapi penganalisa itu menambah, “PAS perlu kekal ditadbir ulama, kerana jika terlepas (dari golongan tersebut), ideologi parti akan bertukar.

“DAP sudah berubah, PAS juga sudah mula keluar untuk mendapatkan masyarakat Islam, nak cuba menjadi parti nasional, tetapi belum berjaya.

“Juga berlaku pertembungan antara PAS dengan PKR dan DAP. PAS tidak menonjol sangat kerana belum berjaya menarik hubungan dengan orang bukan Islam.

“Kini  PAS perlu mencari jalan bagaimana mahu menjadi inklusif dalam Islam,” katanya.

PAS hanya menjadi relevan jika parti itu kuat. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, PAS nombor tiga selepas DAP dan PKR.

Untuk menjadi kuat khususnya di kalangan orang Melayu tidak semestinya PAS perlu memperjuangkan negara Islam.  Orang Melayu sudah tahu PAS adalah parti berteraskan Islam.

Tetapi PAS perlu teguh dan tegas dalam perjuangan Islam. PAS perlu menerangkan bagaimana mengurus ekonomi Islam dan bagaimana Islam hendak menghadapi cabaran global.

Sokongan pengundi Melayu tidak lagi majoriti kepada PAS, sebaliknya kepada musuhnya Umno. Ini bermakna kerusi tradisi milik PAS sudah tidak selamat bagi parti itu.

Tetapi PAS tidak kehilangan penyokong tradisional, cuma yang menjadi masalah golongan pengundi muda dan pengundi atas pagar termasuk orang Melayu di kota.

Jika PAS boleh menyakinkan orang Melayu bahawa parti itu bukan sahaja cekap berpolitik tetapi juga boleh menangani isu ekonomi, pendidikan, sosial dan semuanya, PAS akan menjadi parti politik nombor satu di kalangan orang Melayu.

15 comments:

  1. Do what is needed, PAS.

    ReplyDelete
  2. PAS won't stay long...

    ReplyDelete
  3. terpulang kepada PAS.

    ReplyDelete
  4. mungkin PAS patut keluar dari Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  5. Terpulanglah pada PAS sendiri. Susah juga mahu komen.

    ReplyDelete
  6. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  7. terserah kepada PAS untuk menentukan hala tuju parti mereka sendiri.

    ReplyDelete
  8. PAs perlu memilih hak tuju mereka sendiri. nuatlah yang terbaik.

    ReplyDelete
  9. Benar, kalau dilihat sendiri memang PAS jauh ketinggalan oleh parti sekomponennya itu iaitu PKR dan DAP. PAS langsung tidak menyerlah malahan tengelam dalam PR.

    ReplyDelete
  10. Kalau PAS ingin berjaya, PAS perlulah usaha lebih. Tunjukkan bahawa PAS pasti boleh dengan hala tuju sendiri. Tidak perlu mengikuti rentak PKR dan DAP.

    ReplyDelete
  11. PAS must do what is right.

    ReplyDelete
  12. Sebuah parti yg berdokrinkan agama adalah mustahil utk menjadi nasional kerana negara ini memegang konsep multi-agama. walaupun muslim dilihat majoriti dalam negara in tapi keadaannya berbeza dgn Sabah dan Sarawak terutamanya. Dlm kes Sabah, majoriti penduduk yg ada sekarang sememangnya beragama islam tapi pendirian mereka jauh berlainan dgn islam di semenanjung kerana bukan sahaja berfikiran matang membezakan antara politik dan agama malah sederhana dlm segenap hal. Ulasan bahawa PAS tidak mendapat sokongan melayu/islam dgn ideologi keislaman mereka di Sarawak adalah tidak tepat kerana peratusan penduduk berbangsa melayu di Sarawak sebenarnya adalah sangat sedikit. yang ada cuma Melanau-melayu yg beragama islam dan kebanyakan mereka mendapat hampir semua yg mereka mahukan dgn hanya menyokong BN.

    ReplyDelete
  13. ada baiknya jika PAS keluar sahaja dari Pakatan. bukan senang mahu memikirkan soal rakyat dan negara dalam masa yang sama mempertahankan PKR dan DAP sekiranya ada tindak-tanduk mereka yang bertentangan dengan agenda perjuangan PAS.

    ReplyDelete
  14. Bagus jugalah sebab perjuangan mereka tidak sama.

    ReplyDelete