Search This Blog

Wednesday, July 27, 2011

Kenyataan Ramahjan berbau penghinaan

TENOM: Pegawai Penerangan SAPP CLC Melalap Flavius Robert menolak sekeras kerasnya kenyataan  Ketua Wanita Umno Tenom Ramahjan Sulaiman Khan yang mendakwa kononnya pembangkang meniru strategi yang digunakan Umno dalam misi mereka mendekati rakyat adalah suatu kenyataan yang terdesak dan kebudak budakan.

Tegasnya, beliau menyifatkan kelibat politik Ramahjan sudah tidak menentu setelah melihat asakan bertali arus pembangkang khususnya SAPP yang semakin diterima rakyat akar umbi walaupun gerak kerja dilaksanakan secara senyap namun berisi.


Flavius menambah, Ramahjan yang mengharap sangat untuk dicalunkan bertanding atas tiket UMNO-BN pada Parlimen Tenom pada PRU13  sudah mula tercabar lalu menggelabah apabila ramai wanita Umno  mula mempertikaikan kredibiliti dan latar belakang Ramahjan sama ada ianya benar anak jati disini.

Beliau menambah, SAPP memandang serius dakwaan Ramahjan itu kerana kepimpinan SAPP disini tidak pernah mencedok strategi Umno dalam apa juga keadaan untuk mendekati rakyat namun jentera pilihanraya SAPP lebih mantap malah sudah bersedia menghadapi UMNO-BN pada PRU13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

“ Mungkin juga dalam keadaan yang menggelabah itu, Ramahjan terbawa bawa mimpi ngerinya yang senantiasa membayangi kebimbangannya ia tidak akan dicalunkan dalam pilihanraya akan datang ini, maka dia cuba sedaya upaya untuk menyakinkan kepimpinan Umno konon kononnya Ramahjan merupakan pemimpin berani dan lantang bersuara mengecam pembangkang,” tegas Flavius.

Sebaliknya tegas Flavius, rakyat sekarang sudah jauh lebih matang berpolitik malah mereka lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan tanpa mendengar pemimpin yang suka “bercakap besar dan mendabik dada” sama seperti sikap Ramahjan.

“ Rakyat sudah menilai prestasi UMNO-BN selama 17 tahun menerajui kerajaan di Sabah…tak perlu Ramahjan terjerit jerit memuji Umno ibarat ayam bertelur sebiji riuh sekampung namun pada sebaliknya kerajaan BN yang ditunjangi Umno pembangunan yang cuba dicanangkan Ramahjan khususnya di Tenom…banyak keburukkan daripada kebaikan,” tambah Flavius lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa misi dan visi perjuangan SAPP yang berpaksikan kepada keinginan parti itu untuk mengembalikan hak kuasa otonomi dan meletakkan 20 Perkara sebagai asas perjuangannya kini semakin diterima rakyat dikawasan akar umbi khususnya di Parlimen Tenom.

“ Kita bukan menentang pembentukkan Malaysia dan memusuhi pemimpin Persekutuan tetapi niat kita adalah jelas untuk mengkaji dan membetulkan pembentukkan Malaysia dimana Sabah, Sarawak dan Malaya adalah rakan kongsi dalam kerajaan Malaysia sepertimana Perjanjian Malaysia yang hampir sama dengan 20 Perkara. Selaku rakan kongsi tentunya prinsip kesaksamaan dan keadilan harus diwujudkan,” tegas beliau.

30 comments:

  1. Diusin Lontorok, Lahad DatuJuly 27, 2011 at 2:58 PM

    Ramajan kah?...hahahaha..perempuan tiada guna itu penghisap darah macam pontianak, mau projek saja lepas tu lari.!

    ReplyDelete
  2. Ada lagi seorang 'KHAN' di Tenom? Masalah!

    Ketua Menteri: Datuk Musa Aman Khan
    Menteri Luar: Datuk Anifah Aman Khan

    Saudara mara 'Aman Khan' begitu banyak sudah meresap di masyarakat seluruh Sabah.

    Yang saudara baru 'khan' sekarang banyak sudah datang ke Sabah dan jadi rakyat tempatan.Bisnes mereka sudah berkembang di pendalaman.Rakyat Sabah maseh tidur?

    ReplyDelete
  3. kenapa banyak orang pakistan boleh buka kedai runcit di seluruh Sabah sejak musang bin tidak aman khan jadi KM Sabah?

    Dimana immigrasi Sabah? Tidur ke?

    ReplyDelete
  4. Tidak lama lagi banyak lah Taliban di Sabah.

    ReplyDelete
  5. If its not true, they don't have to be afraid.

    ReplyDelete
  6. Just wait for the next GE in the meantime.

    ReplyDelete
  7. Masing2 pasanglah strategik. Apa pula mahu cakap orang. Kalau mampu tidak payah gentar dengan lawan.

    ReplyDelete
  8. Penilaian demi penilaian, masa akan tiba untuk mengetahui keputusan muktamad.

    ReplyDelete
  9. bukan kah taktik politik ni sama saja, jadi siapa2 pun boleh guna?

    ReplyDelete
  10. tidak perlulah saling menyalahkan..lebih baik jika semua fokus terhadap tugas mereka kepada rakyat.

    ReplyDelete
  11. strategi adalah hak masing2. biar rakyat yang tentukan segalanya dalam PRU nanti.

    ReplyDelete
  12. apapun, SAPP kena terima kritikan tersebut secara positif.gunakan ia sebagai pendorong untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang dilihat oleh pihak lain.

    ReplyDelete
  13. masing2 ada srategi sendiri, taoi rakyat juga penentu kemenangan.

    ReplyDelete
  14. Macamlah pembangkang tiada kutuk2 kerajaan juga kan. 2x5 saja dalam politik ni. Tiada isu terus kasi panas2 ni hal lah? Bida juga.

    ReplyDelete
  15. Quit from politic if cannot accept criticism.

    ReplyDelete
  16. Setiap parti ada cara mereka yang tersendiri dan strategi. Jadi tidak mustahil ada persama dengan rancangan yang dilakukan.

    ReplyDelete
  17. bukankah semua ahli politik wajar untuk mendekati rakyat dan memberi bantuan di mana perlu..

    ReplyDelete
  18. hanya PRU saja yang dapat menentukan masa depan pemimpin.

    ReplyDelete
  19. Bukan soal siapa tiru siapa. Tak perlu merebut, biar rakyat Tenom yang menetukan siapa diterima pada PRU akan datang.

    ReplyDelete
  20. Dekat sudah pilihan raya, rata-rata ahu tunjuk taring agar dapat perhatian atasan supaya dipilih sebagai calon kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  21. Bnayak lagi isu akan ditimbulkan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  22. Jangan hina orang nanti dihina pula.

    ReplyDelete
  23. Calonkan calon yang berkualiti. BN atau PR. Atau SAPP. Biar rakyat mempunyai pilihan yang baik dan bukan pilih yang terbaik dari buah buruk.

    ReplyDelete
  24. Sudah ada keputusan mutlak bahawa kerusi Parlimen Tenom akan ditanding oleh calon UMNO? Atau ditandingi wakil PBS?

    ReplyDelete
  25. Kerana mulut badan binasa bilang urang. huhuhu.

    ReplyDelete
  26. Kita tunggu dan lihat sajalah apa yang belaku nanti. Saya yakin rakyat tahu apa yang perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  27. jangan mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding..

    ReplyDelete
  28. Mohd Lan Yazer Ismail, KeningauJuly 30, 2011 at 1:10 PM

    Saya bukan ahli sapp tapi sekadar bersimpatinya...memang betul kata pegawai penerangan ini kerana tuduhan Ramajan itu macam sapp tiada pengalaman dan tdk mampu buat strategi partinya.

    Kerana sebab itu kononnya sapp meniru strategi Umno. Saya tdk terfikir sapp tergamak meniru gaya berkempen Umno kerana sapp juga mempunyai kekuatan berpolitik dan ada juga sedikit wang...kalau tak ada wang takkan lah sapp mampu mendirikan siaran radionya sendiri yg terpaksa menampung kos upah tenaga kerja sumber manusia yg berkualiti pengalamannya...ada yg master degree dan ada juga diploma.

    Kalau diTenom pun...apa kurangnya pemimpin2nya ada Lawyer, diploma dan Korporat. Sapp memang tidak gentar menghadapi pru13 yg akan diadakan dlm masa terdekat ini.

    Kutuk mengutuk dan mengumpat adalah perkara biasa dlm politik, tetapi perbuatan menghina, memfitnah adalah perkara peribadi yg bebaur jenayah...itu semua bukan strategi politik!

    menggunakan wang utk membeli sokonga.

    ReplyDelete
  29. Lautin Numbak,LikasJuly 30, 2011 at 1:13 PM

    Umno sekadar guna wang untuk beli sokongan untuk menang pilihanraya, kalau tidak dorang guna PATI yng ada IC Palsu. Kamu tidak kenal kah Ramajan? Fuiii?...ini perempuan pisau cukur bah!

    ReplyDelete
  30. walau strategi sama pun, tetap juga ada yang menang dan ada yang kalah ba..

    ReplyDelete