Roger Stimin |
Katanya, kenyataan JPN itu satu petunjuk yang baik dari segi keterbukaannya untuk menyelesaikan kemelut isu pendekomuntasian rakyat Negara ini yang sering berlaku penentangan daripada pemimpin pemimpin politik khususnya pembangkang.
“ Apa yang kita harapkan agar ianya tidak tergolong kepada pemimpin politik atau wakil rakyat dipihak kerajaan semata mata tetapi turut melibatkan pihak pembangkang kerana mereka juga sering berdamping dengan rakyat,” katanya ketika menghubungi media pada Rabu.
Beliau yang juga seorang Peguam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah JPN Sabah pada baru baru ini yang mengalu alukan pemimpin pemimpin parti politik khususnya wakil rakyat menyalurkan maklumat berkaitan kewarganegaraan terutamanya penduduk dikawasan luar bandar.
Tegasnya, akibat dari pendekomuntasian warganegara ini masih dibimbangi rakyat kerana ketulenannya telah mendorong pembangkang membuat protes terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana khuatir dokumen yang meragukan itu digunakan untuk mendaftar sebagai pemilih ketika pilihanraya umum berlangsung.
“ (Jadi)…kalaulah pihak pembangkang dilibatkan sama dalam mengenal pasti ketulenan kewarganegaraan ini sejak awal lagi iaitu ketika isu ini masih berlegar legar di peringkat akar umbi ianya tidak akan menular sehingga memuncak menjadikannya kemarahan rakyat…kerana ianya sudah ditangani diperingkat kawasan akar umbi,” tegas Roger.
Dalam pada itu ketika mengulas program pendaftaran 5P, beliau turut gembira apabila dalam laporan baru baru ini menyatakan bahawa seramai kira kira 300,000 pekerja asing telah didaftarkan.
Pada Isnin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Sukarti Wakiman dalam laporan itu dipetik sebagai berkata bahawa senario itu telah menggambarkan maklum balas yang baik yang hanya dijalankan dalam masa dua minggu tetapi beliau belum membayangkan akan melanjutkan tempoh program tersebut.
JPN sepatutnya sudah lakukan pendekatan spt ini sejak dahulu lagi supaya negara tidak banyak mengalami kekecohan. Tidak salah kalau pembangkang juga turut dilibatkan utk mengesan warganegara yg tulen sebelum diberi kerakyatan dan KP.
ReplyDeleteJPN,SPR dan KDN merupakan jentera no.1 UMNO untuk memusnahkan lawan. Sekarang konon2 JPN baru mahu berjinak jinak pembangkang...adakah niat JPN itu ikhlas atau satu strategi lagi? Sebelum terkena jerat mereka...kena hati hati lah wahai pembangkang!
ReplyDeletependekatan seperti ini amat baik, mmg ia memerlukan kerjasama semua pihak dalam mengesan kewarganegaraan.
ReplyDeleteHarap program 5P ini boleh menyelesaikan masalah PATI.
ReplyDeleteRakyat juga perlu pandai menilai perbuatan pemimpin-pemimpin.
ReplyDeletesebaiknya kerjasama semua pihak itu penting bagi menyelesaikan masalah.
ReplyDeletesewajarnya semua pihak berganding bahu untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku.
ReplyDeleteBekerjasama menyelesaikan masalah yang timbul. jangan hanya menunding jari.
ReplyDeleteTeam work is require to make our work a very good success. These is a very good example highlighting co-operation across different department/ parti.
ReplyDeleteHarap2 5P ini akan dapt mengurangkan lebih ramai PATI di Sabah.
ReplyDeleteMasih tidah terlambat untuk buat perubahan. Syabas!
ReplyDeleteSPR tidak seharusnya bersikap berat sebelah, tidak kira dari pihak kerajaan @ pembangkan, SPR harus memberi kerjasama.
ReplyDeleteKita mestilah adil untuk rakyat...
ReplyDeleteJPN perlu telus dan bertanggungjawab dalam tugas mereka. Pelbagai isu timbul berkaitan dengan JPN hanya akan menjejaskan imej dan kredibiliti JPN.
ReplyDeleteDaripada asyik menuding jari, bukankah lebih baik mencari jalan penyelesaian bersama-sama? Walaupun berlainan perjuangan, sekali sekala kerajaan dan pembangkang bekerjasama kan bagus.
ReplyDeletePATI perlu dihantar balik sebelum PRU13 ini tiba.
ReplyDeleteAny program that could solve the PATI issue has my full support.
ReplyDeleteAll the best in the 5P program.
ReplyDeletePengaruh parti pembangkang untuk memastikan warganegara tulen di pilihan raya yang akan datang adalah mendatangkan kebaikan jika tiada unsur-unsur disebalik batu..
ReplyDeleteAdakah kerjasama antara kerajaan vs parti pembangkang mendatangkan lebih banyak manfaat? Rasa-rasa betul juga..
ReplyDeletekadang2 kerjasama itu hanya akan wujud jika adanya desakan..
ReplyDelete