Sungguh memilukan...itulah yang dapat dikatakan semasa kunjungan Parti Maju Sabah (SAPP) ke kawasan Kg. Serudong Ulu, Kalabakan yang terletak sejauh 130KM daripada Bandar Tawau yang memakan masa sehingga kira-kira 4 jam untuk sampai ke destinasi.
Program lawatan Kg. Serudung Ulu merupakan aktiviti susulan SAPP diatas jemputan penduduk kampung yang terdiri dari suku kaum Murut diketuai oleh Jamal Lawingon sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada SAPP kerana melalui YB Melanie Chia, iaitu ADUN Luyang yang telah membawa isu tanah adat (NCR) mereka ke Dewan Undangan Negeri pada April lalu. Wakil penduduk juga sempat menyerahkan sendiri memorandum bantahan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang turut mendapat liputan luas dalam muka depan akhbar tempatan.
Sebelum ini Pemuda SAPP dan SabahTV telah membuat penggambaran dokumentari pendek yang telah disiarkan secara online melalui Sabahtv.net yang turut menjadi bahan rujukan SUHAKAM. Dokumentari pendek tersebut telah merakamkan kisah sejarah Serudung yang terletak diantara persempadanan Malaysia-Indonesia ketika konfrontasi tahun 60an dan tekanan yang dihadapi oleh penduduk kampung kerana diusir oleh syarikat pemaju sawit sehingga rumah-rumah penduduk kampung telah dirobohkan dan tanaman dirosakkan.
Terdahulu rombongan SAPP yang telah diberi penghormatan oleh penduduk kampung untuk merasmikan balairaya yang dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung sendiri. Sambutan yang penuh tradisi dan kibaran bendera SAPP telah memberikan suntikan baru dan sebagai mesej kepada rombongan SAPP supaya menggandakan perjuangan untuk mempertahankan hak Sabah dan nasib anak negeri yang ditindas yang kini semakin berleluasa di Sabah.
Dalam ucapan alu-aluan wakil penduduk Serudung, En. Enggang Bin Lingkasing, beliau memaklumkan bahawa kampung Serudong Ulu telah lama wujud sejak sebelum Konfrontasi Malaysia - Indonesia dalam tahun 60an. Namun demikian, keadaan hidup orang Murut disini tidak pernah berubah mahupun menikmati kehidupan selesa walaupun setelah 48 tahun Sabah merdeka bersama Malaysia.
Walau bagaimanapun, penduduk Murut Serudong Ulu amat berterima kasih kepada pihak British yang pada masa itu telah memberikan tanah yang mereka duduki sekarang ini dan juga menganggapnya sebagai tanah adat kaum Murut sejak beberapa generasi terdahulu. Menurut Enggang lagi, beliau berasa sedih kerana apa yang dinikmati oleh penduduk kaum Murut selama ini telah lenyap dan menjadi igauan mimpi yang ngeri pada hari - hari seterusnya.
"Sebelum ini sekurang - kurangnya 70 puluh buah rumah masih berada di atas tanah adat tetapi apabila rumah - rumah tersebut dirobohkan oleh syarikat kelapa sawit, sekarang hanya tinggal 20 buah rumah sahaja yang ada. Orang kampung telah merayu kepada Kerajaan dan juga wakil rakyat Kalabakan dan juga telah melaporkan kepada pihak Suhakam dan PACOS supaya tanah adat kami dikembalikan. Malahan pihak orang kampung juga telah menghantar satu memorandum kepada Ketua Menteri pada bulan Ogos lalu berhubung masalah yang kami hadapi tetapi sampai sekarang rayuan dan seruan kami tidak diendahkan. Kami juga tidak mengetahui bahawa tanah adat kami telah dijual oleh siapa," ujar En. Enggang dengan nada sayu.
"Bagaimana kami meneruskan kehidupan untuk membiayai anak-anak kami tanpa tanah untuk kami bercucuk tanam memandangkan kami tidak mempunyai apa - apa pekerjaan. Hanya bergantung pada kehidupan bercucuk tanam sahaja kami boleh meneruskan kehidupan harian kami. Anak-anak kebanyakannya tidak bersekolah kerana keadaan kami serba kekurangan dan tidak berkemampuan. Kami seolah - olah dipinggirkan dan tiada satu bantuan pun datang. Bantulah kami." ujar En. Enggang lagi.
Dalam ucapan Melanie Chia, beliau memberi jaminan bahawa masalah tanah adat akan diselesaikan oleh SAPP melalui Reformasi Tanah bila SAPP membentuk Kerajaan Negeri Sabah selepas PRU13 nanti. Draf reformasi berkenaan kini sudah diperingkat akhir yang diketuai oleh Timbalan Presiden SAPP, Datuk Eric Majimbun dan akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. Pengumuman Melanie Chia tersebut telah mendapat tepukan yang gemuruh dari penduduk kampung sebagai satu tanda harapan baru.
Melanie Chia yang juga Ketua Wanita SAPP Pusat berasa kesal kerana wakil rakyat tidak turun padang untuk menjelaskan kepada penduduk kampung berkenaan skim bantuan yang boleh dinikmati oleh penduduk kampung seperti Skin Bantuan Kanak-Kanak, Ibu Tunggal, E-Kasih dan sebagainya yang boleh dipohon dari Kerajaan.
"Maklumat - maklumat penting sebegini seharusnya disalurkan dan sampai ke akar umbi supaya rakyat tahu dan boleh meringankan kehidupan masyarakat setempat," ujar Melanie Chia.
Isu tanah adat (NCR) bukan sahaja berlaku di Serudong Ulu tetapi juga di seluruh Sabah amnya. Baru-baru ini SUHAKAM telah melaporkan bahawa lebih 1000 aduan berkenaan tanah telah diterima oleh SUHAKAM dan daripada jumlah tersebut 824 kes adalah dari Sabah.
Pada bulan September lalu, Ahli Majilis Tertinggi SAPP, Peter Marajin melalui kenyataannya akhbar menegaskan bahawa terdapat 482 buah rumah di dalam lingkungan 4 buah kampung di Tongod yang melibatkan Kg Napagang, Maragatan, Lumingkau dan Tongodon yang kebanyakannya terdiri dari kaum etnik Dusun - Sungei juga menghadapi resiko kehilangan tanah adat disebabkan oleh perluasan ladang kelapa sawit oleh syarikat luar tanpa menghiraukan kesan terhadap penduduk tempatan.
Marajin yang juga merupakan seorang peguam berkata, beliau akan memantau perkembangan secara terperinci melalui kes-kes mahkamah berkaitan isu tanah yang dihadapi oleh anak negeri Sabah.
Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah Penasihat SAPP Datuk Mohd Noor Hj. Mansoor yang juga mantan Menteri Kewangan Sabah, Ahli Parlimen Tawau Datuk Chua Soon Bui, Ahli Majlis Tertinggi SAPP Yong Chung Kim, Kenneth Goh dan Philicica Tong, Naib Ketua Exco Pemuda Chester Pang, Naib Ketua Exco Wanita Pn. Irene Chan, Exco Wanita Suminah Lintung, Exco Pemuda John Stephen dan pemimpin-pemimpin SAPP Tawau serta Kalabakan.
Walaupun sudah 48 tahun Sabah merdeka tetapi penduduk kita masih tinggal dalam keadaan yang begitu teruk sekali.
ReplyDeleteApa musang bin tidak aman buat selama 9 tahun sebagai KM Sabah dan menyebabksan Sabah terjadi sebuah negeri yang termiskin di Malaysia?
Apabila negeri Sabah diperintah oleh parti tempatan pun tidak seteruk macam ini.
Kali ini aku sokong parti tempatan SAPP untuk mejatuhkankan parti dari malaya umno yang tiada guna
Why didn't SAPP make this sort of visits earlier? Like during SAPP term as the Sabah government? Why make visit when SAPP is no longer in power? Where are they when they are in power?
ReplyDeleteDon't know if anyone still trust SAPP. We'll see if they manage to get the people's support during the next election.
ReplyDeleteBukan apa la...tapi kesian bah tu orang2 kampung kamu buat2 janji2 begitu...janji yg belum pasti lagi terlaksana...berharap2 la dia tu...skali check2 kalah pula SAPP...jadi mcm mana harapan dia??
ReplyDeleteBetter late than never. lawatan sekarang membawa makna jika benar SAPP berjaya dlm usaha mengambil alih kerajaan negeri. Jadi berikan mereka peluang utk kali kedua menjadi kerajaan negeri sebagai pembangkang. kerana semasa mereka memerintah suatu ketika dulu (hanya kira2 2 tahun atas sebab penggiliran KM), tidak banyak yg mampu mereka lakukan sebab mereka juga terpaksa menjadi pak turut kepada umno. dan lagi, 2 tahun adalah tempoh yg cukup singkat utk melakukan perubahan menyeluruh lebih2 pada negeri kita yg agak besar dgn sumber kewangan terhad.
ReplyDeleteMusang bin tidak aman adalah KM Sabah yang paling teruk di sejarah Sabah. Jika kes ini tidak dibongkar oleh SAPP, pemimpin2 parti malaya UMNO dan PR masih dalam mimpi dan asyik duduk di office sibuk merampas tanah orang kampung.
ReplyDeletemau dekat election, mcm2 pembangkang sanggup buat... sekarang memang janji macam2..nnti lepas ne... tidak ingat suda tu janji...
ReplyDeleteBanyak sudah SAPP membantu rakyat Sabah apabila YTL jadi KM Sabah hanya 2 tahun.
ReplyDeleteAku fikir hanya melayu mudah lupa, Annie diatas pun cepat lupa pula.
YTL kasih lulus 40k acres tanah NCR kepada orang kampung dalam 2 tahun jika dibanding dengan musang bin tidak aman hanya 5k acres selama 9 tahun sebagai KM.
Idup SAPP dan TOLAK semua parti dari malaya.
mana2 parti pun akan cuba mencuri tumpuan dan sokongan rakyat lebih2 lagi PRU semakin hampir.
ReplyDeletesiapa pula yang bagi hak kepada syarikat kelapa sawit untuk merobohkan rumah penduduk kampung?
ReplyDeletekeadaan kampung tersebut amat daif, nasib penduduk kg tersebut harus dibela.
ReplyDeletejgn biarkan penduduk kehilangan hak2 mereka.
ReplyDeletesekarang ni semua parti pun sibuk untuk mendapatkan sokongan rakyat.
ReplyDeleteapa pun, keperluan dan permasalahan penduduk perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya.
ReplyDeleteApa musang buat selama 9 tahun sebagai KM Sabah ? Dia sibuk curi tanah orang kampung dan merampas harta orang Sabah.
ReplyDeleteHanya kroni2 musang masih sokong babi buta sama dia sebab mau jaga nasi periuk dan dimana orang2 ini peduli kesusahan orang kita kan?
SAPP melebarkan sayapnya, bagaimna dengan wakil2 parti kerajaan di sana. adakah anda menjalankan tugas anda.
ReplyDeleteKalau mahu sekongan rakyat kurangkan la beban tanggungan rakyat. Harap2 KM menyuruh anak2 buahnhya turun padang untuk melihat kesengsaraan & keluhan rakyat. Khasnya di bahagian pendalaman. Kalau di pedalaman semua serba serbi kekurangan. Penuhi la kekurangan penduduk pedalaman dengan kemudahan & kebajikan.
ReplyDeleteSeharus lebih terbuka dengan SAPP. Satu tanda yang baik, sekurang-kurangnya pemimpin dan parti sanggup turun padang dan memahami keadaan sebenar penduduk pedalaman. Cuma lawatan sebegini yang membantu pemimpin untuk memberi perhatian dan batuan kepada golongan yang memerlukannya.
ReplyDeleteSemoga lawatan sebegini diteruskan di masa akan datang. Lawatan ini seharus bertujuan baik untuk memahami keadaan sebenar dan sikap prihatin kepada penduduk pedalaman dan bukannya bertujuan untuk menambat hati rakyat untuk mengundi.
ReplyDeleteHope from SUHAKAM investigation can help for solving the NCR land issue.
ReplyDeleteUtamakan semua penduduk termasuk suku kaum kecil di negeri Sabah. Banyak golongan masih perlu memberi perhatian dan bantuan. Jumlah besar dari golongan ini masih tidak berpeluang untuk bersekolah.
ReplyDelete"Melanie Chia yang juga Ketua Wanita SAPP Pusat berasa kesal kerana wakil rakyat tidak turun padang untuk menjelaskan kepada penduduk kampung berkenaan skim bantuan yang boleh dinikmati oleh penduduk kampung seperti Skin Bantuan Kanak-Kanak, Ibu Tunggal, E-Kasih dan sebagainya yang boleh dipohon dari Kerajaan."
ReplyDeleteIni mungkin salah satu kesilapan kerajaan dimana masih banyak golongan pedalaman tidak mendpaat bantuan dan perhatian. Skim bantuan seharus sampai ke tangan penduduk yang memerlukannya. Kelemahan ini seharus diperbaikinya.
"Marajin yang juga merupakan seorang peguam berkata, beliau akan memantau perkembangan secara terperinci melalui kes-kes mahkamah berkaitan isu tanah yang dihadapi oleh anak negeri Sabah."
ReplyDeleteIsu tanah NCR seharus diberi perhatian wajar agar hak milik dan kepentingan penduduk tidak terampas.
Jangan percaya SAPP, apabila nak sampai election baru keluar bantu orang..
ReplyDeleteAla...semua parti akan keluar bantu orang semasa mau dekat sudah election....
ReplyDeleteKenalah ikhlas membantu mereka, tak perlu berpura-pura saja..
ReplyDeletePendudukan ini memang perlukan bantuan, mereka telah berhidup dlm penderitaan pula.
ReplyDeleteKerajaan kena berusaha lagi untuk mencari masalah penduduk.
ReplyDeletebetul peter, jangan di sebabkn election mau dekat uda,,baru mau buka cerita tuk kasi jatuh pihak kerajaan... bantu dengan ikhlas...
ReplyDeleteDekat dah p/raya jadi semua pun mahu tunjuk hero:P hehe
ReplyDeleteTak kisahla siappaun, jika ada kesempatan untuk bantu golongan yang memerlukan then hulurkanlah bantuan:)
ReplyDeleteNamun harus ikhlas, bukan pok undi saja. Nanti sama juga ceritanya kalau ada udang disebalik batu:P
ReplyDeleteApapun, hal telah diketegahkan jadi pihak yang berkenaan haruslah turun padang demi memastikan hal ini dapat diselesaikan segera.
ReplyDeleteSemoga hal ini mendapat perhatian dan selebihnya terpulanglah pada rakyat untuk membuat penilaian lanjut.
ReplyDeletei have doubts with Sapp's sincerity.
ReplyDeleteSAPP could have went to that village years ago to find out about the people condition there but they didn't. They have the power back then to change the people life but unfortunately now they couldn't do much.
ReplyDeleteNeway, all the best to SAPP.Make sure whatever promises that were made will be fulfilled.
ReplyDeleteSAPP has been to many villages in Sabah for the past 3 years after pulled out from BN but not like those party import from malaya especially bia-DAP only good in pointing at longkang to gain cheap publicity.
ReplyDeleteI believe all the party import from malaya will be sent back to MALAYA in this coming GE13 by Sabah people.
Pastikan semua janji yang dibuat dapat ditunaikan. Golongan ini memang memerlukan bantuan dan perhatian terutama dalam bidang pendidikan.
ReplyDeleteLawatan sebegini memang digalakkan agar kerajaan dan masyarakat lebih memahami keadaan sebenar di negeri Sabah ini.
ReplyDeleteHoping such kind of visit is not about political intention. The people of Sabah really needed more attention and helping hand especially poverty problems, PATI, unemployment, loyalties etc..
ReplyDeleteSatu tindakan bijak dari SAPP. Semoga SAPP seing turun padang dan memahami keadaan sebenar di sekitar terutama kawasan pedalaman. Masih banyak golongan yang tidak berpendidikan. Keadaan sebegini amat teruk dan harus menkaji kaedah penyelesaiannya.
ReplyDeleteMasalah NCR seharus diuruskan secepat mungkin sebelum lebih banyak mangsa NCR.
ReplyDeletedekat2 pilihan raya..mau tunjuk hebat la ba..ambik kesempatan..hehehhe
ReplyDeletehoi ming.......
ReplyDeleteu tak baca kah itu dia bilang susulan dari aktiviti lepas...bukannnya baru kali ini turun...
kalau nak komen punbacalah dengan baik...bukan macam DAP mau cari publisiti..lol.....
wakil rakyat kalabakan seharusnya yang turun padang di kawasan tersebut dan bukannya SAPP..diharap wakil rakyat kalabakan menyelesaikan isu2 kekurangan yang dihadapi oleh penduduk kampung.
ReplyDeletepihak SAPP sememangnya akan cuba mempengaruhi rakyat terutama di kawasan luar bandar untuk menyokong dan mengundi SAPP..perkara ini boleh dielakkan sekiranya wakil2 rakyat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan seperti yang diamanahkan..tidak mustahil rakyat akan berubah angin kepada pembangkang sekiranya wakil2 rakyat kerajaan tidak bertindak secara proaktif.
ReplyDeletesistem penyampaian kerajaan harus diperbaiki lagi terutama yang berkaitan dengan bantuan2 kerajaan..sudah pasti di kawasan terpencil tidak memiliki perhubungan yang maju maka, wakil rakyat atau pihak berkenaan harus turun padang dan berjumpa dengan penduduk..
ReplyDeletekerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa komiti hal2 berkaitan tanah yang akan dipengerusi oleh KM sabah..diharap isu2 tanah di sabah akan dapat diselesaikan.
ReplyDeletekebajikan rakyat harus dijaga..
ReplyDeletepegawai2 atau jabatan2 kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan rakyat Sabah patut juga dibersihkan.. jika mereka2 ini masih dikekalkan ketika kerajaan sudahpun berubah, masalah2 yang dihadapi rakyat Sabah hari ini pasti akan berulang..
ReplyDeleteTeruskanlah perjuangan untuk rakyat. Itulah kata-kata yang perlu diberikan kepada wakil rakyat yang lain.
ReplyDeleteInilah strategi SAPP sekarang memberikan tumpuan kepada kawasan pendalaman. Kerana SAPP tahu pembangunan dikawasan pendalaman pasti kurang maka inilah kesempatan parti itu untuk menghasut dan menghantui fikiran mereka.
ReplyDeleteBetul-betul SAPP ingin menang ini kali sanggup pergi kalabakan untuk meraih undi saja. Biarkan saja SAPP, yang penting teruskan mendekati rakyat.
ReplyDeleteketelusan Party SAPP untuk menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat pendalaman yang tidak pernah di perdulikan oleh kerajaan...menganggap mereka hanya lah kuman2 kecil yang tidak berharga...dan semoga keprihatinan ini akan berterusan sampai nasib2 mereka terbela dan mendapat keselesaan hidup dengan mendiami kembali tanha yang telah mereka usaha kan selama ini
ReplyDeletenak harapkan KERAjaan, Puii!!!dorang sibuk nak tambah kekayaan masing-masing.Sabah TATAP akan menjadi negeri PALING MISKIN di MALAYSIA selagi UMNOBN memerintah.Yang percaya BULAT2 dengan KERAjaan, memang dah buta hati mereka sebab selalu jak tengok dan baca berita TV1,TV2,TV3,NTV7, Utusan Melayu, Berita Harian! Apa saja yang keluar melalui media-media ini sure MEREKA akan percaya 100%, nak buktinya, LU PIKIRLAH SENDIRI...
ReplyDeleteKita haraplah Org Sabah bersatu dlm membuat perubahan di PRU13 nanti...Seperti Hj Matnoor Mansoor bercakap di Kg Serudong Ulu hari iru.."Manusia yg membuat Undang2 di negeri kita ...Terpulanglah kpd Manusia yg mengubahnya.."
ReplyDeletetahniah kepada SAPP! Bagi mereka2 yang masih lg buta seperti en imran di atas,janganlah bangga sangat dengan party malaya ni sbb malaya hanya utk malaya dan malaya tetap x akan jadi sabahan! Maaf rn. Imran,sy lama tingg d malaya dan sy tau sgt perihal sifat dan sikap malaya ni..umno/bn dtg sabah,negeri yang bukan negeri mereka..kononnya ingin membantu..bantu lah sangat! Hasil2 kita di bawah kuasa mereka..masih banyak lg masalah yg timbul di luar sana akibat dr kegagalan bn/umno dlm mentadbir sabah! Ingat,umno/bn telah lama kalah d sabah..yang mengekalkn kuasa dayus mereka skrg ini hanyalah undi pati dan beberapa taktik kotor (undi pos,dsb)..ingat bahawa rakyat yang mengangkat seseorang,dan apabila tiba masanya,rakyat jg yg menurunkannya! Party malaya sudah lebih..rakyat sabah tinggal tunggu masa utk meletup! Hidup SAPP hidup Sabah!!!!!
ReplyDeleteya butul bah itu....
ReplyDeleteBilang, berbilion untuk peruntukan untuk sabah, mana tu wang lesap ? Atau janji kosong saja.
ReplyDeleteyg menyebabkan masyarakat native kehilangan banyak tanah-tanah adat mereka adalah kerana Kerajaan Sabah menyerahkan jutaan hektar tanah kepada syarikat-syarikat besar dalam tahun 1997 melalui FMU. Ketua Menteri Sabah ketika itu adalah Yong Teck Lee, Presiden SAPP yg sekarang sibuk-sibuk kononnya membela nasib masyarakat Native, prrgggh!
ReplyDelete