Search This Blog
Thursday, October 20, 2011
UMNO dan PKR itu adalah serupa
Rakyat Sabah jangan terlalu mengagungkan pemimpin asing yang sedang menikmati kekayaan di Negeri sendiri. Kita harus meneruskan perjuangan Tun Fuad Donald Stephen selepas pertikaian isu minyak yang dilihat perkara itu sebagai melanggar pembentukan Malaysia dan menjajah ekonomi Sabah.
Apa yang kita dapat lihat pembangunan hari ini, hanyalah satu wayang kepada kerajaan pusat dan ini melambangkan bahawa rakyat Sabah hanyalah anak patung yang tidak bersuara dan seekor binatang yang hanya menurut perintah mereka sahaja. Cukuplah kita ditindas dari semua arus pembangunan perdana yang dilakukan oleh parti BN/UMNO.
Jauhkanlah fikiran dan perasaan didalam hati dan diminda kita yang kita tidak boleh memimpin rakyat sendiri. Apa yang telah berlaku ketika era pemerintahan PBS sebelum ini, jadikanlah itu sebagai satu pengalaman dan iktibar untuk terus maju dan bukannya menjadikannya sebagai sempadan untuk kita menolak terus kepimpinan orang kita dan berputus asa.
Dulu dan sekarang tidak serupa, hari ini pemimpin kita sudah berwajah emas dan berhati rakyat. Andai kita lalai hari ini, kehidupan anak generasi kita akan datang akan mengutuk dan menyumpah mayat kita dalam kubur walaupun kita sudah menjadi tanah.
Tidak ada bezanya PKR(PR) atau BN (UMNO), kedua-dua badan politik ini adalah serupa dan wawasan mereka hanyalah untuk mengorek lombong minyak di sabah dan mengambil tanah-tanah kita di Sabah sebagai pelaburan mereka dan kita hanya menjadi sebagai sampah masyarakat di negeri sendiri.
Bayangkan, betapa sukarnya kita apabila segala urusan penting sama ada kecil mahupun yang besar semuanya dirujuk kepada Kuala Lumpur, seakan-akan di Negeri kita ini tidak ada pemimpin yang boleh membuat keputusan ke atas semua keperluan rakyat kita di Sabah. Erti kata, orang kita yang bergelar "TAN SRI, SERI,YAB,YB, DATUK, DATO" (TYT) dan Pengarah hanya sebagai "TALI BARUT" Kerajaan Pusat tanpa ada kuasa dan tidak berkepentingan kepada semua dasar-dasar pentadbiran dalam Negeri Sabah, ini sangat menyedihkan kita.
Janganlah kita dipengaruhi kata-kata PR/BN daripada semenanjung yang memperbodohkan pemimpin kita dan meracuni otak kita sendiri kononnya kita tidak boleh hidup tanpa bantuan Kuala Lumpur. Saya penuh yakin bahawa Parti SAPP hari ini sudah bersedia untuk berjuang demi ekonomi rakyat Sabah dan pembangunan yang mampan. Tugas kita hari ini adalah memenangkan parti ini dan lihat kemampuannya untuk tempoh 10 tahun.
Oleh itu, hidupkanlah minda kita, janganlah kita mati akal dan menjadi pengkhianat bangsa sendiri dan tamak untuk mendapatkan gelaran YB, kejar projek dan untung sendiri, tetapi anak bangsa sendiri tergadai dan hidup merempat di kaki lima dan mengemis daripada Kuala Lumpur.
Apakah kita terus jadi jolokan sebagai "AYAM TAMBATAN" KERBAU dan BONEKA oleh Tanah Malaya? Tanyalah diri kita sendiri pada hari ini.
Sungguh malang dan sedihnya KDM dan Orang Bajau hari ini, kerana kehilangan pemimpin yang diharapkan untuk membebaskan mereka daripada jajahan Tanah Malaya kerana mengejar pangkat, projek dan wang poket sahaja, sedangkan rakyat sendiri kelemasan dalam lautan.
SIAPAKAH PEJUANG SABAH YANG SEBENARNYA ... SUDAH TENTU "DATUK YONG TECK LEE (SAPP). Rakyat Sabah harus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada "DATUK YONG TECK LEE, DAN SAPP untuk kelangsungan pembangunan ekonomi kita.
Maslan Bin Maginda
Aktivis Masyarakat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Who is this fella?So amateurish in his writings and analysis.
ReplyDeleteHe wrote 'left and right' and end up calling YTL'Pejuang Sabah yang sebenarnya' without even the slightest idea what that meant.This fella must be a joker of some sorts even maybe a mental patient just released from Bukit Padang.
He expressed his frustration What he wrote well understood only those with mental disorder unable to comprehend.
ReplyDeleteUMNO and PKR are just the same, if you are willing to see it.
ReplyDeleteThe votes are in the people's hands, just make the best decision during the next GE.
ReplyDeleteI support you SAPP. Aku tidak mahu jadi seekor kerbau asyik dicucuk hidung ditarik jalan oleh pemimpin malaya macam kerbau2 dari Sabah dalam parti import dari seberang UMNO atau PR.
ReplyDeleteAku ada maruah dan bangga sebagai orang Sabah!
cakap saja semua parti politik pun serupa.. semuanya tunggu jawatan kabinet.. bila sudah dapat baru fikir untuk tunaikan janji2 mereka kepada rakyat..
ReplyDeletemahu tidak mahu parti tempatan perlu juga bekerjasama dengan parti semenanjung melainkan parti tempatan itu mampu merampas puterajaya..
ReplyDeleteIni bukan cakap saja. Sabah dulu maju jaya dalam pemerintahan parti tempatan USNO dan BERJAYA.
ReplyDeleteIni semua adalah FAKTA.
Hanya pembelot macam "black man" diatas masih mahu Sbaah terus dijajah oleh parti malaya. Kenapa ya? Kamu fikir orang Sabah sebodoh macam kamu ke?
SAPP pun sama juga tak boleh diharap, dulu masa YTL menjadi KM, Sabah rugi teruk.
ReplyDeleteparti tidak boleh disalahkan dalam hal ini. yang patut dipersalahkan ialah pemimpin2nya yang tidak boleh diharap.
ReplyDeletepemimpin2 dan parti2 tempatan Sabah perlu berusaha untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah. kalau bukan orang Sabah sendiri, siapa lagi?
ReplyDeleteAgree with lavender. Good or bad image of the party is the impact from its own leaders.
ReplyDeletesebelum ni pun Sapp ada menyatakan mereka akan berkerjasama dengan PR..jadi maksudnya Sapp pun tidak boleh diharaplah itu..
ReplyDeleteapa pun, biarlah rakyat sendiri yang membuat penilaian dan pilihan siapa yang mereka suka.
ReplyDeleteSebab kebanyakan ahli2 PKR itu sendiri adalah bekas UMNO juga.
ReplyDeleteya Maslan Baginda kasi kipas pantat c Yong tu kuat2 hahahahahaha....
ReplyDeleteSemua kena bertidak dan bekerjasama kerana jika hanya satu pihak sahaja yang berusaha, tidak ada maknanya.
ReplyDeleteKesekepakatan juga perlu ada untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteKenapa kita nak parti dari malaya memperjuangkan hak kita dan kita sendiri tidak buat?
ReplyDeleteInilah mencerminkan ada segenlintir orang kita bersifat kemalasan dan sikap pak turut kita.
YTL sudah banyak menolong bumiputra Sabah walaupun hanya 2 tahun dia jadi KM Sabah bukan macam Musa jadi KM Sabah selama 9 tahun yang menyebabkan Sabah menjadi TERMISKIN di Malaysia.
Aku sokong parti SAPP kali ini.
masa YTL memerintah lah SAS rugi teruk, nasib baik semasa Musa jadi KM SAS dpt dipulihkan.
ReplyDeleteYTL mahu dijadikan KM? Ooo tidak. Tidak perlulah rasanya. Bagi saya biarlah Parti komponen BN Sabah meneruskan usaha membantu negeri Sabah ini.
ReplyDeletePenulis bodoh!
ReplyDelete