Search This Blog

Monday, November 21, 2011

Pemuda SAPP Melalap giatkan aktiviti mendekati rakyat

Oleh:  Maturin Mohammad

TENOM, Nov 20:  Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap dibawah terus menggerakkan jentera pergerakan itu dengan mengadakan pelbagai aktiviti mereka  yang bertujuan untuk mendekati rakyat/pengundi khususnya golongan belia dan beliawanis supaya golongan itu akan memahami  ertikata sebenar perjuangan SAPP.


Gandingan mantap antara Rudy Sulaiman Mairi selaku Ketua Pemuda dan Roger Stimin selaku Naib Pergerakan itu merupakan seorang pendatang baru dalam arena politik tidak kelihatan kejanggalan mahupun ketidak serasian diantara mereka ketika  melancarkan gerakan aktiviti mereka.

Selepas aktiviti gotong royong bersama pemuda pusat dalam program “ Dengan,Lihat dan Selesaikan (DSL) baru baru ini, kini mereka melancarkan program gerak gempur  pemuda SAPP CLC Melalap yang akan berterusan sehingga hujung tahun 2011.

“Kita akan terus melaksanakan aktiviti pemuda  untuk turun padang memantau sambil membantu menyelesaikan masalah kecil kecilan yang dihadapi masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira anutan politik, keturunan dan agama. Kita tidak mengira walaupun esok atau lusa PRU13 diadakan tetapi kita tetap juga teruskan,” tegas Rudy.

Rudy berkata demikian sejurus selepas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap dekat sini pada baru baru ini. Turut hadir, Naib Ketua Pemuda Roger Stimin dan beberapa AJK Pemuda yang lain.

Tambahnya lagi, beliau tidak mahu dilabelkan sebagai  “penumpang” dalam sesuatu persiapan dalam perjuangan politik disaat saat ketika mengahadapi PRU13 dimana pemuda harus menunjukkan komitmen dan kerja keras demi memperkasakan perjuangan parti untuk mencapai matlamatnya.

“Kita kena usaha keras untuk menyakinkan rakyat yang kemudiannya akan memberi sokongan kepada kita dimana pepatah ada mengatakan..” Yang bulat takkan dating menggolek, yang pipi takkan dating melayang”…pendeknya tidak ada jalan pintas untuk dapatkan sokongan rakyat,” tegasnya.

Sementara itu, Roger Stimin menegaskan bahawa setiap perjuangan harus ada landasan halatujunya yang bakal menjamin kecerahan sinar penghidupan rakyat khususnya generasi muda dimasa akan datang dimana setiap pemimpin tentunya mempunyai  pelan transformasinya sendiri untuk melakukan perubahan dikawasan yang bakal diwakilinya.

Dengan sebab demikian tegasnya, golongan belia dan beliawanis perlu didedahkan dengan aktiviti aktiviti berbentuk sahsiah  termasuk aktiviti lasak yang dapat membantu ketahan moral mereka dalam mempersiapkan diri untuk menolak  pengaruh  budaya songsang  yang kini disebar luaskan oleh agen Negara asing.

“Saya baru juga melancarkan rakaman lagu lagu tempatan seorang belia  tempatan yang merakamkan lagu lagu ciptaannya sendiri ke dalam CD dan mungkin tidak lama lagi ianya berada dipasaran…jadi, usaha seperti ini perlu juga kita sokong kerana ia satu usaha yang baik,” tegasnya.

Namun kedua duanya (Rudy dan Roger) enggan memberi ulasan berhubung isu “winnable candidate” seperti mana yang diwar warkan para blogger dan fb  sejak akhir akhir ini dimana isu “winnable candidate” bukan sahaja menular dikalangan pemimpin pemimpin BN tetapi juga turut  meresap bahangnya kedalam pembangkang khususnya SAPP.

53 comments:

  1. Can SAPP regain the people's trust?

    ReplyDelete
  2. We should just wait for the next GE and see.

    ReplyDelete
  3. setakat ini PAS, BN dan SAPP saja yang aktif mendekati golongan muda.. gunalah cara masing2.. semoga berjaya.

    ReplyDelete
  4. PRU13 akan diketahui pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Aktiviti seperti ini baik untuk semua. Kerapkan membuat aktiviti seperti ini.

    ReplyDelete
  6. Namun jika ada sebab2 yang tersirat harap usaha seperti ini tidka akan terhenti walaupun selepas pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  7. Nampaknya SAPP semakin bergiat maju.

    ReplyDelete
  8. walaupun SAPP ni pembangkang, tapi aktiviti seperti ini amat baik.

    ReplyDelete
  9. semua parti kena bergiat aktif dalam mendekati rakyat.

    ReplyDelete
  10. Masing2 ada cara untuk mendekati ataupun mengambil hati rakyat..semuanya terpulang kepada rakyat, siapa mereka mau undi..

    ReplyDelete
  11. jangan kerana PRU13 semakin dekat, baru mau tunjuk baik dan prihatin terhadap rakyat..lakunya dengan ikhlas..

    ReplyDelete
  12. it seems that SAPP is working hard on earning the people trust back. All the best ya!

    ReplyDelete
  13. The people will only vote for parties that are sincere in helping the people and not giving false promises.

    ReplyDelete
  14. Rakyat sendiri perlulah pandai menilai mereka yang datang merayu undi.

    ReplyDelete
  15. Sama ada SAPP akan mendapatkan sokongan daripada rakyat semula, kita tunggulah PRU-13.

    ReplyDelete
  16. semua parti pun, kini sedang giat untuk mendekati rakyat.

    ReplyDelete
  17. rakyat perlu membuat pilihan dengan bijak. kebanyakan rakyat pasti tahu parti mana yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  18. persediaan memang perlu dibuat tanpa mengira esok ataupun lusa PRU diadakan. semoga dapat sokongan yang padu dari rakyat.

    ReplyDelete
  19. bagaimana dengan aktiviti SAPP di kawasan2 lain?

    ReplyDelete
  20. Begini laini mau dkt voting.

    ReplyDelete
  21. Buat saja tapi hati ikhlas atau tak susah tahu.

    ReplyDelete
  22. Getting votes before election? Sighh...so fake.

    ReplyDelete
  23. Aiyo, every parti will try and do this to get voteslah..

    ReplyDelete
  24. Untuk apapun alasan, mendekati rakyat adalah sesuatu yang perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  25. Namun dalam hal sebegini semuanya terpulang pada kebijaksanaan rakyat utk menilai.

    ReplyDelete
  26. So ikhlas atau sebaliknya usaha mereka tak kisahlah... Yang penting rakyat tahu apa yang patut dibuat.

    ReplyDelete
  27. Makin dekat PRU makin banyak hal2 yang ditimbulkan.. Namun inilah dunia politik rancak dengan wayang kulit. hehe

    ReplyDelete
  28. Saya hanya tak sabar nak tahu siapakah yang akan mendapat sokongan padu rakyat next GE nanti. hehe

    ReplyDelete
  29. Everyone will do this for the election.

    ReplyDelete
  30. "mengadakan pelbagai aktiviti mereka yang bertujuan untuk mendekati rakyat/pengundi khususnya golongan belia dan beliawanis supaya golongan itu akan memahami ertikata sebenar perjuangan SAPP."

    Aktiviti sebegini harus buat selalu agar keadaan rakyat dapat dikesan dan diselesaikan dengan lebih efektif.

    ReplyDelete
  31. How to serve the people if the WR don't understand the people situation?

    ReplyDelete
  32. Berilah peluang kepada SAPP untuk membuktikan kebolehannya. Jika berikhlas kepada rakyat, tetap rakyat akan memberi peluang.

    ReplyDelete
  33. Semua parti di Sabah harus turun padang dan memahami keadaan rakyat.

    ReplyDelete
  34. Ada juga golongan akan mempertikaikan aktiviti SAPP ini bertujuan untuk menambat hati para pengundi. Masing-masing menilaikannya.

    ReplyDelete
  35. Biasa lh mau dekat PRU, baru tunjuk bagus..begini lah politik..terpulang kepada rakyat untuk mengundi mna yg terbaik..

    ReplyDelete
  36. Teruskan usaha mendekati penduduk.. Itulah yang terbaik..

    ReplyDelete
  37. Tidak hairanlah kepada SAPP begitu aktif sekarang. Mahu minta kasian sama penduduk dekat PRU sudah..

    ReplyDelete
  38. Itu tidak pasti lagilah ikhlas atau tidak apa yang mereka lakukan atau cuma untuk PRU ini saja mungkin. Lepas PRU tidak sudah kelihatan muka mereka.

    ReplyDelete
  39. Harap pemimpin lain juga akan terus mendekati rakyat.. Buat yang terbaik..

    ReplyDelete
  40. Sebaiknya teruskan usaha dan buat pelbagai program bagi membantu dan juga mendekati penduduk. Ini bagi memastikan penduduk dapat keprihatinan dari pemimpin@wakil rakyat.

    ReplyDelete
  41. jangan pula selepas kalau menang PRU nanti, ni ketua pemuda SAPP hilang terus...tiada lagi program DSL...sebab objektif sudah dicapai iaitu menang..

    ReplyDelete
  42. SAPP makin aktif pula terutama di kawasan pedalaman...mungkin SAPP cuba meraih simpati dari kalangan rakyat di pedalaman atau cuba memanipulasikan rakyat di pedalaman atas faktor akses kepada maklumat yang terhad di kawasan pedalaman..jadi senang lah mahu kelentong..

    ReplyDelete
  43. kita tengok sama ada SAPP ikhlas membantu rakyat atau tidak..kerana dalam politik, tiada yang adil maka tiada yang ikhlas..

    ReplyDelete
  44. kini semua parti politik cuba untuk mendekati rakyat...biasalah kalau dekat2 PRU ni...

    ReplyDelete
  45. apa2 pun kita tunggu dan lihat siapa yang akan menjadi pilihan rakyat pada PRU akan datang.

    ReplyDelete
  46. Biasalh, mau dekat PRU..baru mau tunjuk..tapi harap di teruskan lah untuk masa hadapan..

    ReplyDelete
  47. hmm.... so fake...nampak sangat ini untuk persediaan PRU..

    ReplyDelete
  48. Perkara sama yang biasa kita lihat mejelang PRU.Berubah lah semua wakil2 rakyat untuk membuat perubahan sabah.

    ReplyDelete