
Azman Ariffin
Dalam usaha untuk menyaingi kehebatan buku Jingga Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) dan UMNO telah memperkenalkan beberapa insentif tunai yang dibayar terus kepada rakyat dalam pembentangan Bajet 2011 Oktober lepas.
Bermula dengan pembayaran wang RM 100 untuk setiap pelajar sekolah yang telah selesai dilangsungkan, kini BN menggerakkan insentif seterusnya pula, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan nilai RM 500 kepada penerima yang layak.
Penulis katakan kesemua insentif ini adalah ‘rasuah’ politik untuk rakyat memilih BN dalam pilihanraya umum akan datang yang dijangka diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Kononnya untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dari kos sara hidup yang meningkat, sedangkan siapa yang menyebabkan kos tersebut meningkat tanpa kawalan, kalau bukan kerajaan sendiri?
Pendek kata BR1M ini adalah penyelesaian sementara kepada masalah yang dicipta oleh kerajaan sendiri! Jika benar kerajaan prihatin kepada masalah rakyat berpendapatan rendah, yang patut dibuat ialah menurunkan harga barangan, bukan memberi bantuan ‘sekali bayar’ ini dan berharap semuanya akan selesai.
Di samping itu, penulis ragu-ragu, kenapa perlu menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai pengantara? Jika masalahnya mahu memastikan hanya golongan yang benar-benar layak menerimanya, Bank Negara dan agensi lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pun memadai.
Pada hemat penulis, tujuan menggunakan LHDN ialah bagi membolehkan kerajaan mengenal pasti lebih ramai pembayar cukai yang layak tapi tidak berbuat demikian atas sebab-sebab yang tersendiri, terutama bagi mereka yang bekerja sendiri. Pendek kata kerajaan tidak ikhlas dan bantuan ini lebih bersifat serampang dua mata yang bakal menyusahkan rakyat dalam jangka masa panjang. Penulis tidak nampak alasan lain selain daripada yang dinyatakan di atas.
Sehubungan dengan itu penulis menggesa penyokong Pakatan Rakyat tidak menerima wang bantuan ini walaupun layak kerana dari segi moralnya bantuan ini hanyalah gula-gula politik bagi melonjakkan sokongan kepada BN yang sekarang di tahap merudum. Buat apa kita bersengkokol dengan program ini yang hanya menguntungkan BN?
Di samping itu, dengan menolak wang bantuan ini, penyokong Pakatan Rakyat dapat membantu menjimatkan wang rakyat yang diuruskan secara tidak berhemah oleh kerajaan BN. Jika semua dari kita bersatu padu dengan menolak bantuan ini, mesej yang dapat dihantar ialah rakyat tidak mudah dibeli dengan pemberian yang tidak seberapa ini.
Penyokong PR tahu saja cakap tapi tidak serupa bikin.
ReplyDeletemacam mana juga dengan orang yang susah. tak kan la tolak pemberian tu.
ReplyDeleteIni tidak adil untuk penyokong PR. Bantuan tersebut adalah daripada cukai rakyat juga, mereka juga berhak mendapatkan bantuan tersebut.
ReplyDeleteSemua orang asalkan orang Sabah yang sah berhak memohon BR1M.
ReplyDeleteKalau tolak tu bantuan, nanti yang tidak layak pula senang2 dapat tu duit.
ReplyDeleteMenerima bantuan itu bukan penentu kepada undian rakyat nanti. Rakyat harus bijak membuat pilihan.
ReplyDeleteNaaa!!! apa kau rasa oren??? siapa2 penyokong PR kalau terima pemberian kerajaan ertinya kena bagi gula2. Penyokong PR lebih bail tolak, ramai lagi rakyat susah yang boleh dibagi.
ReplyDeleteRM500..buy this and that..then finish.
ReplyDeleteterpulang pada pembangkang nak terima bantuan tersebut atau tidak
ReplyDeletetapi bantuan tersebut adalah untuk semua rakyat yang berpendapatan bawah Rm300.
ReplyDeletejanganlah menghasut orang lain pula..
ReplyDeleteRasanya tiada yang mahu tolak rezeki kalau sudah datang depan mata. lagipun wang tu halal juga ba..
ReplyDeletebagaimana pula dengan Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang yang dikatakan memberi wang RM100 kepada setiap anak yang dilahirkan, RM3,000 kepada ahli keluarga yang meninggal dunia, RM1,000 kepada anak yang berjaya memasuki IPT dan pemberian RM100 kepada warga emas?? adakah itu juga rasuah??
ReplyDeleteTolak jangan tidak tolak. Tiada orang lain rugi pun sendiri yang rugi dengar cakap orang yang pentingkan politik peribadi semata-mata. Bantuan rezeki sudah pula depan mata. Tinggal isu dan daftar lepas itu tunggu dapat atau tidak.
ReplyDeletebayausbh.blogspot.com
Bantuan ini tidak mengira orang itu pembangkangkah apa kah semua boleh daftar. Kalau PR tidak mahu tidak ada paksaan, larangan..Ini bukannya wajib pun. Ini cuma bantuan khas diberikan oleh kerajaan.
ReplyDeleterasanya kebanyakan orang pasti menyambut baik pemberian bantuan ini.
ReplyDeleteharap semua yang layak akan mendapat bantuan ini.
ReplyDeleteKenapa larang pembangkang? Wang itu adalah wang rakyat! wang kita!
ReplyDeleteKenapa UMNO tidak ikhlas kepada penyokong pembangkang?
Adakah ini hanya untukmereka yg mahu mengundi BN/UMNO?
Atau memang betul wang ini untuk pancing undi?
Rakyat tahu setiap kalimasa pilihan raya , wang diberi untuk mempengaruhi para pengundi.
Ingat masa PRU12 di mana wang KWAM diedarkan di sekolah2 di seluruh Malaysia menjelang pilihan raya. Itu belum kira yg menabur wang dari rumahke rumah pada malam sebelum PR.
Nasihat saya ialah, kalau kerajaan beri wang, rakyat ambillah saja kerana itu wang rakyat.
Para YB dan Menteri2 ambil wang rakyat berjuta2, rakyat dapat sedikitpun diungkit!
Tapi ygpaling untung ialah PATI!
Wah! ternyata wang ini diberi untuk pancing undilah?
ReplyDeleteOk. Saya ambil duitnya tapi saya undi PR.
Undikan rahsia!
Sejakbila pula dikatakan dalam perlembagaan bahawa pembangkang tidakboleh menikmati pemberian kerajaan?
Jadi adakah BN/UMNO ingin mengatakan bahawa mereka lebih mengutamakan penyokong mereka yang maoritinya PATIkhususnya di Sabah?
BN/UMNO tahu bahawa, rakyat tulin Sabah sudah tidak menyokong mereka lagi, jadi yang tinggaluntukmenyokongmereka ialah PATI.
Wah! wah! untungnya PATI beric biru (Warganegara Malaysia sudah).
Oleh itu jangan kita undi BN/UMNO=PATI.
Ini satu cara BN/UMNO menang PR selain penipuan daftar undi dan pengundi hantu! Kerajaan merasuah rakyat dengan wang rakyat sendiri.
ReplyDeleteAmbil duit. Itu duit rakyat. Lagi banyaklagi bagus.
Tapi masa mengundi angan undi BN/UMNO=Perompak
God knows.