Search This Blog

Thursday, January 19, 2012

Ini Kali lah! – Jangan Membuangkan Peluang Keemasan Untuk Menyelamatkan Sabah?

“Ini Kali lah!  Rakyat Sabah mesti bersatu padu tanpa mengira ideology politik dan hendaklah mengambil peluang pada pilihanraya akan datang mengundi untuk membentuk  Kerajaan Baru demi menyelamatkan Sabah daripada terus mengalami kerosakan dan kehancuran,” seru Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari, Timbalan Pengerusi, Parti STAR Wilayah Sabah.

“Bayangkanlah  jika Perjanjian Malaysia telah dilaksanakan!
Bayangkanlah  jika 20-Perkara telah dipatuhi!

Bayangkanlah  jika Sabah telah berkuasa memungut hasil, dana pembangunan dan tarIfnya!

Bayangkanlah  jika Sabah memungut hasil tidak kurang daripada RM15-20 bilion setiap tahun dan bukan RM3.6 bilion”

Bayangkanlah  jika Sabah telah tidak menyerah sumber minyaknya ATAU mendapat lebih daripada 5% royalti minyak seperti kini!
Bayangkanlah  jika Sabah telah berkuasa mengawal immigresen, persempadanan dan keselamatan sendiri!”

Sudah tentu Sabah akan lebih kaya dan baik berbanding dengan keadaan hari ini!   Pasti  bukan  Negeri yang termiskin tetapi mampu bersaing  dengan Brunei dan Singapura.

Selama 48 tahun yang lalu, generasi  tua kita mungkin kurang pengetahuan  tentang hak-hak Negeri kita.  Sementara  golongan muda pula beranggapan silap  tentang hak kita kerana telah dicuci minda oleh pengajaran sejarah yang tidak benar atau diputarbelit oleh pihak berkuasa mengenai niat asal pengasas Kemerdekaan Negeri kita dan tentang Perjanjian Malaysia yang menghasilkan pembentukan Malaysia.

Kita bersyukur kerana adanya pendedahan dan pembelajaran sejarah dan fakta benar yang  telah disebarkan melalui Borneo Tea Party yang dianjurkan  oleh United Borneo Front (UBF).   Pengerusi pengasas UBF, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, serta pasukan penyelaras UBFnya yang penuh dedikasi, bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah memberi ilmu dan memperkasakan rakyat Sabah tentang hak-hak dan kemerdekaan Sabah serta memperjuangkan AGENDA BORNEO.   Rakyat jelata Sabah kini telah dibangkitkan daripada ketidakfahaman dan sedar akan hak-hak Negeri, sigat dipinggirkan dan ketidakadilan layanan kepada Sabah dan Sarawak melalui kempen mengadadaptasikan dan penerimaan Agenda Borneo.

Kini semua rakyat Sabah,meleputi semua lapisan samada  yang tua, muda atau pertengahan usia   sudah sedar dan mula memahami Agenda Borneo and isu hak-hak dan otonomi Negeri kita.

Kini, bukan sahaja rakyat Sabah  hadir ke majlis Borneo Tea Party anjuran UBF di seluruh Sabah dan menyokong Agenda Borneo  malah.    Mereka juga penuh tuntutan menyokong penuntutan pengembalian dan pemulihan hak-hak dan autonomi Sabah.

Pada masa yang sama,  ramai intelek muda kini  tampil kedepan membantu menyebarkan  UBF dan Agenda Borneo sekaligus turut membantu memberi pembelajaran dan ilmu kepada  rakyat Sabah yang lain di kawasan-kawasan mereka.

Hasil usaha UBF,  minat dan sokongan rakyat telah dibukti dan digambarkan pada kejayaan pelancaran Parti Reformasi Negeri (STAR) di Kota Kinabalu baru-baru ini.

“Secara peribadi, kehadiran yang melebihi 5,000 penyokong bukanlah kaya pengukur  kejayaan tetapi cara kehadiran mereka  yang mengkagumkan” jelaskan Awang Ahmad Sah.

“Bukan seperti parti-parti politik lain yang memanjakan penyokong  dengan penyediaan pengangkutan, makanan, penginapan serta wang ringgit penyokong STAR  dengan sendirinya, berkorban mengatur pengangkutan dan membeli makanan mereka sendiri” tambahnya Awang.

Kami di Parti STAR, memperjuangkan “Justice for Sabah” atau “Keadilan untuk Sabah” serta hak-hak dan otonomi Negeri malah  rakyat faham bahawa  mereka adalah “stakeholder/pemegang amanah” kepada masa depan mereka dan anak cucu-cicit mereka.

Berkaitan perbelanjaan pelancaran parti sebenarnya penyokong yang hadir begitu memahami dan sanggup membantu parti dengan sumbangan mereka samada RM1, RM10 atau RM100 demi meringkankan bebanan  kewangan kami disamping meningkatkan perpaduan kerjasama secara  rohani dan jasmani serta kewangan, demi  perjuangan  untuk membina masa depan Sabah  yang cerah.

Perjuangan STAR untuk Sabah dan masa depan generasi akan datang telah memikat  hati dan minda rakyat Sabah, khasnya tanpa mengira bangsa atau agama.

Sokongan padu, sorakan gemuruh serta  laungan "KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI" dan "INI KALI LAH" yang mendebarkan semasa pelancaran Parti STAR di Sabah jelas dengan sendirinya menghantar mesej yang nyata.

Sejarah telah mengajar kita tentang kemenangan BERJAYA mengingkirkan  USNO serta tumbangnya BERJAYA oleh PBS.

Kehadiran  PTI dan PATAI (Pendatang Asing Tapi Ada IC) pemegang MyKad yang mencurigakan kesaihaanya  dan berhak mengundi, manipulasi persempadaan kawasan mengundi dan kehadiran pengundi hantu telah dilaksanakan oleh pihak yang berkuasa telah banyak merugikan Negeri Sabah amnya dan anak negeri Sabah khasnya.  Kenapa kita harus menyokong dan membenarkan skim bentuk syaitan ini berterusan?

Walau pun  dilihat untuk menumbangkan UMNO/BN  mungkin rumit, tapi  bukan mustahil.

Melainkan UMNO di Sabah ditumbangkan dan ditukar dengan Kerajaan baru,  gara-gara penjajahan Sabah oleh Kerajaan Persekutuan akan berterusan tanpa had dan jika tidak dibendung , kerosakan mungkin tidak boleh diperbaikki lagi.

Petronas dan Kerajaan Pusat memungut melebihi RM15 billion daripada sumber minyak Sabah manakala kita hanya menerima sekadar  5%.     Sementara, pemimpin Sabah dikehendaki meminta dana pembangunan seperti  meminta sedekah walaupun hanya beberapa billion ringgit.

Kita sepatutnya tidak merasa  segan meminta dana pembangunan walau beberapa billion sekalipun sebab Kerajaan Persekutuan memungut melebihi RM36 Billion setahun daripada hasil,  cukai  dan dari sumber minyak kita.

Bayangkan, di Indonesia, Wilayah Provinsi Acheh  berkuasa secara autonomi dan menerima 70% hasil daripada minyaknya.   Di Sabah, kita seolah-olah dijajah dan hanya menerima 5% royalti minyak.

Di Persekutuan Rusia, republik-republik Islamnya menguasai sumber minyak mereka masing-masing melalui Kementerian Minyak sendirinya.   Mereka juga berhak memeterai perjanjian dua-hala dengan Negara-negara lain sebagai sebuah Negara berkuasa mengurus sumber minyak mereka.   Walaupun Persekutuan Rusia bukan sebuah persekutuan Islam, ianya menegak keadilan mengurus sumber minyak mereka, sekurang-kurangnya mengikut amalan.

Suatu masa akan tiba bila sumber minyak kita habis kering, negeri Sabah akan menjadi tanggungan dan liabiliti kepada Kerajaan.   Adakah masa itu, Sabah akan dicampak dan dikehendaki menjaga diri sendiri.  Pada masa itu, mungkin sudah terlambat.

Parti STAR merayu kepada semua rakyat Sabah untuk menggunapakai apa yang tinggal, iaitu kebersatupaduan diantara semua rakyat Sabah yang selama ini tidak mengira bangsa atau agama.  Dan menggunakan perpaduan tersebut dan jangan membuangkan perluang keemasan ini pada pilihanraya akan dating demi menyokong hak-hak dan autonomi Sabah dan menukar Kerajaan.

INI KALI LAH!

Kekurangan, kemiskinan dan kelaparan tidak mengambil kira bangsa dan agama.  Bukan akibat  kuasa Tuhan tetapi oleh manusia yang tidak berkeperimanusiaan dan pemimpin yang mementingkan  diri sendiri.

Antara contoh yang bijaksana, seperti yang diperjuang dan diidamkan oleh Parti STAR, iaitu negeri Sabah akan dengan serta-merta meloncat  menjadi negeri yang terkaya sekiranya royaltii minyak dinaik hingga 50% and Sabah berkuasa memungut hasil dan cukainya seperti terkandung di dalam Perkara 11 dalam 20-Perkara.

PRU-13 mungkin peluang terakhir kita untuk menumbangkan UMNO dan BN di Sabah.

“Kita mesti bersatu dan ambil  peluang  keemasan ini untuk menumbangkan rejim UMNO/BN dan MENYELAMATKAN SABAH daripada kehancuran berterusan” rayu Awang Ahmad Sah.

“INI KALI LAH”

Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari, Timbalan Pengerusi, STAR Sabah Chapter

85 comments:

  1. betul ka tu bayau !,dulu semasa PBS 1990an JK pun pernah tuntut hak Sabah sampai berjaya menjadi penguni Kamunting.Malaya mana mau dengar apa yg Sabah tuntut !,Dtk Anwar Ibrahim semasa ucapan dia di Kg.Tuavon,Penampang(Malaysiakini)mengatakan bahawa menteri-menteri Malaya mengatakan jangan percaya sangat kepada Sabah & Sarawak buat apa mau bagi tuntutan diaorang! ini bermakna BN atau PR ka sama juga agenda Malaya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. PR pun tidak bulih pakai punya..

      Delete
    2. kalau parti tempatan macam SAPP pula bolehkah kita berharap?

      Delete
    3. its going to be tough to decide on who to vote this coming election.

      Delete
  2. semoga seluruh lapisan rakyat jelata sabah (adari puvuk pimpinan hingga lah ke akar umbi) akan memperjuangkan dan mempertahankan hak negeri kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bukan rakyat sabah siapa lagi yang akan mempertahankan hak dan kepentingan sabah..

      Delete
    2. kalau soal PATI, ada juga pula rakyat tempatan sendiri yang sanggup jual maruah negeri untuk membantu PATI mendapat kerakyatan.

      Delete
  3. Kita tunggu dan lihat di tangan siapa kah mandat akan diberiakn kepada siapa menjelang PRU-13

    ReplyDelete
    Replies
    1. star masih lagi baru, belum ramai lagi penduduk Sabah yang kenal dgn star, Star kena lebih kerja keras.

      Delete
    2. Masa semakin suntuk. Belum tentu STAR mampu untuk yakinkan pengundi.

      Delete
    3. kemunculan parti2 baru akan memecah undi pembangkang...sudah pasti Bn sabah akan menang..

      Delete
    4. Pembangkang (PAS) sendiri mengakui bahawa BN masih mempunyai kekuatan untuk terus memegang tampuk pemerintahan negara.

      Delete
  4. mmg kita perlu berjuang dalam mempertahankan dan mendapatkan semula hak2 Sabah. byk perkara yang pelru kita perjuangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun perlu dan wajib..kalau bukan kita siapa lagi..

      Delete
    2. don't stop fighting for what is right till you suceed.

      Delete
  5. Our local leaders must grab every chances to fight for the people's best interests, Sabahan for Sabah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin2 sabah harus sentiasa proaktif mempertahankan hak dan kepentingan sabah..tidak kira pemimpin kerajaan atau pembangkang..

      Delete
    2. unless the local leaders are not a good leader and only hungy for power, then they are not worthy for our votes. so evaluate wisely!

      Delete
  6. However, its too bad that the opposition parties are too egoistic to work together.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putih mata sajalah kalau begitu. Mahu menang mesti ada strategi.

      Delete
    2. sudah terang2 tu SAPP cakap mahu tanding 2/3...mana dia mahu bagi peluang kepada parti2 pembangkang lain..tu PR pun sudah buking 1/3..perbincangan dengan parti2 pembangkang lain yang dikatakan oleh SAPP tu hanyalah retorik saja..

      Delete
    3. oleh sebab da matlamat perjuangan tersendiri saya rasa memang sukar untuk bekerjasama.

      Delete
    4. That will be the main reason UMNO/BN win again. Oh well, that's what you get for not being cooperative.

      Delete
  7. Not everyone need to be a YB to be able to help Sabah. If Sabah get splitted by so many parties and ambitious man. Sabah will just continue to suffer their fate under the BN after the next elections.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN sabah pasti menang pru 13 nanti..

      Delete
  8. samada perjuangan parti-parti pembangkang ini ikhlas ataupun tidak, kita tunggu dan lihat sahaja undian rakyat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tiada parti politik yang ikhlas..semua pun sama saja..mahu berkuasa dan kumpul kekayaan..

      Delete
  9. spekulasi mengatakan parti baru STAR di Sabah telah mendapat sokongan ramai, samada benar atau tidak, tunggu sahaja hasilnya di musim PRU-13

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokongan ramai tidak bermakna undi pun banyak...manatau ubah angin tu penyokong Star..siapa tahu kan..kita tunggu dan lihat sajalah..

      Delete
  10. betul, semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib STAR

    ReplyDelete
  11. nescaya, belum tentu gabungan parti2 pembangkang akan mendapat sambutan hangat dari rakyat Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum tentu akan ada gabungan parti2 pembangkang di sabah.. tu SAPP pun sudah cakap mahu tanding kerusi sabah 2/3..

      Delete
  12. apa yang nyata, terdapat rakyat yang masih menyokong BN Sabah

    ReplyDelete
  13. Rakyat kena pikir2 la mahu undi parti mana nanti PRU13.

    ReplyDelete
  14. Banyak betul bayangkan. Benda sudah terjadi. Mahukan perubahan, tapi berapa peratus saja yang boleh dikecapi?

    ReplyDelete
  15. STAR bukan baru pernah tanding MP Marudu-En.Bernadus Anjun hilang deposit!

    ReplyDelete
  16. biar rakyat sendiri tentukan pilihan mereka nanti.

    ReplyDelete
  17. semua parti nampak bersugguhh-sungguh, pasti persaingan sengit akan berlangsung nanti.

    ReplyDelete
  18. semu parti pasti ada strategi sendiri dan yakin menang. jadi tunggu dan lihat sajalah keputusannya nanti.

    ReplyDelete
  19. Bagi saya ada dua jenis ahli politik.Pertama orang yang ber-ideologi tinggi.Mereka akan memberi kefahaman politik mereka dengan cara terperinci melalui manifesto iaitu perancangan masa depan sekiranya berkuasa.Perancangan ini berasaskan objektif untuk membangunkan rakyat dan memajukan negara.Orang politik yang kedua pula lain sekali.Mereka ini akan menghasut rakyat dengan perasaan dan sentiment kebencian terhadap kerajaan.Mereka ini tidak lari seperti orang politik jalanan yang tidak mempunyai pendirian,kefahaman yang kukuh untuk masa depan rakyat dan negara tapi hanya tahu mengapi-apikan perasaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara apapun asalkan mereka boleh berkuasa.Perpecahan rakyat tidak penting bagi mereka dan juga permusuhan diantara rakyat tidak diambil kira.Hasutan untuk membenci kerajaan adalah kelebihan yang ada pada mereka.

    Awang Ahmad Sah ini adalah diantara mereka yang di panggil politik jalanan kerana sikap dan gaya yang seolah-olah tidak bertamadun.Dia ini boleh dianggap sudah 'mati' dalam politik tapi di beri 'oxygen' pula oleh JK.Tidak hairan lah kerana cuba membuktikan relevan beliau maka terpaksa melaung-laungkan slogan kosong dan tidak bermakna.

    kehebatan seorang ahli politik bukan bergantung kepada slogan tapi kebolehan untuk memimpin,mentadbir,latar belakang yang bersih dan tanpa kecacatan dalam segi agama dan moral.Jika kepribadian seorang itu di ragui kerana mempunyai akhlak yang songsang maka seribu slogan tidak akan membantu nya untuk mendapat sokongan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua ahli politik sama saja...mahu kumpul kekayaan..mana ada ahli politik yang cukup2 makan...

      Delete
  20. pecah dan perintah adalah strategi politik yang paling berkesan..

    ReplyDelete
  21. Gunakan peluang yang ada untuk buat perubahan. Jadi jangan sia-siakan undi anda.

    ReplyDelete
  22. Tetapkan pendirian dan tanya diri sendiri apa yang terbaik buat kita dan juga masa depan generasi akan datang. Bukan ikut sedap hati ja pangkah kertas undi.

    ReplyDelete
  23. Sama2 kita nantikan kedatangan PRU dan harap2 rakyat akan buat pilihan yang tepat.

    ReplyDelete
  24. Sabahan harus bangun dan berfikir secara matang. Pastikan tidak ada penyelesaian selepas mengundi nanti. hehehe

    ReplyDelete
  25. Opppsss salah taip. Pastikan tidak ada penyesalan dan bukannya penyelesaian. hahhahaa..
    Apapun kita nantikan saja perkembangan seterusnya.

    ReplyDelete
  26. Perjuangan STAR adalah perjuangan dulu-dulu. Rasanya ramai penduduk Sabah kurang dengan suka dengan perjuangan STAR. seperti autonomy Sabah..Sabah sememangnya dikuasai oleh kerajaan Persekutan namun pembangunan Sabah adalah dibawah kerajaan Negeri Sabah sendiri. Peruntukan sudah semestinya dari Kerajaan Persekutuan. Maka rasanya autonomy tidak begitu penting kita lihat sekarang Sabah pun sudah membangun pesat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alimah kooh kata sabah sudah membangun,itu di KK cuba kooh pegi jalan-jalan ke kampung disabah yang dikuasai oleh adun PBS,PBRS,upko dan lain-lain kompenan semua jalan masuk kampung masih dulu-dulu juga bukan disebabkan adun tersebut tidak meminta peruntukan tetapi UMNO memang ingin menindas penduduk di sana dan begitu lah cara UMNO untuk merebut kawasan tersebut ini disebabkan cara pemerintahan UMNo ikut gaya penjajah...jadi buang kan UMNO pada kali ini....

      Delete
  27. dengan jumlah parti yang semakin banyak, persaingan pasti berbeza berbanding pru yang terdahulu. mungkin persaingan akan terbahagi kepada tiga pihak.

    ReplyDelete
  28. apa pun, pilihan terletak ditangan rakyat untuk menentukan parti yang akan berkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. vote wisely people. THe future of sabah is in your hand.

      Delete
  29. aNAK pETAGAS ADALAH PENGANUT AGAMA SONGSANG KERANA DIA MENYOKONG KUAT SI aKJAN SIAL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. let him be. Everyone has their own opinion to give.

      Delete
    2. In the end its our votes that count. We shall see who will win this coming election. May the best man win.

      Delete
  30. Rasanya Star susah untuk diterima di Sabah..sebab mereka masih baru lagi.

    ReplyDelete
  31. Terpulang kepada rakyat siapa mereka mau sokong..tunggu PRU nanti.

    ReplyDelete
  32. Begini lh politik..macam2 ada..kalau tiada cerita begini..tidak meriah lh politik Sabah.

    ReplyDelete
  33. Persaingan kali ini akan lebih sengit..harap parti yang terbaik akan menang.

    ReplyDelete
  34. Banyak pembangunan yang telah di buat di sabah.harap pada tahun 2012 pembangunan akan di tumpukan pada kawasan luar bandar pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The budget for sabah in 2012 is said to be the highest budget in the history. I hope the government will make good use of the budget to further develop sabah and hopefully able to catch up with the west malaysia states.

      Delete
  35. Persaingan pada suda bermula..tapi walaubagaimanapun keputusannya nanti semuanya terletak ditangan rakyat..undi dengan bijak.

    ReplyDelete
  36. Rakyat masih menyokong BN walau banyak Parti baru muncul.

    ReplyDelete
  37. Yg menyokong BN itu semua PATAIlah sdra Jali.
    Jika Jali bukan PATAI, mustahil bah ko sokong BN yang terkenal dengan Rasuah, Racist ,Penipu dan Tamak itu!

    BNUMNO telah banyak membuat kesalahan terlampau kepada rakyat Sabah. Hampir semua hak rakyat Sabah telah dirampas oleh PATAI pengundi FIX DEPOSIT BNUMNO di Sabah!

    Itukah yang kau banggakan wahai Si Jali-jali dari seberang!

    ReplyDelete
  38. Rumandawi mantad interior.January 23, 2012 at 9:55 AM

    Kuni kekalahan BNUMNO terletak ditangan pembangkan yang bersatu-padu untuk menyingkirkan BNUMNO yang sudah sedia dengan pengundi PATAI/FIX DEPOSIT mereka.

    Jika mahu kalahkan BNUMNO, bersepakatlah dari sekarang.

    Gunakan pendekatan win-win situation. Jangan ego atau arrogant,nanti terpaksa tunggu lima tahun lagi! Maamtidak sabar sudah diperintah oleh PATAI.

    Biarlah berkongsi kuasa dahulu untuk menyingkirkan BNUMNO kerajaan paling TERJAHAT di muka bumi ini.

    Kalau barisan pembangkang tidak mahu bekerjasama, bagus jangan bertanding sama sekali.

    Ingat, kancil mengalahkan buaya dengan kebijaksanaan walaupun badannya keil!

    Takan itu pun tak tahu!

    Kalau benar2 ikhlas mahu berkorban untuk bangsa dan negeri Sabah, caranya ialah bekerjasama dgn barisan pembangkang, itu saja.

    Ingat! BNUMNO sudah cukup2 bersedia dgn penipuan mereka. Jadi kalau setakat STAR/SAPP saja, maka bagus tutup kedai sajalah, itu macam ayam lawan musang!

    Jadi fikir2kanlah nasihat ikhlas dari seorang rakyat tulin Sabah yg sudah muak dgn penipuan BNUMNO dgn PATAI mereka!

    Rasanya tidak hilang martabat jika dengar nasihat dan pandangan ikhlas dari seorang rakyat tulin yg genuine.

    ReplyDelete
  39. BN/UMNO will definitely win again if all the opposition parties in sabah refuse to cooperate and unite in one party. Good luck in winning this coming election.

    ReplyDelete
  40. Chances like this only come in another 4-5 years. So vote wisely people. And for the oppositions, stop being so ego. Set aside your differences and cooperate already.

    ReplyDelete
  41. Bajet Belanjawan Sabah RM3.6 bil Diperuntukan semasa belanjawan Negeri yang di bentangkan oleh KM.
    Kalay Sabah sendiri yang pungut hasil atau lebih baik dengan kata "Simpan Dalam Simpanan Sendiri" Sabah urus sendir pendapatan tahunan. Pendapatan tahunan lebih kurang RM35-40billion-Tahunan. Jadi Sabah Meredeka (kalau Merdeka) 48 tahun, berapa sudah banyak kewangan Sabah? Adakah Sabah negeri yang TERMISKIN atau TERKAYA-tepuk dada tanya selera. Bayangkan RM35billion X 48tahun=RM1715billion! Banyakah ini wang...................

    ReplyDelete
  42. Finally, it's the time to make the right choices. Vote wisely everyone!

    ReplyDelete
  43. Let's wait for the day to come and we can have a new beginning.

    ReplyDelete
  44. Rakyat harus pandai menilai siapa yang lebih berkebolehan menguruskan Sabah. Perubahan harus dibuat demi masa depan generasi muda.

    ReplyDelete
  45. STAR masih baru, perjalanan STAR masih perlu dibuktikannya.

    ReplyDelete
  46. BN still strong here in Sabah. Not easy the opposition to take over.

    ReplyDelete
  47. Jika BN masih tidak membuat perubahan, pasti BN akan diambil alih.

    ReplyDelete
  48. Perjuangan masih diperlukan, perubahan dari segi mentar juga harus diperlukan. Yang penting, hak & kepentingan rakyat di Sabah harus diutamakan.

    ReplyDelete
  49. Perjalanan untuk mengambil alih Sabah masih perlukan usaha dan masa.

    ReplyDelete
  50. Pembangunan Sabah masih tidak mencukupi jika dibandingkan, harus juga kerajaan negeri teruskan usaha untuk membangunkan ekonomi termasuk kawasan luar bandar.

    ReplyDelete
  51. Pasti satu persaingan yang sengit dan giat antara parti.

    ReplyDelete
  52. Rakyat harus pandai menilai dan berani membuat perubahan jika rasa perlu. Cuma perubahan yang dibuat hari ini akan membawa kesan di masa akan datang.

    ReplyDelete
  53. Adakah STAR berkemampuan untuk bersuara dan memperjuangkan untuk orang Sabahan.

    ReplyDelete
  54. bagi Jeffrey, STAR saja yang boleh selamatkan Sabah.. SAPP dan PR tidak mampu dia bilang..

    ReplyDelete
  55. Anak Petagas,
    Kalau Ahmad Shah ahli Politik Jalanan, maka kau pula ialah ahli politik murahan@ Pelaur! Kerana membuat kerja2 terkutuk (Projek I, dan menyokong kerajaan rasuah).

    Ahmad Shah adalah pemimpin orang asal Sabah, sementara Anak Petagas adalah PATI yg uba tunjuk lagak di Sabah!

    MALUNYA KAU BODOH!

    ReplyDelete
  56. kENAPA star TIDAK BERKEMAMPUAN JIKA RAKYAT sABAH SOKONG! dARIPADA SOKONG KERAJAAN RASUAH DAN PENIPU (PROJEK iC ) BAGUS SOKONG sTAR.

    ReplyDelete
  57. Sekecil-kecil SAPP lebih kecil lagi STAR.Buat apa sokong parti yang tetap kalah seperti STAR?

    ReplyDelete
  58. asal parti tamaha, jangan sokong.. sudah tahu parti tu kecil, ada hati pula mau bertanding di semua kerusi.. kan bagus bergabung saja dengan parti pembangkang sedia ada..

    ReplyDelete