Search This Blog

Monday, January 9, 2012

UBA dan STAR ketengahkan calon muka baru dalam PRU13

Oleh:  SYARIF THARMIZI

PELANCARAN   sebuah lagi Parti baru yang berjenama Parti  STAR  dimana  tidak syak lagi mantan  Naib Presiden PKR Datuk Dr  Jeffrey G Kitingan  merupakan penerajunya diperingkat  negeri Sabah  namun diperingkat pusat yang berpengkalan di Sarawak  masih kekal disandang Presidennya Dr Dripin anak Sakoi.

Ketika pelancaran yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang, memperlihatkan  sambutan   amat memberangsangkan   yang  dihadiri kira kira hampir 5,000 orang sudah tentu membuatkan  Datuk Dr Jeffrey lebih yakin dan lebih selesa  untuk memulakan langkah beliau untuk terus berjuang bersama rakyat  bagi mencapai misi dan visinya  selama ini.

Setelah keesokan harinya, pastilah timbul pelbagai komen daripada  parti parti lain dalam BN yang menghiasi  diakhbar akhbar tempatan dimana PBS dan PBRS  dengan tegas menyatakan bahawa Parti STAR tidak akan mendapat sambutan di Sabah manakala Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok pula menyifatkan Jeffrey sekadar ingin memburu impiannya  dengan menerajui  STAR di Sabah.

Komen ketiga tiga pemimpin parti yang berasaskan KDM  itu adalah jelas sekali  mereka diulit perasaan menggelabah dan penuh kecurigaan bahawa  talian hayat politik mereka akan berakhir dalam masa terdekat dengan kelahiran STAR pimpinan Jeffrey yang bakal mengemudi cabaran “Tukar baju” diSabah;

Tidak ada lain perkataan yang sesuai diungkap dalam  usaha usaha mengekang kemaraan STAR yang semakin menenggelamkan arus politik mereka  selain dari mencerca dan merendah rendahkan kewibawaan Parti STAR di bawah teraju Maverick Politik Datuk Dr Jeffrey G Kitingan;  Malah Kelahiran STAR  kini benar benar  menggugat kekuatan pengaruh mereka terutama sekali dikawasan kawasan KDM.

Umum sedia maklum  bahawa selagi PBS,PBRS dan UPKO berada dalam BN sekaligus bersekongkol dengan UMNO rakyat tetap akan menolak mereka pada PRU13 kelak. Lebih lebih lagi beberapa masalah yang perlu diselesaikan segera seperti penubuhan RCI, Isu GSTT, Isu belia belia melepak dan tersadai di Kuala Lumpur dan Isu NCR dimana mereka lakukan secara sambil lewa tetapi hanya konon konon serius ketika PRU13 sudah hampir.

Laungan laungan suara jelas kedengaran daripada rakyat jelata  dimana sahaja mereka berada tanpa segan silu mereka  lantang sahaja  memekik dan menyebut slogan “ Ini kali lah!..Bila lagi kalau bukan sekarang!, Kamon oyo tumbang barisih!, Sanggilan poyoh! Senantiasa berkumandang diudara untuk meniup sentimen  pengundi  agar melakukan perubahan drastik ketika PRU13.  Malahan ada yang sanggup berkata “Bukan sahaja tukar baju, tetapi kita mahu tukar seluar juga!”.

Dalam pada itu, sekali pun gandingan mantap dikalangan  UNITED BORNEO ALLIANCE  satu satunya gagasan pembangkang yang membariskan parti parti tempatan seperti STAR, SAPP, dan USNO (Baru) namun ianya tidak akan beroleh kekuatan yang lebih mantap dan menjamin kemenangan gagasan itu pada PRU13 jikalau kepimpinan gagasan itu tidak menyediakan calon calon “Winnable candidate” untuk menggalas tugas dalam misi menumbang calon calon BN kelak.

Meskipun Jeffrey belum menyatakan dengan  sejelas jelasnya   bakal calon diberi tugas  sebagai sandaran kemenangan gagasan itu pada PRU13 namun beliau sudah memberi bayangan bahawa  kecirian “winnable candidate”  terdiri daripada  golongan muda professional, berwibawa, berketrampilan dan disenangi rakyat disesuatu kawasan menjadi fokus pilihan Jeffrey; Jikalau itulah kreteria menjadi pegangan Jeffrey sebagai pra syarat pemilihan calon, tidak syak lagi Parti STAR dan UBA tidak ada halangan untuk menumbangkan UMNO-BN pada PRU13 kelak. Salam damai!

59 comments:

  1. Will Star be able to bring transformation to Sabah? Or would they only be another mosquito party to add to the list?

    ReplyDelete
  2. Hope that the Sabahan voters will judge wisely the best party that can lead the state. May the best party win.

    ReplyDelete
  3. Balik2 cuba tubuh parti lain. Belum pun ada pencapaian di parti yang lama sudah ada parti lain. Ini boleh dikatakan tidak consistent.

    ReplyDelete
  4. Sampai bila JK asyik menubuhkan parti baru?

    ReplyDelete
  5. Jeffrey Kitingan never changed his spots, moving on from one party to another. At first I though he has finally found home with UBF.

    ReplyDelete
  6. Its up to Star to prove it to the Sabahans whether they have what it takes.

    ReplyDelete
  7. All the best to STAR. Don't end up becoming a mosquito party..

    ReplyDelete
  8. Get a winnable candidate that could prove sabah he's worth voting.

    ReplyDelete
  9. make sure jeff focus on this party and not forming another new party.

    ReplyDelete
  10. Satu lagi taktik untuk memecah-belahkan rakyat Sabah.
    Selagi semua tidak bersatu padu, akan terus dijajah & segala kekayaan akan terus diambil & dicuri.
    Rakyat Sabah akan terus hidup dlm kemiskinan & dipandang hina.
    Kebanyakan org semenanjung yg dtg ke Sabah mentertawakan kita semua kerana mereka anggap kita semua ni bodoh, kuno & senang diambil kesempatan.
    Jika rakyat Sabah masih mahu terus bodoh & percayakan pemimpin2 sekarang yg telaj membelot & jual bangsa sendiri, Then we all deserve the shit that we are getting. U reap what u sow...

    ReplyDelete
  11. dengar2 SAPP mahu 2/3 DUN sabah masa pru13 nanti...JK setuju kah?

    ReplyDelete
  12. satu soalan...adakah UBA tidak akan membentuk sebarang kerjasama dengan PR untuk menghadapi pru13? sebab PR juga bercita-cita besar..

    ReplyDelete
  13. kalau tiada sepakatan antara UBA dan PR di sabah, maka pru13 akan menjadi kemenangan mudah bagi BN sabah..

    ReplyDelete
  14. juga harus diingat ada SPF..adakah SPF akan sebulu dengan STAR and the gang dlm UBA?

    ReplyDelete
  15. kalau mahu ketengahkan muka baru sebagai calon masa pru13, pastikan calon tersebut benar2 'muka baru'..bukannya muka2 lama seperti YTL..

    ReplyDelete
  16. Ada kah yang mahu sokong STAR ni ya??? Kalau ada, ramai ka tu??? hhmm, I wonder la:P

    ReplyDelete
  17. Tapi kalau mahu ketegahkan muka baru rasanya bagus juga tapi jangan saja muka baru tu tak boleh pakai dah la.

    ReplyDelete
  18. Politik ni lain sikit, kurang sikit kepakaran menambat hati rakyat konpom merana la maknanya.

    ReplyDelete
  19. Pandai2lah rakyat membuat keputusan bila sampai masanya nanti. Pastikan takda penyesalan timbul di kemudian hari.

    ReplyDelete
  20. Sama-sama kita buat keputusan yang mampu mengembirakan ramai demi kebaikan dan masa depan negeri/negara tercinta :)

    ReplyDelete
  21. Berapa kali sudah tukar Baju!!!!pakai saja baju bundle! drp Jepun dan Korea! lagi murah dan berkualiti! walaupun.....membawa wabak kudis....gatal-gatal $$$$$$$$

    ReplyDelete
  22. Jeffrey has prove time after time that he will never sit still with one party.

    ReplyDelete
  23. Would like to see the new faces. Hope they have the charisma to be a leader.

    ReplyDelete
  24. Yang penting janganlah calonkan mereka yang sekadar menjadi opportunist.

    ReplyDelete
  25. parti baru ni dijamin ke akan mendapat sokongan rakyat?

    ReplyDelete
  26. laluan Star dan UBA tak begitu mudah di Sabah.

    ReplyDelete
  27. Terpulang calon apa pun yang ingin diletakkan namun itu semua itu ada ditangan rakyat sendiri untuk menilai calon tersebut.

    ReplyDelete
  28. STAR dan UBA merupakan parti baru untuk Sabah dan Sarawak maka ini agak sukar untuk mereka melawan parti yang sudah lama bertapa di Sabah.

    ReplyDelete
  29. Mari kita sokong kerajaan Negeri BN Sabah. BN Sabah tetap yang terbaik untuk kita semua.

    ReplyDelete
  30. Bukan saya tidak sokong STAR. Tapi saya masih risau dengan parti yang tidak ada hala tuju yang nyata ini.

    ReplyDelete
  31. Tidak tahu setakat mana perjuangan parti ini. Semakin hari semakin bertambah parti namun satu pun yang tidak tahu apa yang mereka ingin perjuangkan sebenarnya.

    ReplyDelete
  32. terlalu awal untuk meramalkan nasib star ni.

    ReplyDelete
  33. mungkin persaingan 3 penjuru atau lebih akan berlaku di Sabah dalam pru akan datang.

    ReplyDelete
  34. tunggu dan lihat sejauh mana kemampuan star untuk menarik perhatian rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  35. memang makin meriah arena politik Sabah ni dengan kewujudan dan pertambahan parti2 baru. tapi adakah dapat memperkukuhkan lagi perjuangan menjaga kepentingan dan hak rakyat Sabah?

    ReplyDelete
  36. semua parti pun akan mengetengahkan winnable candidate bagi menghadapi PRU-13. sama2lah kita nantikan muka2 baru dan winnable candidate tersebut.

    ReplyDelete
  37. saya salute dengan keberanian dan perjuangan JK tapi ada juga keraguan yang timbul.

    ReplyDelete
  38. terpulanglah kepada rakyat Sabah samada ingin menyokong Parti STAR atau tidak

    ReplyDelete
  39. dan samada Jeffrey masih mendapat sambutan, terpulanglah kepada rakyat sendiri untuk membuat keputusan

    ReplyDelete
  40. nevertheless, Sabah BN leaders must do the right thing to safeguard Sabah’s rights and autonomy

    ReplyDelete
  41. kita semua tahu bahawa nasib BN Sabah akan diputuskan dalam pilihan raya umum akan datang, jadi marilah kita mengundi dengan bijak

    ReplyDelete
  42. "...tidak syak lagi Parti STAR dan UBA tidak ada halangan untuk menumbangkan UMNO-BN pada PRU13 kelak..." - semuanya di tangan rakyat nanti

    ReplyDelete
  43. tetap ada halangan selagi pembangkang di Sabah enggan mengadakan pertandingan satu lawan satu..

    ReplyDelete
  44. Rasanya rakyat sabah tidak akan sokong parti baru ini..boleh kena percaya kh?

    ReplyDelete
  45. Semuanya terletak di tangan rakyat..mereka yg akan menentukan siapa yg akan dapat memerintah Sabah nnti.

    ReplyDelete
  46. Adakh STAR dapat membawa perubahan kepada negeri Sabah..atau hanya untuk memeriahkan politik di Sabah.

    ReplyDelete
  47. Makin banyak pula parti baru di sabah ini..baguslah lebih meriah la PRU akan datang..

    ReplyDelete
  48. Bolehkh star menarik perhatian rakyat untuk mengundi mereka..ssh mau cakap lh..

    ReplyDelete
  49. Agak sukar untuk STAR mencapai kemenangan yang diidamkan.

    ReplyDelete
  50. BN Sabah harus membuktikan keikhlasan terhadap rakyat. Janji-janji harus ditunaikan dan masalah harus diambil tindakan yang wajar.

    ReplyDelete
  51. Bukan senang untuk parti baru di Sabah sebelum menunjukkan prestasi dan kebolehannya.

    ReplyDelete
  52. Pasti ada sebab JK berbuat demikian untuk menubuhkan parti baru di Sabah.

    ReplyDelete
  53. JK memberi imej bahawa beliau sering melompat parti.

    ReplyDelete
  54. Adakah JK & STAR boleh mencapai kejayaan di PRU13? Susah untuk memberei komen sebenarnya.

    ReplyDelete
  55. Adakah JK masih mendapat sambutan?

    ReplyDelete
  56. Memang muka baru dan semangat baru amat diperlukan.

    ReplyDelete
  57. STAR harus mengutamakan rakyat dan membuktikan kebolehan untuk bersuara untuk rakyat.

    ReplyDelete
  58. adakah STAR tidak akan menyertai BN sekiranya memenangi bagi kawasan sabah sahaja dan tidak di sarawak pada pru ke 13....?

    ReplyDelete