Oleh: Mail Mathew
TENOM: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah (gambar), menggesa kerajaan khususnya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar memberi peluang sekali lagi kepada pemohon Bantauan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Aldiyantoe Abdullah @ Andol Satimbal yang ditolak semasa proses mendaftar beberapa minggu lalu kerana alasan LHDN menolak permohonannya kurang berasas.
Katanya, penolakan permohonan penama tersebut (Aldiyantoe) jelas meragukan yang sepatutnya ianya wajar diberi pertimbangan kerana pemohon adalah hidup sebatang kara (duda) dan berada dalam keadaan kemiskinan.
“Tujuan BR1M adalah memberi bantuan untuk meringankan beban rakyat yang miskin buat seketika...(Jadi), kenapa hak Aldiyantoe mendapat bantuan itu terus ditolak hanya kerana dia tiada tanggungan tetapi harus mengambilkira bahawa dia adalah hidup sebatang kara, warga emas dan daif,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Sabtu.
Jimmy yang juga Ketua CLC SAPP Melalap berkata demikian sebagai mengulas laporan baru baru ini menyebut seorang warga emas tempatan ditolak permohonannya untuk mendapat BR1M hanya kerana beliau berstatus tiada tanggungan disebabkan perceraian dengan isterinya tanpa dikurniakan anak.
Apa yang menyedihkan tegas Jimmy, tiada seorang pun pemimpin akar umbi seperti JKKK, Ketua Kampong atau Pemaju Mukim tampil membantu penama tersebut untuk memujuknya supaya mendaftar semula kerana itu adalah haknya untuk mendapat bantuan tersebut.
“Kita turut sedih mengikuti luahannya apabila apa apa bantuan kerajaan seperti e-kasih tidak terurus dengan baik, sedangkan kerajaan dengan lantang menyuarakan keprihatinan mereka terhadap rakyat...sebaliknya kata kata mereka semuanya kosong tidak berisi,” tegas Jimmy.
Jimmy berkata, beliau akan berusaha menemui Aldiyantoe dalam sehari dua ini untuk memujuknya supaya mendaftar BR1M termasuk memberi semangat kepada beliau untuk terus tabah menghadapi keperitan penghidupannya.
Dalam pada itu berhubung perkembangan lain, Jimmy turut menyanggah beberapa kenyataan segelintir pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menuduh pembangkang mensensasikan isu pemberian BR1M sebagai strategi memikat pengundi disifatkanya sebagai suatu kenyataan yang terdesak malah seolah olah mereka takutkan bayang bayang mereka sendiri.
“Mereka perlu ingat bahawa wang dikeluarkan untuk BR1M adalah daripada dana kerajaan dimana dana kerajaan itu diperolehi daripada wang rakyat sebagai pembayar cukai termasuklah pembangkang. (Jadi), rakyat atau pembangkang juga mempunyai hak untuk menegur kerajaan supaya wang rakyat itu dibelanjakan dengan betul tanpa boros atau mempunyai agenda lain yang bermotifkan politik,” tegasnya.
“Kita setuju pengwujudan BR1M diberi kepada rakyat...tetapi bukan semasa pilihanraya umum sudah hampir sahaja sebaliknya kekayaan itu seharusnya diagehkan setiap tahun,” tambahnya.
LHDN perlulah mempertimbangkan setiap pemohonan dengan baik supaya mereka yang betul-betul memerlukan bantuan tersebut akan menerima bantuan yang sewajarnya.
ReplyDeleteMungkin Aldiyantoe lebih sesuai memohon bantuan E-Kasih ataupun bantuan kewangan yang lain untuk mereka yang hidup daif.
ReplyDeleteIndeed, and please answer calls when telephone rings.
ReplyDeleteJangan membiarkan mereka tertunggu tunggu.
ReplyDeleteCM has advised agencies responsible for the BR1M in the state, to not keep the recipients waiting unnecessarily during the distribution ceremony.
DeleteEventually, youngsters are applying for this aid are way much than the older ones.
ReplyDeleteyou'll be surprise to know that many youngsters is applying for this aid. That is only because that the have family members to support.
DeleteUsaha kerajaan tidak seharusnya disiakan begitu saja.
ReplyDeletekalau ikut syarat dia mmg tidak layak mendapat bantuan tersebut.
ReplyDeletetapi biarlah LHDN pertimbangkan kes Aldiyantoe ni.
ReplyDeletebagus Aldiyantoe berjumpa terus dengan pihak LHDN dan dengar dengan jelas penerangan mereka.
Deletesetuju dengan anon, bagus dia berjumpa dengan LHDN untuk mendapatkan penerangan.
DeleteSadly the mentioned applicant in this article did not meet the age requirement of a 'golden citizen' as stated within the form which is 60 years old.
ReplyDeleteBut based on his living condition, hopefully LHDN will take it into consideration
ReplyDeleteThe Government is constantly making efforts to ensure the people in this country live in happiness
ReplyDeleteHanya kerajaan saja yang boleh memikirkan dan pelaksanakan program bantuan sedemikian kreatif untuk rakyat. tidak seperti pembangkang yang hanya pandai brcakap dan mengelirukan rakyat.
ReplyDeletePercayalah bahawa kerajaan bukannya sengaja nak menolak permohonannya.
ReplyDeletepermohonan tak memenuhi syarat. buat apa lagi mahu bising2..terima sajalah.
Deletekalau ditgk pun Aldiyantoe masih kuat, dia bukan ada tanggungan juga, hnya perlu sara diri sendiri sahaja.
Deletejika tidak memenuhi syarat memanglah tidak layak.
DeleteSemua harus dibenarkan permohonannya. Harap perkara ini boleh disiasat semula dan warge emas itu boleh diberikan jawapan.
ReplyDeleterasanya lebih sesuai lagi kalau dia memohon bantuan untuk warga emas. lagipun kalau bantuan ini bukan dapat one off ja. tiap bulan boleh dapat..
DeleteBetul juga kata Ren, Aliyantoe patut memohon bantuan warga emas kerana bantuan kewangan akan disampaikan kepada beliau setiap bulan daripada dapat RM500 untuk satu tahun.
DeleteBeliau bukannya miskin, tidak patutu menolak permohonannya.
ReplyDeleteKerajaan kena mengeluarkan banyak duit untuk membantu orang yang memerlukan bantuan, harap semua akan bersabar. Kita kenalah bertolak ansur dengan perbuatan kerajaan.
ReplyDeleteKerajaan telah berusaha membantu rakyat, jangan sebab perkara kecil ini, jadi isu panas pula.
DeletePasti adanya alasan kerajaan tidak membenarkan permohonannya.
ReplyDeleteI'm sure there are many other families that needed the RM500 aids more, some have elderly parents to take care of, medical bills to pay, children to send for education... I think those are more in need of the extra cash.
ReplyDeleteNot that I think that Senior Citizens living alone shouldn't get the BR1M, it depends on prioritizing those who needed the help more. Nevertheless, the government could find ways to help senior citizens like Yantoe.
ReplyDeletesaya rasa ada bantuan lain yang lebih sesuai untuk Aldiyantoe. sudah terang2 permohonan dia tidak mencukupi syarat.
ReplyDeleteJika tidak memenuhi syarat yang diminta, tidak perlu ada isu. Sebab lebih ramai yang layak dan perlukan bantuan ini.
DeleteDiharap uncle Yantoe dan mereka yang senasib denganya masih diberi peluang untuk memohon dan dibantu..bergantung dengan kapasiti yang ada.
ReplyDeletethe way i see it, sapp is only helping Aldiyantoe because election is coming.
ReplyDeleteBased on the BR1M requirements which are:
Delete1.Warga negara Malaysia.
2.Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulan RM3000 dan kebawah.
3.Berkahwin
4.Ibu - Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
5.bujang yang mempunyai tanggungan (di dalam rumah yang sama)
6.Warga emas (berumur 60 tahun keatas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan RM3000 dan kebawah.
Aldiyantoe is not eligible to receive the aid. Firstly, he has not reach the senior citizen age and has no one to support financially.
This shouldn't be made into an issue in the beginning. Aldiyantoe must accept the fact that he is not qualified for BR1M aid but maybe he could try for other government aids such as Ekasih.
DeleteThere are many families who need that aid more than Aldiyantoe. Although he is poor too , but he must understand that there are more poorer family with family members to support.
Delete“Tujuan BR1M adalah memberi bantuan untuk meringankan beban rakyat yang miskin buat seketika...(Jadi), kenapa hak Aldiyantoe mendapat bantuan itu terus ditolak hanya kerana dia tiada tanggungan tetapi harus mengambilkira bahawa dia adalah hidup sebatang kara, warga emas dan daif,” - harap kerajaan/LHDN mempertimbangkan semula pemohonan beliau
ReplyDeletetidak perlu dipertimbangkan kerana sudah jelas beliau tidak layak..saja beliau cuba nasib..ramai lagi yang lebih layak daripada beliau..
Deleteharap penduduk tempatan yang berjaya menerima bantuan ini menggunakannya dengan bijak..
ReplyDeletemereka yang mendapat bantuan tersebut harus membelanjakan wang tersebut dengan sebaiknya.
Deletebantuan seperti ini wajarlah diteruskan setiap 6 bulan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan...cadangan sahaja..
ReplyDeleteharap bantuan sedemikian dapat menunjukkan bahwa kerajaan benar-benar komited untuk membantu rakyat
ReplyDelete..dan bukannya memberi gambaran negetif kepada parti pembangkang bahawa ianya untuk memancing undi rakyat semata-mata
ReplyDeleteHarap semua rakyat akan mendapat keadilan pada masa akhirnya.
ReplyDeleteWarga emas kita memang perlu diambil beratkan, harap mereka akan diberi peluang untuk memohonnya.
ReplyDeleteHope there will be changes after this.
ReplyDeletebantuan kena diberi kepada semua orang.....
ReplyDeleteMemang patut dipertimbangkan sebba saya sendiri pernah nampak borang tu dan takda pula dinyatakan syarat mcm yang LHDN cakap sama si Aldiyantoe.
ReplyDeleteJadi harap LHDN atau mana2 pihak yang berkenaan akan beri perhatian serius terhadap perkara ni.
ReplyDeleteJangan sampai usaha kerajaan utk membantu rakyat tidak berjaya hanya kerana isu sebegini timbul.
ReplyDeleteBantuan patut diberi pada setiap yang memerlukan barulah adil.
ReplyDeleteJadi lepas hal ni dah dipanjangkan kepada media, harap2 akan ada perubahan yang berlaku nanti.
ReplyDeleteMengurangkan beban kepada mereka yang ada tanggungan. Namun warga emas dalam syarat adalah 60 keatas, namun pemohon masih dibawah syarat yang ditetapkan.
ReplyDeletesudah jelas pemohon tersebut tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan..
DeleteMasih ada peluang untuk mendaftar yang kedua kali. Tarikh tutup adalah 10 Febuari ini.
ReplyDeleteya..masih ada peluang untuk memohon lagi..jadi buatlah permohonan.
DeleteBantuan perlu diberikan kepada mereka yang benar-benar melepasi syarat yang telah ditetapkan.
ReplyDeletemacam mana lagi kalau pemohon itu tidak memenuhi syarat kelayakan untuk mendapat batuan itu??
ReplyDeleteSAPP pula yang melebih-lebih..
Deletesaya rasa lebih baik dahulukan bantuan ini kepada pihak yang benar2 memerlukan bantuan.. terutama sekali individu yang benar2 dibelenggu kemiskinan dan mempunyai tanggungan..
ReplyDeleteya...jangan lah yang tidak layak pula didahulukan..
DeleteBetul tu, bantuan BRIM adalah untuk mereka yang berpendapatan rendah, bantu mereka yang betul2 susah.
Deleteramai lagi yang lebih layak dari si Aldiyantoe...
ReplyDeleteterima kasih kerana SAPP prihatin dalam isu ini..namun tidak terfikirkah SAPP sama ada Aldiyantoe memenuhi syarat2 yang ditetapkan bagi seorang pemohon?
ReplyDeleteMungkin ada syarat yang tidak di penuhi oleh beliau, itu sebab tidak dapat.tapi cuba lagi memohon, mana tau lulus.
ReplyDeletesebarang bantuan ada syarat yang perlu dipatuhi..jika tidak layak untuk bantuan ini cubalah memohon bantuan yang lain pula.
ReplyDeleteBuatlah siasatan, mungkin golongan ini tidak memenuhi syarat.
ReplyDeletePihak berkuasa harus bertanggung jawab supaya golongan yang berlayak diberi bantuan.
ReplyDeleteharus bersikap positif terhadap bantuan kerajaan kepada golongan yang kurang berkemampuan.
ReplyDeleteJika diberi kepada warga emas yang ada, ini juga menambahkan beban kerajaan.
ReplyDeletePihak berkuasa akan bertanggung jawab untuk memastikanyang berkelayakan akan diberi bantuan tersebut. Adil dan bersih.
ReplyDeletekerajaan ikhlas untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.
ReplyDeleteHarus menerima bantuan dan berterima kasih kepada kerajaan. Jangan bersikap negatif terhadap peruntukan sebegini.
ReplyDeleteYang bertanggung jawab adalah pihak berkuasa. Pastikan semua yang berkelayakan diberi bantuan yang wajar.
ReplyDeleteWarga emaas juga ada yang kaya-raya. BR1M untuk golongan yang kurang berkemampuan.
ReplyDeleteTolak pasti ada sebabnya.
ReplyDelete