Search This Blog
Sunday, May 27, 2012
Jangan bimbang bantuan terus kekal selepas BN tumbang
TENOM: Ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin mengingatkan rakyat bahawa mereka tidak perlu gusar atau bimbang berhubung bantuan yang mereka terima sekarang ini daripada kerajaan BN akan hilang selepas BN tumbang pada PRU-13 dan digantikan kerajaan baru.
Beliau berkata, kemudahan bantuan yang mereka terima sudah menjadi dasar kerajaan walaupun kerajaan ditukar berulangkali tetapi sekiranya pembangkang ditakdirkan mengambil alih tampuk kerajaan dasar tersebut tidak akan berubah malah akan berterusan.
Tegasnya, tanggung jawab rakyat selaku pengundi perlu bersikap rasional dalam setiap tindakan mereka supaya melakukan pilihan yang tepat demi masa depan anak cucu cicit, seterusnya menolak jenis pemimpin yang suka mungkir janji dan mereka yang bersikap suka bermuka muka ketika mereka memerlukan sokongan rakyat.
“ Kalau SAPP membentuk kerajaan selepas PRU-13, kita akan teruskan dasar dasar kerajaan yang sedia ada tetapi kita kena semak mana mana dasar yang kurang baik kita perbaiki atau ditambah nilainya...pembangunan dikawasan kampong ditingkatkan,” kata beliau ketika merasmikan Pesta Kaamatan Kg Barung-Namaatan pada Jumaat.
“ Kita akan bangunkan sektor ekonomi kearah yang lebih pesat terutamanya dari segi pertanian dengan menggalakkan seisi keluarga menanam tanaman kontan seperti ubi, tebu, papaya secara komersial sama ada dipasarkan secara terus atau diproses dijadikan produk makanan atau minuman segera,” tambahnya.
Dalam pada itu, Roger turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan BN mengalami kesukaran yang agak tenat untuk melaksanakan pembangunan dengan pantas kerana mereka terpaksa mendapatkan kelulusan daripada kerajaan Persekutuan terlebih dahulu sebelum sesuatu pembangunan itu dilaksanakan.
Tegasnya, tidak ada sesuatu pembangunan boleh dilaksanakan sebelum kelulusan mutlak diperolehi daripada kerajaan pusat kerana kerajaan BN diSabah tidak diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan projek pembangunan tanpa kelulusan pusat.
“ Walhal...ketika pembentukkan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1963...kita adalah sama rata kuasanya. Jikalau kita rujuk asas perjanjian pembentukkan Malaysia sepertimana termaktub dalam 20 Perkara, pembangunan adalah hak kita untuk melaksanakannya...anehnya, mengapa perlu dirujuk lagi perkara tersebut ke kerajaan pusat,”tegas Roger.
“ Kita juga sepatutnya menikmati kemajuan pesat selari dengan kepesatan kemajuan di Semenanjong...jalanraya berkelas tinggi, bangunan bangunan tinggi, bangunan sekolah yang baik kerana status kerajaan kita adalah sama rata,” tambahnya lagi.
Oleh: Ambrose M Matthew
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya setuju sebab beberapa kerajaan dimasa lalu bermula dari USNO, Berjaya dan PBS...tidak seteruk kerajaan BN/Umno ini. Kalau dulu bila pemimpin umum saja projek pembangunan dikampong kampong selepas dua minggu kerja2 dimulakan. Tetapi apa yg berlaku sekarang bukan bulan tetapi tahun lamanya baru projek itu dapat kelulusan. Kita punya YB pun macam tiada kuasa kecuali YB2 dari Umno....dimana letaknya keadilan dan perkongsian kuasa sebab kita bukan dijajah tetapi rakan kongsi ketika perjanjian pembetukkan Malaysia..!
ReplyDeletewahai Mat Jangut kau ini betul2 pambangkang ka atau penginti diupah Umono?
DeleteMat Janggut berhak memberikan pendapat beliau sendiri, ini kan negara demokrasi.
DeleteBila SAPP menjadi kerajaan pun bukan sebaik apa yang dikatakan oleh ahli mereka sendiri.
DeleteKebanyakan parti ini hari cakap lain, bisuk buat lain.
DeleteMacam-macam taktik digunakan untuk dapat sokongan rakyat. maklumlah dah dekat pilihanraya ni..
Deleteya, mcm2 taktik yg digunakan utk dpt sokongan rakyat yee .. jadi ko ingat tu parti pemerintah BN bukan buat benda yg sama ka ? BUDU juga ko ni .. Parti BN ckp ni tahun ni, 8 tahun akan datang baru dia kc laksana .. banding di Semenanjung, cakap hari ni, lusa dia buat suda .. ADIL ka tu kamu nampak ?! Ka kmu suma pelupa ka buta duit suda ...
DeleteJanji yang dibuat harus juga logik dan boleh direalisasikan.
DeleteMasing2 ada pendapat sendiri dan siapa yang mereka mau sokong. Jangan terlalu ikiut perasaan.
DeleteSebelum PRU-13, memang semua parti berkata seperti ini, lepas PRU batang hidung pun tidak nampak. Tengoklah nanti.
ReplyDeleteBN government will always look after the needs of the people
DeleteSAPP boleh menjanjikan terang bulan sebelum PRU, senang saja membuat perjanjian, tapi tidak senang untuk melaksanakannya.
DeleteJanji politik la katakan. Sudah menang terus macam kena amnesia. Lupa sudah tu janji2.
Deletesudah menjadi budaya bah...segelintir saja yang tidak macam tu tapi apa pun tidak boleh buat sebab dia tiada kuasa untuk meluluskan..
DeleteKalau janji, janji juga tapi yang penting lepas PRU kena tunaikan janji tu.
DeleteJangan percaya dengan janji pembangkang, ini nama dia janji politik...BN sahaja yang dapat menunaikan janji mereka.
DeleteSetelah apa yang berlaku semasa SAPP menjadi kerajaan dulu, mereka masih ingat rakyat akan terus memberi sokongan kepada mereka? Mimpilah.
ReplyDeleteGovt understands the needs of the people and is always ready to listen to them. All the promises made by the BN will be honoured in the best interest of the people
DeleteTiada harapan lagi SAPP mau menang jadi kerajaan.
DeleteSAPP sukarlah nak menang, pilihanraya Batu sapi dan menunjukkan betapa lemahnya SAPP.
DeleteHarap SAPP tidak akan jadi kerajaan.Teruk kita nnti.
DeletePuji semangat segelintir parti yang walaupun tiada peluang akan menang tapi masih ada tu keyakinan. Kasi iya sajalah..
ReplyDeleteSAPP memang tiada peluang untuk menang...
Deletesudah menjadi tanggungjawab mana2 kerajaan yang dipilih untuk membantu rakyat..
ReplyDeleteBN sentiasa mengutamakan rakyat.
Deleteadakah si roger akan jadi calon pada pru13 nanti?
ReplyDeleteBN sabah akan menang...undi pembangkang pecah..
ReplyDeletekewujudan parti baru seperti STAR akan pecahkan undi pembangkang.
DeleteThanks to Star, BN will win.
DeletePerpecahan dan ketidaksefahaman antara pembangkang cuma memberi ruang untuk BN terus menang.
Deletememang betul tapi umno-bn itu selalu guna pegundi hantu macam mana nak bagi kalakan kerana banyak sipenipu2 yg dantang nak megundi terutama sekali undi pos yang digunakan oleh Umno Bn untuk menipu.
DeleteWhat are said now would be different after election. So don't easily believe any words coming out from their mouth.
ReplyDeleteThe people are tired of the promises that were made by the politicians. Its not going to be easy for any parties to gain the people trust.
ReplyDeleteBN masih parti kuat di Sabah.
ReplyDeleteParti yang membuka janji harus juga ditunaikan.
ReplyDeletePembangunan Sabah tidak harus sebegini sahaja.
ReplyDeleteSAPP cuma pandai bercakap kosong semata-mata. SAPP sekarang telah terdesak untuk menaburkan pelbagai janji.
ReplyDeletePembangunan yang di beri oleh kerajaan sudah semakin banyak.Buat apa mau tukar kerajaan lagi.SAPP belum tahu dapat memberi banyak kemudahan kepada rakyat Sabah.
ReplyDeleteKamu semua pro Bn semuanya bodoh dan tidak ada otak!apakah pembagunan yang kerajaan perasit umno Bn bagi dengan sabah?mungkin pembagunan yang kamu fikilkan itu yang berdiri dua tiga buah sehaja di kota kinabalu tu.dan lepagan terbang yang diripi menjadi baru yang ada sekarang itu, yang kamu kata kemajuan?hai bro.. buka kamu punya menda sikit bro..cuba kamu bandingkan malaya dan sabah yang boleh dikatakan purba ini. adakah rabu raya berkambar?apa lagi jalan raya berkambar dikampung pun jalan nya hanya kerbau dan babi hutan sehaja yang boleh jalan. kalau pecuan 4 roda pun separu mati nak jalan itukah kemajuan kerajaan perasit Umno Bn bagi?hai bro.. buka kamu punya minda bro.. disabah ini adakah perkilagan dan perindusterian yang ada di sabah bro.kalau di lihat betul, banyak lagi yang tidak ada kemudahan kat negara sabah ini bro..tapi hasil sabah ini bro, benyak mengalir ke putera jaya bro.fikil lah bro jgn simpan otak itu kat telapak kaki tapi simpan kat kapala bro.kamu tahu ke, pemuda pemudi berhijera kemalaya nak cari rezeki untuk mendapat sesuap nasi tapi terutamanya kepada kaum gadis wanita pergi ke sana ditipu jadi pelacur alang kah kesian nya anak gadis kita yang telah ditipu jadi gro atau pelacur..itu nasip gadis sabah jekalau pergi berkerja di malaya.satu lagi yang sya komin dengan kerajaan perasit umno persekutuan. bandingkan bagai manakah harga barang yang ada ke malaya dan harga barang ke sabah ini. saya nak bagi contu.sekiranya harga sabun mandi di malaya Rm 1.00, tapi di sabah ini harga sabun mandi Rm 1.50 pulu sen.tapi gaji di sabah ini mura kalau dibandingkan gaji ke malaya,adalah lebi mahar dari sabah. alangkah jauhnya perbizaan harga barang dan gaji yang begitu mura bro. fikil lah bro kenapa kamu masi setia dgn kerajaan perasit Umno-Bn?
ReplyDeleteapa pula pembangunan yang sapp bagi kepada rakyat Sabah?? saya pun boleh tutup mata saya dan nafikan setiap pembangunan yang dibawa oleh kerajaan pembangkang sekiranya mereka diberikan mandat memerintah negara ini..
Deletekalau mahu sangat pembangunan, jangan la bantah projek empangan tambatuan, projek agropolitan, projek loji arang batu.. semua projek2 mega itu sebenarnya mampu memberikan impak kepada pembangunan..
apa yang anda kata jangan banta projek tambatuan,projek agropolitan,projek loji arang batu,dan semua projek-projek mega?ok biar sya huraikan projek empangan tambatuan yang saudara katakan itu.sekiranya projek tersebut diteruskan,boleh meningalamkan tanah beratus-ratus hectar dan akan melanyapkan beberapa perkampugan ditelan oleh empangan projek tersebut. dan orang-orang kampung tambatuan akan kehilagan pencerian rezeki mereka yang bertahun-tahun mereka usakan dan leyap begitu sehaja. dan walau pun kerajaan parasit umno-bn akan memberi pampasan dua tiga hingga sepuluh ribu ringgi tapi itu tidak mencukupi kepada penduduk kampung berkenaan berbending mereka bercucuk tanam di tanah adat peninggalan ninik moyang mereka.sekiranya projek tersebut diteruskan,dimanakah mereka tinggar ditepi laut jadi pelarian seperti pendatang asing dari filipina ke?dan menganai projek agropolitan,projek loji arang batu dan semua projek mega yang saudara katakan itu, boleh memberi impak pembangunan tapi dimanakah hasil projek tersebut akan mengalir?mengkin saudara ini tidak tahu bagaimanakah pembagunan cempakal langit di kuala lumpur itu berdiri dengan tegunya terutamanya menera KLCC yang begitu indahnya. itu semuanya hasil daripada bumi sabah dan sarawak...!dan dimanakah pembangunan di kota kinabalu sabah seperti itu? dan sekiranya projek yang saudara katakan tadi akan diteruskan, mungkin seluru negeri di semenanjung akan terus maju berlipat kaligandanya pembangunan, dan sabah hanya dibagi dengan gula-gula sahaja. itulah begitu rekusnya kerajaan parasit umno-bn setalah berkuasa disabah.dan ingatlah itu saudara.sekiranya sabah dan sarawak tidak membentuk gagasan malaysia bersama persekutuan malaya mungkin sabah dan sarawak akan lebi maju daripada pembagunan yang ada sekarang yang boleh dikatakan purba dan lapuk ketingalan zaman.dan mungkin sabah juga akan dilihat dimata dunia sebab bendera yang berwana biru putih dan merah melambangkan gunung kinabalu akan berkibar dipantas dunia berkibar disukan olempik,berkibar di sukan komenwel dan berkibar di merata dunia dan lihatlah sengapore dan brunai.
DeleteSABAH TERUS MENJADI TANAH JAJAHAN MALAYA SEKIRANYA RAKYAT SABAH MASI TERUS MENYUKONG KEPIMPINAN KERAJAAN PERASIT UMNO BN YANG MENGHISAP HASIL BUMI SABAH. INILAH DIKATAKAN MALAYU RAYA YANG TERUS MEMIJAK RAKYAT KADAZAN DUSUN MURUT DAN BAJAU SEHINGGA MENJILAT PUNGGONG MEREKA. SEDARLAH WAHAI RAKYAT SABAH JANGAN GEDAIKAN TANAH KELIAN SENDIRI DENGAN KERAJAAN PARASIT UMNO BN YANG MERUSAKKAN AKAR FIKIRAN KITA SEMUA KERANA MEREKA INILAH AKAN MEMACAKAN PERPADUAN RAKYAT SABAH SUPAYA MEREKA AKAN TERUS KEKEL BERKUASA DAN MENJAJA.
ReplyDeleteSABAH AKAN TERUS MENJADI TANA JAJAHAN MALAYA, SEKIRANYA RAKYAT SABAH TERUS MENYUKONG KERAJAAN PARASIT UMNO BN YANG MENGHISAP HASIL BUMI SABAH.INILAH DIKATAKAN MALAYU RAYA DAN MENJAJA KITA SEMUA SEHINGGA MEREKA TERUS MEMBUAT KITA MENJILAT PUNGONG MEREKA DAN MENGUASAI BANGSA SABAH IAITU KADAZAN DUSUN MURUT DAN BAJAU.SEDARLAH WAHAI RAKYAT SABAH BAHAWA KITA INI DALAM JAJAHAN MALAYU RAYA IAITU MALAYSIA.
ReplyDeletebantuan terus kekal dan dalam masa yang sama $$$ terus masuk ke poket YTL dan konco2nya..
ReplyDeleteapa cerita dengan tanah seluas 300 000 hectar yang diberikan oleh YTL kepada 265 kroni2nya?? bukan kecil tu..
ReplyDelete