KOTA
KINABALU - Parti Maju Sabah (SAPP) berjanji akan membantu
generasi muda memiliki rumah sendiri apabila mengambil alih tampuk
pemerintahan kerajaan negeri Sabah selepas memenangi pilihanraya umum
kali ke-13 akan datang.
Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, golongan sasar adalah belia yang berkahwin buat kali pertama dan masih belum memiliki rumah.
Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, golongan sasar adalah belia yang berkahwin buat kali pertama dan masih belum memiliki rumah.
"SAPP pernah membantu rakyat Sabah memiliki kediaman selesa ketika saya memegang jawatan sebagai Ketua Menteri dari tahun 1996 hingga 1998.
"Para setinggan tempatan dan rakyat yang tidak memiliki rumah pada ketika itu dibantu sehingga mereka berjaya memiliki rumah masing-masing.
"Banyak estet perumahan dan perkampungan telah dibuka. Sebagai contoh, kita tidak perlu pergi jauh, di sekitar kawasan bandaraya ini sahaja kita telah bina Taman Keramat, Kampung Warisan, Kampung Cenderamata 1, Kampung Cenderamata 2 dan lain-lain lagi.
"Ini bukan janji kosong. Kita telah buktikan pada masa lalu dan akan terus membantu rakyat yang tidak mempunyai rumah agar mereka dapat tempat berteduh yang selesa.
"Apabila menerajui kerajaan negeri Sabah selepas pilihanraya umum nanti, kita juga berjanji akan membina lebih banyak lagi rumah pada masa akan datang," katanya.
Beliau berucap pada majlis perhimpunan belia SAPP Kota Kinabalu yang telah diadakan di sebuah dewan Sekolah pada hari ahad lalu.
Beliau berkata, para belia perlu dibantu mendapatkan rumah kerana ia adalah satu proses kehidupan kerana apabila seseorang itu meningkat dewasa maka mereka pasti ingin mendirikan rumahtangga dan membina sebuah keluarga bahagia disamping memiliki sebuah kediaman selesa.
Katanya, ramai belia Sabah pada masa ini sukar mendapatkan rumah kerana kerajaan negeri Sabah pada hari ini gagal menyediakan rumah yang mencukupi.
Teck Lee berkata, lebih parah lagi apabila puluhan ribu belia Sabah masih menganggur sehingga tidak mampu menyara hidup sendiri apa lagi memiliki rumah.
"SAPP apabila membentuk kerajaan nanti akan perbetulkan semua kegagalan dalam sistem pemerintahan kerajaan negeri Sabah yang ditunjangi UMNO ini.
"Walaupun pada masa ini kita berdepan dengan pelbagai rintangan tetapi perjuangan akan diteruskan sehingga beroleh kejayaan. Selaras dengan misi parti SAPP yakni, "mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, dan masyarakat yang progresif, adil dan sejahtera" SAPP akan kotakan janji," katanya.
Puluhan ribu belia Sabah menggangur
KOTA KINABALU,
Mei 7,2012: Puluhan ribu belia Sabah terpaksa berhijrah
ke Semenanjung dan luar negara mencari pekerjaan ekoran kepincangan
ekonomi di negeri ini, kata Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Edward
Dagul(kiri).
Katanya, para belia itu tidak ada pilihan lain kecuali keluar dari
negeri ini mencari pekerjaan di seberang laut luar kerana kerajaan
Barisan Nasional (BN) Sabah gagal menyediakan peluang pekerjaan yang
mencukupi.
"Lebih 60,000 belia di Sabah telah dikenal pasti masih lagi menganggur.
Ramai daripada mereka ini telah pergi ke Semenanjung Malaysia atau luar
negara mencari pekerjaan.
"Apa yang menyedihkan ialah sebahagian daripada mereka itu terpaksa
hidup merempat apabila gagal mendapat sebarang kerja.
"Ada diantara mereka bergantung hidup di atas ehsan NGO bagi
mendapatkan sesuap nasi malah segelintir daripada mereka terpaksa tidur
dikaki lima kerana tidak ada tempat berteduh," katanya.
Beliau berucap pada majlis perhimpunan belia SAPP Kota Kinabalu yang
telah diadakan pada ahad lalu di Likas.
Hadir sama Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Naib Ketua
Pemuda SAPP Jamain Sarudin (kanan) serta Ketua-Ketua Pemuda SAPP Jawatankuasa
Perhubungan Kawasan (CLC) Api-Api, Kepayan, Moyog, Petagas, Tanjung Aru,
Inanam, Karambunai, Luyang dan Likas.
Turut hadir, Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Parlimen (MP)
Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan, Setiausaha
Agung SAPP Datuk Richard Yong dan Bendahari Agung SAPP Dullie Marie.
Tidak ketinggalan, Ketua Wanita SAPP merangkap ADUN Luyang Melanie Chia,
MP Tawau Datuk Dr. Chua Soon Bui, Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah
dan barisan Ahli Majlis Tertinggi SAPP serta para pemuda SAPP.
Edward berkata, kerajaan negeri Sabah pada satu ketika dahulu pernah
menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat isu belia yang merempat di
Semenanjung.
"Bagaimanapun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang langkah diambil
untuk menyelesaikan masalah itu. Lebih buruk lagi ialah semakin ramai
belia Sabah merempat di Semenanjung.
"Nampaknya, kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah yang ditunjangi UMNO
pada hari ini tidak peduli akan nasib malang yang menimpa belia Sabah
itu malah telah gagal menyediakan pekerjaan mencukupi untuk generasi
muda ini," katanya.
Menyentuh mengenai politik semasa, Edward berkata, BN Sabah kini mulai
gentar akan kebangkitan SAPP yang tidak pernah jemu memperjuangkan
nasib rakyat segenap lapisan. Dapat dilihat bendera yang SAPP pasang
diluar bangunan telah dicabut dan dirampas oleh pihak yang berkuasa,
tetapi bendera yang dipasang oleh Umno BN di tepi jalanraya putatan
dibiarkan begitu sahaja.
Katanya, BN mula menyedari akan kekuatan SAPP yang boleh menumbangkan
mereka pada pilihanraya umum kali ke-13 akan datang.
Edward berjanji segala kepincangan dalam pentadbiran kerajaan BN Sabah
akan diperbetulkan apabila SAPP mengambil alih tampuk pemerintahan
negeri selepas memenangi pilihanraya umum nanti.
Even a dog knows all the above promises are 'kosong' and secondly SAPP is just day-dreaming if it thinks it can form the government.
ReplyDeleteI would expect a better attendance from the youth but it seems there are so many spaces that can still be filled and the space between the rows of chairs can even bed an elephant.Yet SAPP seems to be so proud in showing-off the pictures without realising the 'emptiness' and lack of big support by the youth.Just imagine if you compare them to any of the party youth in BN.They will be swamped by an ocean of red and white.But then its true when people say that'beauty lies in the eyes of the beholder'and thinking about it,why not.
Sounds like someone is really bitter and jealous of SAPP. I wonder why ?
DeleteI know why? bcos this anak petagas is umno's dog and his job is to bark at sapp whatever sapp do.
DeleteSAPP tidak dapat menerima kenyataan daripada Anak Petagas dan cuma boleh buat personal attack sahaja. Cukuplah dengan mimpian hendak menjadi kerajaan Sabah.
DeleteJika kritikan yang membenar ok, tetapi anjing umno tahu aje buat fitnah. Itu kah bermaksud kamu kritikan membenar dari UMNO?
DeleteMamaktiu selalu kata ahli2 umno hanya untuk orang bodoh, memang betul
soal jawab sendiri pula dia di atas..hehe..Masing2 punya pendapat dan terpulang kepada anak petagas siapa yang beliau mau sokong.
DeleteGaji minima untuk Sabah 800 ratuis orang kita makan apa? Pasir kah?
ReplyDeleteMakanan,pertumpangan dan tambang dah habis libih 70% gaji harian dpd RM$30.
Yang tinggalan cukup kah untuk keluarga jika berumah tangga?
Bah,tunggu apa lagi!
CM Musa Aman tidak setuju dengan kata-kata ED SAPP tu.
ReplyDeleteBanyak kerja di Sabah ikut beritanya di akhbar jika boleh SAPP dipanggil bagi nama belia yang belum dapat kerja.
Sekarang pulak ED ditanduk berbohong bah!
Apa pendapat?
cm bilang belia sabah pilih kerja...betulkah tu wahai belia2 sabah? you all must be brave untuk mengemukakan tawaran2 kerja yg kamu tk setuju dalam situasi kesesuaian kelayakan kamu..jika kamu juga dikejar kejar dengan tuntutan bayaran balik ptptn selepas keluar dari pengajian kamu itu pun kamu kena buktikan tawaran kerja oleh cm untuk kamu supaya kamu dapat bayar balik pinjaman kamu...jangan mau digelar pemilih kerja pula di bumi sendiri wahai belia sabah.
ReplyDeleteKalau tugas tidak bersesuaian, jadi tidak payah kerja lah tu? Selagi tiada pekerjaan yang sesuai, selagi mereka kekal menggangur, macam itu kah? Kalau semua mentaliti macam ini, mampuslah generasi muda kita ni.
DeleteTidak pernah aku nampak suratkhabar ada kerja kosong pun setiap hari?
DeleteMusang bin tidak aman memang kaki kuat tembirang!
Memang hari2 ada kerja kosong di newspaper.Mudah pun banyak. Tidak pernah baca newspaper kh??
DeleteKata Jangan main (JaMain):"kali ni lawan tetap lawan kita akan tawan KK"!
ReplyDeleteKata Edward pulak:"Kita bukan macam BN 'NATO' atau pon 'Kiasu' kalau tidak akan kita 'matai'...maka tunggu apa lagi....pilihan bah"!
Begitulah semangat muda,mudanita,orang muda seluruhan sekarang.
Jangan undur lawan tetap lawan habis-habisan!
Hurah!
Party boleh janjikan bulan dan bintang sebelum PRU, tetapi selepas PRU, batang hidung pun tak nampak.
ReplyDeleteSAPP bukan janji kosong. SAPP sudah pernah melaksanakan dan terbukti boleh buat apabila YTL sebagai KM Sabah hanya 2 tahun.
DeleteUMNO punya musang bin tidak akan adalah paling kuat tembirang selama 9 tahun yang menyebabkan Sabah menjadi termiskin di Malaysia.
Sekurang2nya janji yang di beri oleh UMNO banyak sudah di tunaikan. SAPP belum tentu lagi.
DeleteSenang saja cakap, senang saja buat janji, tapi adakah SAPP mampu lakukannya?
ReplyDeleteSome 20,000 affordable housing units will be built in Sabah over the next five years under a new partnership formed between the Sabah Housing and Town Development Authority (SHTDA) and Malaysia’s Probil Sonati Development.
ReplyDeleteHave to another 5 years ? hahaha, what have you been doing the past 15 years Musa ?
DeleteDatuk Musa telah memberi banyak sumbangan yang besar kepada Sabah. YTL apa cerita.
DeleteA range of low-cost properties from SHTDA and Pribil Sonati Development partnership, including apartments, bungalows and semi-detached houses priced between RM85,000 and RM2m, depending on the unit considered affordable.
ReplyDeleteumno only good to siok sendiri.
DeleteI have been listening with all this RUBBISH promises from UMNO since 10 years ago when musang bin tidak aman as CM.
semua janji yang diberikan oleh SAPP dah dilakukan oleh kerajaan BN, SAPP tak ada idea lain ke?
ReplyDeleteSAPP sudah terdesak...sebab itu Star mahu tanding 60/26...
DeleteMimpi saja SAPP ni. tiada peluang sudah mau jadi kerajaan juga tu..
DeleteJika SAPP berjaya menunaikan janji, yang mendapat manfaat juga rakyat, apa salahnya?
DeleteSAPP hanya cakap kosong sahaja.Janji terang bulan.
DeleteBN telah bantu rakyat miliki rumah melalu PPRT, dan rumah mesra rakyat.
Deleterasanya SAPP tidak akan berpeluang menang..
ReplyDeleteini kerana undi pembangkang akan pecah pada pru13 nanti di sabah..
ReplyDeleteakan ada pertandingan 3 atau 4 penjuru di sabah pada pru13 nanti..dan BN sabah berpeluang besar untuk menang.
ReplyDeleteMemang sudah pasti wujud pertandingan lebih dari 2 penjuru.
DeleteParti lain putih mata saja la angan2 mahu menang.
DeleteI wouldn't be surprise at all if BN/UMNO win again.
Deletejanji SAPP untuk memancing undi...
ReplyDeleteJanji yang sama dengan PKR. lebih baik gabung dengan PKR saja.
DeleteNo matter what these opposition parties promise to the people they will still lose because there is no cooperation and unity in opposition.
DeleteSAPP pernah membantu rakyat Sabah memiliki kediaman selesa ketika saya memegang jawatan sebagai Ketua Menteri dari tahun 1996 hingga 1998.
ReplyDeleteItu masa SAPP dalam BN dulu. kalau mahu bantu, kenapa tidak buat sekarang saja??
Jika parti umno untik Pilak sebagai kerajaan tidak pandai buat. Berundurlah diri dan diganti oleh SAPP selepas PRU13.
Delete"Ini bukan janji kosong. Kita telah buktikan pada masa lalu dan akan terus membantu rakyat yang tidak mempunyai rumah agar mereka dapat tempat berteduh yang selesa."
ReplyDeleteSAPP buktikan pada masa lalu? Bukankah masa tu SAPP bersama BN? Err...
If when SAPP in BN has done it. Why UMNO in BN cannot do that for the past 9 years by musang bin tidak aman?
Deleteumno pergilah mampus!
Not sure whether we can trust YTL promises.
ReplyDeleteYTL time has passed. If he is sincere about helping the people then he should had done it during his tenure as the cm.
DeleteVote wisely people. What is promised by the SAPP or other parties include UMNO/BN, is not necessary be fulfilled by them.
ReplyDeleteSemoag janji manis ini tidak semata-mata untuk memancing undi.
ReplyDeleteBerjayakah janji SAPP menambat hati rakyat?
ReplyDeleteIt is good that opposition or leading party prioritise the people.
ReplyDeleteYTL masih relevan? Janji SAPP masih boleh diterima?
ReplyDeleteRakyat Sabah pasti tahu jawapan tu, Semuanya dapat dijawab pada PRU13
DeleteBiar rakyat Sabah saja yang menilai semua tu
ReplyDeleteJanji senang untuk dikatakan, namun untuk melaksanakan itu yang agak sukar sedikit.
ReplyDeleteSAPP cuma tahu cakap saja itu untuk penduduk Sabah. Siapa yang tidak kenal dengan YTL yang bermulut manis menyebabkan kerugian SAS pada era pemerintahannya.
ReplyDeleteBerhati-hati dengan tipu muslihat yang dicipta oleh SAPP. Ini cuma cara untuk SAPP meraih sokongan daripada penduduk Sabah.
ReplyDeletesemasa YTL menjadi Ketua Menteri, terlalu banyak hak2 rakyat telah dinafikan oleh beliau dan antaranya adalah: geran2 tanah untuk kampung2 tradisional Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi). tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra. tiada peluang pekerjaan untuk anak2 Bumiputra...
ReplyDeletehak rakyat lain yang dikatakan diambil oleh YTL ialah 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan, tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta, tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta, tanah2 Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd..
ReplyDeleteAt present, the federal government has proposed "My First Home Scheme" programme. It is an initiative launched by the government with the collaboration of national mortgage company, Cagamas Bhd, and financial institutions to reduce the burden of the younger generation who are faced with a high cost of living and exorbitant real estate prices.
ReplyDeleteVia the scheme, the younger generation earning less than RM3,000 per month, can obtain 100% financing from selected financial institutions for houses costing between RM100,000 and RM220,000 with a repayment period of 30 years.
ReplyDeleteThe government, via Cagamas Bhd, will guarantee the downpayment of 10% adding that first-time buyers need not come up with any deposit.
ReplyDeleteThe Prime Minister also hoped more property developers would build affordable houses to cater for the people.
ReplyDeleteThe banks involved in financing the "My First Home Scheme" are Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd and Hong Leong Islamic Bank Bhd.
ReplyDeleteOthers include Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd and Cagamas Bhd.
ReplyDeleteUnder the 2011 Budget, the government announced several initiatives to increase house ownership and enhance peoples' quality of life.
ReplyDeleteThis, among others, included an allocation of RM568 million to build 300 units under the Urban Housing Assistance Scheme and 79,000 units under the Peoples' Housing Programme.
ReplyDeleteAn additional allocation of RM50 million has been set aside especially to help house ownership among estate employees under the low cost housing scheme
ReplyDelete