TANJUNG
ARU - Dalam lawatan Ahli Majlis Tertinggi merangkap
Penolong Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP) Encik Bahari Aship di
sekitar Kg. Sembulan, beliau amat terkilan dan hairan sudah
bertahun-tahun penduduk Kg. Sembulan berjaja makanan dan minuman
ditapak gerai yang kurang sesuai, kerana berhampiran dengan tempat
membuang sampah dan tandas awam.
Penjaja-penjaja di kawasan itu terpaksa bertahan kerana sudah tidak ada
tempat lain untuk mereka berniaga demi menyara hidup harian keluarga
dan perbelanjaan anak-anak ke sekolah.
Tempat letak kereta dimana gerai-gerai makanan itu juga penuh dengan lubang-lubang yang mana air akan bertakung di musim hujan, tiang elektrik (Gambar kiri - Risiko keselamatan tiang elektrik condong) yang menerangi kawasan itu sudah condong menunggu rebah bila-bila masa sahaja dan terdapat juga kaki lima kedai yang pecah dan berlubang (gambar kanan - Lubang di kaki lima kedai Sembulan), semua ini mempengaruhi keadaan perniagaan mereka.
Wakil Rakyat yang sudah berkhidmat tiga penggal (15 tahun), Datuk Edward Yong yang juga Pem. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak mengendahkan lansung tentang masalah dan kesusahan rakyat di kawasan beliau. Sebagai wakil rakyat, beliau seharusnya menumpukan perhatian terhadap penduduk di kawasan N17 Tanjung Aru.
Ramai penduduk di kawasan ini sudah hilang harapan dan kecewa terhadap
YB BN yang hanya menabur janji-janji kosong kepada mereka, lagi-lagi
pada musim kempen pilihan raya.
Dalam perbualannya dengan para penjaja di kawasan itu, ramai yang merasa kecewa dengan layanan Kerajaan BN terutama Wakil Rakyat terhadap keperitan dan keperluan hidup mereka. Encik Bahari Aship memberi harapan dan menyarankan, kalau ditakdirkan SAPP mengambil alih Kerajaan Sabah, SAPP akan memastikan masalah remeh-temeh ini akan dapat diselesaikan.
SAPP akan menaik taraf tapak gerai-gerai menjadi pasar makanan dan
minuman yang teratur termasuk mempertimbangkan untuk pembinaan bumbung
bagi keselesaaan para penjaja dan pelanggan. Ini akan menaikkan lagi
taraf ekonomi dan kebaikan untuk penduduk kawasan Sembulan, Tanjung Aru.
Dalam perbualannya dengan para penjaja di kawasan itu, ramai yang merasa kecewa dengan layanan Kerajaan BN terutama Wakil Rakyat terhadap keperitan dan keperluan hidup mereka. Encik Bahari Aship memberi harapan dan menyarankan, kalau ditakdirkan SAPP mengambil alih Kerajaan Sabah, SAPP akan memastikan masalah remeh-temeh ini akan dapat diselesaikan.
Diharapkan wakil rakyat akan memberi perhatian dalam isu-isu yang dibangkitkan ini. Masalah kawasan yang rosak perlulah dibaiki segera.
ReplyDeleteDekat PRU ni pasti aduan sangat berkesan.
DeleteWakil rakyat di kawasan Sembulan harus ambil perhatian tentang perkara ini. Nanti pembangkang ambil kesempatan.
DeleteDekat2 PRU ni, macam2 isu akan di keluarkan.BN harus peka dengan segala masalah rakyat.
Deletetindakan segera harus dilakukan..
DeleteTurun padang dan memahami keadaan sekitaran. Banyak kerosakan dan kelemahan harus diperbaiki.
DeleteTempat letak kereta yang mempunyai banyak lubang-lubang itu juga perlulah dibaiki supaya menyenangkan para pemandu yang menggunakan parking di situ.
ReplyDeleteTapak parking harus mencukupi dan dalam keadaan yang selamat.
Deleteberi perhatian akan hal ini, perbaiki segala permasalahan yang ada.
ReplyDeleteYang berjual di sana tu orang tempatan atau asing?
ReplyDeleteHarap2lah orang tempatan.jangan orang asing.
DeleteOrang tempatan lah yang berniaga di sana tu, jangan bagi peluang PATI.
DeleteDi Batu Sapi pun SAPP kalah, inikan pula mahu SAPP ambil alih jadi kerajaan? Be realistic okay.
ReplyDeleteSAPP has no chance in winning the election.
DeleteDengar khabar SAPP masih mau bertanding di Batu Sapi.mungkin kali ni mau tebus kekalahan.hehe
DeleteImpossible SAPP can win if they do not cooperate with other opposition parties.
DeletePasti kerajaan akan segera memperbaiki masalah yang berlaku di Sembulan.
DeleteSAPP sengaja mencari isu, namun rakyat tetap tidak akan percaya kepada mereka.
DeleteMahu tengok result SAPP pada PRU13.
Deletepeluang kemenangan SAPP pada pru13 nanti adalah negatif...langsung tidak berpeluang...silap2 deposit pun hilang..
Deletewakil rakyat haruslah menunaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat
ReplyDeleteKalau tidak berfungsi, boleh tukar wakil rakyat tu.biar sedar sikit bila rakyat tidak sokong
DeleteIt is the people's representatives to help the people resolve their problems, hope that they will do their best.
DeleteMaybe the local MP can find another location for the stall owners to move to which is more suitable for doing business.
ReplyDeleteya...jika kawasan tidak lagi sesuai, harus mereka ditempatkan di kawasan yang lebih sesuai dan selamat..harap ADUN N17 akan bertindak segera.
DeleteDBKK harus peka dengan keadaan macam tu
ReplyDeleteharapan palsu dari SAPP sebab SAPP pasti akan kalah pada pru13..
ReplyDeletepatut SAPP tumpukan perhatian pada kawasan yang diwakili oleh mereka sekarang sebelum berpindah tangan pada pru13 nanti...pasti kawasan yang diwakili oleh mereka juga mengalami masalah yang serupa..tidak payahlah SAPP sibuk2 dengan kawasan orang lain..
ReplyDeletetiang elektrik condong tersebut harus segera digantikan..diharap pihak berkenaan akan segera bertindak..
ReplyDeleteMasalah di Sembulan tidak harus dibiarkan begitu sahaja.
ReplyDeleteSAPP akan mendatang tentangan kuat dari pembangkang dan BN.
ReplyDeletepembangkang tidak bersatu, itu menyebabkan mereka saling bersaing.
DeleteMasing-masing ada agenda untuk dicapai.
DeleteTapak perniagaan harus strategik dan diletak di kawasan jauh dari simpanan sampah.
ReplyDeletePihak berkuasa harus sensitif dan peka dengan keadaan sekeliling agar dinaik taraf dan diperbaiki lagi.
ReplyDeleteharap langkah yang sewajarnya akan dapat diambil.
Deleteharap ini akan diberikan perhatian yang sewajarnya.
ReplyDeletelangkah penyelesaian harus dibuat terhadap isu ini.
ReplyDeleteSAPP cuba mendapatkan sokongan melalui isu ini tapi, kalau tengok dibatu sapi dulu, sapp ni sukar dapat sokongan.
ReplyDeleteTapak perniagaan harus dalam keadaan yang baik dan bersih.
ReplyDeleteTurun padang dan memahami keadaan sebenar dan mengambil langkah yang wajar.
ReplyDeleteLubang-lubang besar itu mengancam keselamatan.
ReplyDeleteSAPP tidak tolong selesaikan masalah ini. Tidak ada guna duduk diam saja SAPP.
ReplyDeleteSiapa yang CDO, pemaju mukim, PKR, YB yang makan gaji buta? Tidak pandai kerja!
DeleteMungkin tempat pembuangan Sampah ini perlu dipindahkan. Tapi lepas ini kalau terlalu jauh dipindahkan jangan pula mahu salahkan pihak atasan tapi salahkan SAPP yang balik-balik complaint.
ReplyDeleteThis is how you wannna our gort respond to rakyat ?
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/groups/233102513458983/#!/photo.php?fbid=10151187901714167&set=oa.233341083435126&type=1&theater
cakap memang la senang.. SAPP boleh selesaikan ka masalah remeh temeh ni di seluruh negeri Sabah? jangan cuma di sembulan saja.. masalah seperti ini bukan berlaku sekali dalam 5 tahun, sebaliknya tiap2 hari..
ReplyDeletemasa YTL jadi KM dulu pun lagi banyak longkang pecah dan tiang letrik condong.. tidak juga dia respon dalam masa 24 jam..
ReplyDelete