Search This Blog

Monday, August 27, 2012

Lagi sokongan untuk PBS bertanding MP Tenom


Oleh: Basir Abdullah

Saudara Pengarang,

SAYA  menyokong penuh kenyataan Adun Melalap Datuk Radin Malleh  supaya pucuk pimpinan BN menimbang untuk memberi peluang kepada PBS untuk mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom. Kini sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Datuk Rubin Balang, Ketua Bahagian UMNO Tenom sedang mempersiapkan jentera pilihanraya untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom atas tiket BN. Dan adalah diuar-uarkan bahawa pucuk pimpinan UMNO telah bersetuju dengan pencalonan beliau. Beliau sekarang adalah ADUN N.36 Kemabong.

Saya tidak bermaksud untuk memperkecil-kecil parti komponen lain, tetapi saya menyatakan sesuatu yang hakikat sebenarnya dan juga atas rasa sayangkan kepada BN dan untuk menghindarkan kekalahan BN jika salah parti komponen yang dipertaruhkan untuk bertanding di kawasan Parlimen P.181 Tenom.. Selaku penduduk asal daerah Tenom saya melihat bahawa parti PBS lah yang amat sesuai untuk mewakili rakyat di kawasan ini di dewan rakyat, atas sebab-sebab berikut:-

  • Kawasan Parlimen P.181 Tenom mengandungi dua kawasan DUN iaitu DUN N.35 Melalap dan DUN N.36 Kemabong, yang mana sebilangan besar penduduknya mungkin dalam lingkungan 70% adalah dari suku kaum Murut, ia itu kawasan bumiputra (bukan Islam). Oleh itu PBS selaku parti komponen BN yang perjuangannya berasaskan KDM adalah amat sesuai untuk mewakili BN di kawasan ini. Ini bukan bermakna tidak menghormati komponen BN yang lain tetapi pucuk pimpinan harus melihat kesesuaian asas perjuangan sesebuah parti komponen berkenaan. Pada pendapat saya biarlah UMNO bertanding di kawasan  Bumiputra Islam.
  • Secara tradisinya kawasan P.181 Tenom adalah kawasan kubu kuat PBS. Maka oleh kerana itulah  kawasan ini adalah milik PBS semasa era PBS dalam BN dahulu. dan jika diberi peluang pada PRU13, saya yakin PBS akan menang di kawasan ini dengan majoriti yang besar.
  • Jika PBS yang dipertaruhkan untuk mewakili BN dalam kerusi P.181 Tenom, maka ini adalah membuktikan bahawa konsep BERKONGSI KUASA yang dilaung-laung oleh UMNO dan BN masih kekal utuh.
  • UMNO telah mewakili kawasan ini dalam 03 penggal iai itu dari 1999-2004 .  (Y.Bhg.Datuk Rizalman Abdullah ), 2004-2008 (Y.B.Datuk Raime Unggi) dan 2008-sekarang (Y.B.Datuk Raime Unggi)..maka amatlah sesuai jika dalam pada PRU13 ini komponen lain khususnya PBS diberi pelaung untuk bertanding di kawasan ini. Ini juga adalah bertepatan dengan kata-kata PM bahawa tidak semestinya sesebuah parti komponen itu kekal bertanding di sesebuah kawasan. Kesesuaian dan keserasian di antara parti berkenaan dengan rakyat di kawasan berkenaan harus diambil kira dalam menentukan parti komponen  yang lebih sesuai dan seterusnya boleh memenangi kerusi berkenaan bagi BN.
Tidak dapat dinafikan sentimen kurang senang dengan UMNO di kalangan rakyat umum, sudah mula menular di Tenom. Oleh itu, jika cadagan PBS itu tidak diberi perhatian yang sewajarnya, maka ia mungkin akan menjejaskan peluang BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tenom. Lantas kenyataan Y.B. Datuk Radin yang mengatakan PBS boleh menang dengan mudah, jika dicalonkan, memang tepat sekali.

Sekian.

Basir Abdullah ialah seorang bekas perajurit

49 comments:

  1. Jika PBS mendapat sokongan yang padu di tenom, pasti ini akan menguatkan lagi proposal itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara tradisi, tenom adalah kubu kuat PBS..sekarang pun rakyat di tenom masih menyokong penuh kepada PBS..

      Delete
    2. PBS akan menang besar di Tenom.

      Delete
  2. Harap PBS akan mendapat tempat di Tenom dan sekaligus memenangi kerusi di Tenom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkara ini harus dibincangkan antara parti komponen BN untuk keputusan yang lebih mantap dan adil..

      Delete
  3. Hal ini harus dibincangkan sedalam mungkin kerana ini boleh mencetuskan sebarang tension antara mereka.

    ReplyDelete
  4. Jika layak apa salahnya, tidak akan ada yang menghalang jika terbukti layak.

    ReplyDelete
  5. Cadangan ini harus di pertimbangkan oleh semua pihak yang berkaitan.

    ReplyDelete
  6. PBS masih kuat di Tenom tapi bukan calonnya.Jika Raden yg bertanding, peluang utk menang adalah 50-50.Banyak pengundi tegar PBS berhijarah ke STAR,Pakatan Rakyat dan STAR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika calon yang sesuai diletakkan, sudah pasti PBS akan menang..

      Delete
    2. Pelantikan calon amat penting, ia adalah unsur dan faktor kemenangan parti.

      Delete
  7. Alingasu, Matarung boborok MelalapAugust 27, 2012 at 2:03 PM

    putunglah butu saya kalau pbs manang di mp tenom...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, janganlah. Lebih baik sorok semua yang tajam-tajam tu. 'Ter' pula jadi nanti

      Delete
  8. Apa pun buat perbincangan mengenai calon yang ingin diletakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat keputusan terbaik berhubung hal ini.

      Delete
  9. PBS perlu membuktikan kepada pihak atasan kalau benar mereka itu mampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya PBS memang mampu untuk menang dengan majoriti mudah...ini kerana PBS adalah lebih dekat di hati KDM..

      Delete
    2. PBS terpilih sebab berdasarkan pemerhatian yang dibuat. kalau pucuk pimpinan kata PBS bertanding di kawasan tu, yang lain kenalah akur. jangan berebut.

      Delete
  10. PBS sememangnya parti yang kuat di Sabah. Tapi tidak semua tempat mereka berkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bukan semua tempat sebab BN mengamalkan perkongsian kuasa antara parti2 komponen..

      Delete
    2. kerjasama yang kuat adalah penting untuk kemenangan.

      Delete
    3. Tiap parti ikut tempat la..kalau kurang sokongan di suatu tempat, bagi kawasan lain pula.

      Delete
    4. kami menantikan sejauh mana PBS mencapai kemenangan di pru akan datang.

      Delete
  11. Semoga masalah ini akan dapat diselesaikan oleh kedua-dua pihak. Pastikan masalah dalaman dapat ditangani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maka perbincangan harus dilakukan...

      Delete
    2. yang penting, keperluan rakyat sentiasa jadi keutamaan setiap pemimpin.

      Delete
  12. Saya sokong penuh saranan dari saudara Basir Abdullah,ya memang PBS masih dihati rakyaat Tenom dan kalau PBS ingin mengambil kerusi Parlimennya saya cadangkan supaya kerusi ADUN melalap nya di beri kepada UPKO,nah kalau ini terjadi jangan lah si Anwar Mimpi menjadi PM di Malaysia,silap hari bulan Pembangkang dapat 3 gol kosong dikawasan Tenom tetapi kalau masih juga seperti sekarang iaitu MP Tenom dan Kemabong masih diambil oleh UMNO maka akan terbalik lah BN akan mendapat 3 gol kosong,percaya lah kamu semua,saya ini orang Tenom bah BN tabur lah duit banyak-banyak nercaya wang kikis tapi undi tetap kepada calun yang berkualiti........hidup BN/PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kurang yakin kalau UPKO dicalonkan diMelalap kerana parti itu ibarat "Hidup segan mati tak mau" diTenom. Kita dapat lihat kekuatannya dari kacamata kita sendiri sedangkan pejabat perhubungan pun tidak tahu ada kah tiada. Mungkin ia akan menjadi liabiliti kepada jentera BN di Tenom jika UPKOlah dicalonkan. Lebih baik kekalkan Datuk Radin Malleh bagi DUN Melalap manakala Parlimen Tenom cadangkan Sabini Ansumor KB PBS Kemabong...sebabnya PBS masih kuat di Tenom. Kalau tidak BN akan kempunan di Tenom sebab kekuatan pembangkang tidak boleh dipandang ringan dimana mereka juga sudah bersedia menurunkan bakal2 calon muda, berwibawa dan berpendidikan yg sudah tentu mempunyai wawasan memajukan kawasan Tenom.

      Delete
    2. Orang Kuat PBRS TenomAugust 28, 2012 at 4:52 AM

      Saya teda setujuh pandapat Kapio Solor Tenom itu, sababkan cigu Sabini masih bertugas sabagi guru belum baranti lagi mana ada masa bagi dia urus rakyat. Kami dalam PBRS apa juga kurangnya, kami mansalunkan John Mondolok untuk kerusi Parlimen Tenom. Jangan kamu sishkan PBRS bah kami pun banyak juga penyokong...adalah sikit2. Jangan kamu arap upko, kalau di kamabong si kayam Biaou sudah begeng sama PKR, orang2 dia memang suda teada.

      Delete
  13. seoal kerusi biarlah ditentukan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serahkan kepada pucuk pimpinan.

      Delete
  14. yang penting calon yang dipilih adalah terbaik untuk mewakili rakyat.

    ReplyDelete
  15. sebaiknya perbincangan dibuat sebelum menetapkan sesuatu.

    ReplyDelete
  16. Parti Bersatu Sabah (PBS) will leave it to the Barisan Nasional (BN) to decide on the request from its Tenom division for the Tenom parliamentary seat to be returned to them.

    ReplyDelete
  17. Its president, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, said the call from the division to be given the right to contest the Tenom parliamentary seat in the coming election, which is currently held by Umno, is just an expression from the ground.

    ReplyDelete

  18. He said any views from the people were always brought up to be considered during discussions at their respective divisions, and later forwarded to the next level using the proper channel and at the right time.

    ReplyDelete
  19. However, he said any expression of views must be taken in proper context and it was only normal that various views were being expressed ahead of the impending general election.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharapkan pandangan ahli akan dipertimbangkan sebelum puncak pemimpin membuat keputusan.

      Delete

  20. “So, whether we want to tell them they qualify (for the seat they are requesting), I think the best way is to abide by BN’s decision,” said Pairin, who is also Deputy Chief Minister.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak kira apa keputusan puncak pemimpin BN dalam isu pelantikan calon, harap semua ahli akan memberi sokongan.

      Delete

  21. He was asked to comment on the recent remarks by Melalap assemblyman Datuk Radin Malleh that the PBS leadership should forward a request to BN to have the Tenom seat returned to their party.

    ReplyDelete

  22. Radin, who is also vice-president of PBS, said Tenom constituency is a traditional stronghold of PBS and its influence is still very strong there.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PBS masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat di Tenom, semoga PBS akan diberi peluang untuk bertanding pada PRU-13. Kita tunggulah dan lihat keputusan puncak pemimpin.

      Delete

  23. He also assured that it would be a sure win for BN if the seat were given back to PBS, adding that the party could contribute more and help strengthen the coalition should it be entrusted with suitable constituencies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The top BN leaders should consider appointing winnable candidates, PBS is confident that they can win the elections in Tenom, maybe the top leaders can give PBS a chance.

      Delete
  24. The seat is currently being held by Datuk Raimie Unggi of Sabah Umno.

    ReplyDelete
  25. Harap puncak pemimpin akan memberi pertimbangan untuk PBS mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom.

    ReplyDelete
  26. umno patut kurangkan kerusi mereka di negeri ini.. beri peluang kepada parti tempatan untuk mewakili lebih banyak kawasan di Sabah..

    ReplyDelete
  27. Tenom tetap menjadi kubu kuat bagi PBS.

    ReplyDelete