KOTA KINABALU - Datuk Bung Mokhtar Radin has issued a warning – he will quit politics if he sees no development in his constituency within the next five years.
The controversial Kinabatangan MP said it would be his last term in his poverty-stricken constituency, which is bigger than Pahang, if the government did not meet the demands of his voters for basic infrastructure especial sealed roads.
“I have been told by my voters to make sure the government give enough money to build roads. If not, I’m worried.
“Maybe they won’t vote for me or for BN again. I myself have decided that if the government doesn’t give my people good kampung roads, I will not contest anymore,” the 53-year-old firebrand MP was quoted as saying in The Star Online.
The fourth-term MP said the current tanah merah (laterite) roads in the villages were flooded and became muddy whenever it rained, leaving villagers stranded for days.
Bung Mokhtar, who is married to actress Zizie Ezette, he had forwarded his voters’ request to Putrajaya and he was waiting for a positive reply.
“They just need small roads for their daily use, not highways. They are not asking for mega projects like the second Penang Bridge or the LRT that costs billions of ringgits.
Bung with his glamour wife, actress Zizie Ezette. He claims to have written to Putrajaya with his requests for development in Kinabatangan.
“The people gave us the mandate during the elections. Barisan National’s tagline is Janji Ditepati (promises fulfilled), so I need this to be ditepati (fulfilled),” said the politician who is no stranger to controversy.
Bung Mokhtar hit the headlines for the wrong reasons and is often criticised for his uncouth remarks in Parliament.
On Wednesday when debating the motion of thanks on the Royal Address, Bung Mokhtar called Air Asia X chief Azran Osman Rani a Melayu biadap (an uncouth Malay) and said that he did not deserve to be a citizen for criticising Utusan Malaysia.
“If he said he is muak (disgusted) with Utusan I don’t care, but threatening to cut off all business deals with them is a threat to Malays,” he said.
Bung Mokhtar remains unapologetic for using the parliament space to attack Azran.
“He used his position as a CEO to blast Utusan on his Twitter and Facebook. It’s the same thing,” he said.
Bung said he wouldn’t change his style of dealing with issues, especially when it concerned the public.
“If I try to be like Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Johor Baru MP) maybe there is no more Kinabatangan or Bung Mokhtar. When I feel there is an issue I have to speak out, I will. I don’t care if it’s against the opposition, government or individuals,” he said.
He said he recently criticised the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) for not being able to control social media and the police for not being able to curb the drug problem.
Bung Mokhtar said he was not affected by criticisms against him.
“They have their right to condemn me but I also have my right to reply and condemn them. This is a democratic country,” he said.
Denying that he was an attention seeker, Bung Mokhtar said it was the media that was sensationalising him.
“My voice is in the Dewan Rakyat, but the moment I speak, the reporters pick it up and put in the paper. I love some of it (the media coverage), but sometime I feel they put an ugly picture. But I don’t care because they are making me more popular,” he said.
BN left the roads abandoned for decades. What makes Mr. Bung think they will fix them now?
ReplyDeleteYou mean you have just written to Putrajaya? What have you been doing during the last 3 terms? This is amazing; the people still vote you in for the 4th term.
ReplyDeleteDENGAN keluasan lebih 600 ribu hektar, Kinabatangan merupakan daerah terbesar di Sabah menyamai keluasan negeri Pahang di Semenanjung Malaysia.
ReplyDeleteDaerah itu kini semakin menikmati arus kemajuan sejak Datuk Bung Mokhtar Radin menjadi Ahli Parlimen pada 1999. Bung Mokhtar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkongsi rahsia beliau mampu mengekalkan kerusi dalam tempoh tersebut.
Ikuti juga pandangannya mengenai persediaan Barisan Nasional (BN) Sabah menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta kemungkinan Pakatan Rakyat (PR) untuk menembusi Negeri di Bawah Bayu itu.
ReplyDeleteSepanjang menjadi Ahli Parlimen Kinabatangan sejak 1999, apakah rahsia winnible candidate yang Datuk amalkan untuk kekal menang di kerusi tersebut?
ReplyDeleteBung Mokhtar: Apa yang seharusnya dilakukan wakil rakyat adalah bekerja untuk rakyat. Itulah rahsia yang saya amalkan sejak menjadi Ahli Parlimen pada 1999. Dalam apa hal sekalipun, rakyat menjadi keutamaan dan kebajikan mereka perlu dijaga sebaiknya. Apatah lagi, saya mewakili penduduk di sebuah daerah yang besar seperti Kinabatangan. Hendak melawat lebih 100 kampung di sini saja perlu mengambil masa 25 hari tanpa henti. Namun, itu bukan halangan untuk saya turun padang bertemu rakyat dan menyelami permasalahan mereka. Sepanjang 14 tahun bergelar Ahli Parlimen, boleh dikatakan saya sudah kenal dengan hampir semua penduduk di sini. Mungkin penduduk Kinabatangan menilai kesungguhan itu dan seterusnya memberi ruang untuk saya terus berkhidmat.
Apa perubahan yang telah Datuk bawa sepanjang menjadi wakil rakyat di Kinabatangan?
ReplyDeleteBung Mokhtar: Tidak dinafikan, sebelum ini kawasan Kinabatangan agak ketinggalan dan mundur. Namun, sejak diberi peluang untuk menjadi Ahli Parlimen, saya telah cuba melakukan yang terbaik untuk semua penduduk.
Pelbagai langkah proaktif dilakukan untuk memajukan Kinabatangan termasuk sentiasa berhubung dengan agensi pusat seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Ini penting bagi memastikan setiap masalah rakyat yang diketengahkan dapat menemui penyelesaian. Ternyata, kelantangan saya menyuarakan hak penduduk telah mendapat perhatian kerajaan. Sehingga kini, Kinabatangan antara daerah yang mendapat peruntukan pembangunan paling banyak.
Dalam pemilihan calon PRU13, adakah Datuk lihat Umno atau Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mencari formula kemenangan pada setiap calon yang akan dipilih nanti?
ReplyDeleteBung Mokhtar: Untuk PRU kali ini, saya nampak Pengerusi BN telah memilih calon yang berwibawa. Sudah tentu beliau ada menetapkan kriteria yang meliputi pelbagai faktor. Siapa juga calon yang akan dipilih nanti, kita pasti akan memberi sokongan yang padu dan menerima dengan hati terbuka.
Pada pendapat Datuk, adakah BN Sabah mampu menang selesa nanti?
ReplyDeleteBung Mokhtar: Kalah menang itu perkara biasa dalam pilihanraya dan kita jangkakan mungkin akan hilang satu atau dua kerusi. Tetapi, dari segi keseluruhannya saya yakin BN dapat mengekalkan kuasa di Sabah. Selama ini, kita telah melihat sokongan padu rakyat pelbagai bangsa kepada BN.
Sokongan ini nampaknya berterusan dengan pelbagai agenda pembangunan yang kita lakukan untuk rakyat. Tapi kalau kita hendak terus menjadi kubu kuat BN, wakil rakyat perlulah mengikis sikap malas.
Kita juga masih memerlukan sentuhan untuk pertingkatkan prestasi. Selain daripada itu, faktor pengundi nampaknya masih berpihak kepada BN.
Dalam isu politik di Sabah, sejak Datuk Seri Lajim Ukin (bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) keluar daripada BN, sebilangan rakyat mula percaya akan berlaku sesuatu di Sabah dalam PRU13 nanti, adakah ini benar?
ReplyDeleteBung Mokhtar: Saya tidak salahkan mereka untuk berfikiran begitu kerana rakyat semenanjung mungkin kurang memahami perbezaan landskap politik di Sabah.
Di Sabah, BN sudah menjadi akar umbi kerajaan yang paling komited.
Sejak Lajim keluar dari BN, memang ada tempiasnya. Namun, saya tidak nampak ada pergolakan dalaman yang akan menjejaskan kekuatan BN dan Umno kerana parti ini sendiri ada kesatuan yang mantap.
Sehingga kini, berdasarkan pemerhatian Datuk, adakah PR sudah berjaya menembusi negeri Sabah?
ReplyDeleteBung Mokhtar: Memang ada usaha mereka ke arah itu tetapi ia seakan tidak menjadi. Saya berani memberi jaminan PR tidak akan dapat memerintah Sabah apatah lagi berharap untuk ke Putrajaya. Tiada ruang untuk mereka di Sabah. Jaminan ini saya beri berdasarkan faktor rakyat sendiri.
Pembangunan di Sabah beransur pulih dan rakyat dapat menikmati sendiri arus perubahan tersebut. Selama ini, kita telah melihat rakyat pelbagai bangsa memberi sokongan padu kepada BN. Bagi mereka, kerajaan yang memberi kemudahan itulah kerajaan yang ingin mereka kekalkan.
Agenda di Sabah ialah agenda politik pembangunan dan rakyat tidak akan sewenang-wenangnya terpengaruh dengan dakyah PR. Kita dalam BN tidak akan memberikan harapan yang luar biasa kepada pengundi, tetapi kita menjanjikan masa depan yang lebih cemerlang. Ini berbeza dengan PR yang hanya tahu menabur janji yang sukar untuk ditepati. Misalnya, mereka berjanji memberi pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi ini semua adalah janji politik yang tidak rasional.
Dalam isu Pas, adakah dengan isu kalimah ALLAH dan pengguguran Nasharudin Mat Isa akan menjadi faktor kurangnya sokongan penyokong Pas terhadap parti itu? Sejauh mana ini akan membantu BN untuk kekal di Putrajaya?
ReplyDeleteBung Mokhtar: Bukan Pas saja, tetapi saya lihat PR kini seolah-olah sudah hilang arah tujuan mereka. Kebanyakan tindak tanduk mereka kebelakangan ini semakin huru-hara. Dalam isu kalimah ALLAH, Pas seakan terjerat apabila ada pemimpin tertingginya yang menyokong kenyataan DAP. Bagi saya, ini merupakan petunjuk daripada ALLAH SWT untuk rakyat menilai sendiri perlakuan pemimpin PR.
Dengan sikap mereka, saya tidak dapat membayangkan langsung PR akan menang PRU13 dan memerintah negara. Malah, saya berpandangan PRU13 bakal menjadi gabungan terakhir pakatan. Sekiranya mereka menang sekalipun, saya jangkakan pakatan tidak akan dapat memerintah dalam jangka masa lama. Ini kerana, dalam pakatan, masing-masing ada kepala sendiri. Dari awal lagi mereka sudah banyak bertelagah dan tidak sependapat dalam pelbagai isu. Kalau sudah memerintah, bagaimana mereka hendak bersatu?
ReplyDeleteBaru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa rakyat perlu ambil serius amaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan menjadi engineer demonstrasi ala Arab Spring di Malaysia bagi menjatuhkan kerajaan, sekiranya beliau kalah dalam PRU akan datang. Apa pandangan Datuk?
Bung Mokhtar: Ini seolah-olah menunjukkan Anwar sanggup menggunakan apa saja pendekatan asalkan dapat memenuhi impiannya. Kenyataan Anwar juga menunjukkan betapa terburu-burunya sikap pembangkang menawan Putrajaya. Selama ini, negara kita hidup aman dalam berbilang kaum. Jadi mengapa perlu ada sikap sedemikian yang hanya akan menimbulkan rasa takut dalam kalangan rakyat. Saya rasa, rakyat kita semakin bijak dan boleh menilai siapa pemimpin yang layak dipilih mentadbir.
Adakah BN mampu kekalkan negeri sedia ada dan rampas negeri yang ditadbir PR?
ReplyDeleteBung Mokhtar: Kita akui, PRU kali ini lebih sukar berbanding sebelumnya. Saya katakan lebih sukar kerana kita boleh melihat usaha pihak lawan yang nampaknya bersungguhsungguh berkempen untuk memenangi hati rakyat. Dalam pada itu, kita juga tidak mahu lagi rakyat di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang terus menderita di bawah pimpinan pakatan. Kali ini, kita telah memperkukuhkan jentera di negeri-negeri tersebut.
Di pihak BN, kita telah meneliti segala kesilapan dalam PRU yang lalu agar tidak diulangi lagi kali ini. Terdapat kekalahan calon BN dalam PRU12 hanya berpunca daripada masalah kecil yang telah dikenal pasti. Kita juga sudah mencari jalan penyelesaiannya. Dari semasa ke semasa kita mendapatkan maklum balas daripada jentera agar setiap kelemahan dapat diperbaiki. Dengan segala persiapan rapi ini, tidak mustahil BN akan kembali merampas empat negeri itu di samping mengekalkan negeri sedia ada.
Sejauh mana Datuk lihat gerak kerja PM sejak mula pegang jawatan itu, mampu diterjemahkan kepada sokongan pengundi dalam PRU13? Adakah rakyat sedar akan usaha itu?
ReplyDeleteBung Mokhtar: Saya melihat ada satu keterampilan yang ada pada PM yang disenangi oleh masyarakat pelbagai kaum, terutamanya golongan muda. Saya sendiri ada menemui pelbagai blog dan laman sosial yang tidak menyukai BN. Namun, di sebalik itu mereka menyatakan sokongan padu terhadap PM. Ini bermakna, usaha PM selama ini mendapat perhatian yang wajar daripada masyarakat.
Sekarang, ramai bercakap mengenai isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah. Sejauh mana isu ini boleh memberi kesan kepada pengundi di Sabah?
ReplyDeleteBung Mokhtar: Saya sememangnya menyambut baik penubuhan RCI bagi menangani masalah berkaitan pendatang tanpa izin di Sabah. PM telah membuat keputusan tepat dengan menubuhkan RCI. Keberanian PM menubuhkan RCI mungkin memberi kesan kepada kerajaan. Tetapi mana-mana negara pun akan mengamalkan sistem yang sama. Setahu saya tiada arahan daripada kerajaan untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing di Sabah. Malah, pegawai yang terlibat juga sudah ditangkap. Saya masih ingat lagi Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) mengarahkan mereka yang terlibat ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri. Bagi saya, isu RCI bukan isu faktor besar yang akan menggugat kepercayaan rakyat Sabah. Rakyat harus maklum bahawa tujuan RCI ini bukan untuk menidakkan tetapi menyelesaikan. Cuma, PR cuba mengambil kesempatan dengan memperbesarkan isu RCI tetapi kekangan itu dapat diatasi.