Search This Blog

Monday, December 23, 2013

PKR Tenom tidak ikhtiraf perlantikan Adris Taripin selaku ketua penyelaras

TENOM - Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Dzulkifli Gunsika (gambar), menegaskan bahawa meskipun cabang parti itu menerima keputusan baru Majlis Pimpinan Negeri (MPN) melantik Masdin Tumas selaku pemangku Ketua Cabang (KC) namun perlantikkan Adris Taripin selaku Ketua Penyelaras disini menjadi kesangsian dan mengelirukan.

Beliau berkata, MPN perlu rasional dalam membuat perlantikkan kerana fungsi dan peranan yang terletak antara KC dan Ketua Penyelaras merupakan seakan akan ada persamaannya menyebabkan terdapat pertindihan kuasa diperingkat cabang.

“Saya mahu mengulangi kenyataan saya sebelum ini bahawa kita tidak mahu PKR menjadi bahan ketawa oleh masyarakat sekeliling khususnya di cabang Tenom kerana melantik pemimpin mengikut pintu belakang....tidak mematuhi perlembagaan parti.

“Kini mereka mengulanginya (kesilapan) lagi! Kita tidak kesah pun jikalau MPN melantik berpuluh jawatan untuk Adris Taripin dibahagian atasan tetapi apa yang penting perlantikkan Masdin Tumas selaku KC disini harus diberi kepercayaan mentadbir parti itu mengikut kuasa yang ada mengikut perlembagaan parti.

“Kita menyuarakan ini demi membetulkan keadaan supaya keyakinan rakyat terhadap perjuangan PKR terus mendapat sokongan mantap dan padu,” tegas Dzul.

Selain itu, Dzul menggesa pihak MPN agar lebih berhati hati dalam meletakkan keyakinan kepada seseorang pemimpin yang dianggap boleh dipercayai kerana perwatakan serba serbinya yang baik namun disebaliknya merupakan umpama makhluk perosak segala tanaman.

Dzulkifli yang juga merupakan bekas wakil calon kepada Masdin Tumas calon PKR Parlimen Tenom semasa pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) berkata demikian pada Jumaat sebagai mengulas laporan media baru baru ini berhubung penyusunan semula beberapa kawasan cabang PKR diseluruh Sabah termasuk cabang PKR Tenom.

Sebelum itu, selepas PRU13, MPN telah melantik Adris Taripin selaku KC PKR Tenom menggantikan Halik Zaman yang telah keluar parti itu disaat saat akhir menjelang penamaan calon PRU13 ekoran perselisihan faham politik dengan pucuk pimpinan.

Bagaimana pun perlantikkan Adris ditentang hebat beberapa pemimpin cabang khususnya Masdin Tumas (Timbalan KC), Dzulkifli Gunsika (Naib KC) dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Jamain Kalasang yang menyifatkan Adris sudah keluar PKR sebelum PRU13.

No comments:

Post a Comment