Search This Blog

Sunday, February 23, 2014

“Sabah BN Leaders Need to Be Bold and Brave – STAR”

KOTA KINABALU - “Sabah BN leaders, whether elected as the people’s representatives or not in the recent general elections should be braver in speaking up on Sabah rights.  Its time they realize that Sabah does not really need to rely on Malaya in any aspect, and in fact, Malaya needs Sabah more” urged Jalibin Paidi, STAR Sabah Information Chief, in response to the recent statement by Upko’s Secretary General.

Being afraid, intimidated and too careful in pushing on Sabah rights does not augur well for Sabah.   Malayan leaders will remain comfortable and continue to ignore such calls and consider that Sabahans are not serious enough in seeking justice on their rights.

“For example, when Sabah leaders admit Sabah as BN’s fixed deposit, Malayan leaders will continue to ignore and treat Sabahans with impunity as stepchildren as can be seen in the discriminatory federal flood aid recently.   When the floods hit the Peninsula, 1-Malaysia was in the news with all sorts of flood aid pouring in.   On the other hand, the Sabah floods was not given the adequate news coverage and the flood aid was virtually nothing in comparison” added Jalibin.

He also did not agree with Donald’s statement that Sabah was not assured of security in the event of separation from Malaysia.

"It is not our intention to secede from the Federation of Malaysia.   But if Malaya and the federal government still refuses to fulfill the promise that Sabah is equivalent to Malaya, why is it that Sabah has no right to demand secession?”

All the terms as set forth in 20 –Points that were pre-conditions for Sabah to merge and form Malaysia and Article VIII of the Malaysia Agreement 1963 must be respected and implemented by the federal government.  If not, sentiments for separation will continue to rise, especially among the younger generation in Sabah.   Making fearful of security as an excuse to close the shortcoming will only send signals to the leaders of Malaya that Sabah are not eager enough to re-claim their rights" said Jalibin again.

For the record, one of the reasons that induced Sabah to form Malaysia was the factor of security threats from the Philippines and Indonesia. But what happens now, for the sake of political interests, Filipinos and Indonesians were given ICs and rights to vote.    Instead of being a mere threat, they have now become part of the local population.

Regarding the issue that Sabah needs to restructure its financial and economic position, “Datuk Donald should have viewed it more as a golden opportunity rather than being negative as seeing it as a huge problem” opined Jalibin.

"Even if it gets autonomy alone, Sabah should be getting 70% of its oil revenue.  Sabah will also get 40% of the revenue of federal tax and non-tax generated from Sabah.    Sabah's total revenue a year is not less than RM40-RM50 billion.    Imagine the rapid development that Sabah will enjoy with this big budget compared to the RM4 billion budget right now" stressed Jalibin.

When Sabah BN leaders continue to be soft and fail to speak up for the interests of Sabah, then Sabah will forever be a goldmine for Malaya to plunder.

Versi BM --------------------------------------------

“Pemimpin BN Sabah Perlu Berani – STAR”

KOTA KINABALU - “Para pemimpin BN Sabah, sama ada yang telah terpilih atau tidak terpilih sebagai Wakil Rakyat dalam pilihan raya umum lalu digesa lebih berani bersuara berkaitan hak Sabah.   Sudah sampai masanya mereka menyedari bahawa Sabah sebenarnya tidak perlukan Malaya dalam aspek apa pun, dan malah, Malaya sedang amat memerlukan Sabah sekarang.     Gesaan ini dibuat oleh Jalibin Paidi, Ketua Penerangan STAR Sabah, sebagai mengulas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Donald Mojuntin, Setiausaha Agung UPKO.

Menjadi takut, dan terlalu berhati-hati membuat desakan tidak memberi kebaikan kepada Sabah. Pemimpin Malaya akan terus selesa dan anggap Sabahan tidak dalam terdesak dan tidak serious menuntut keadilan.
Sebagai contoh, bila pemimpin Sabah akui Sabah sebagai “Fixed Deposit” BN, pemimpin Malaya dengan sewenang-wenangnya menganak-tirikan Sabah seperti bantuan kepada mangsa banjir baru-baru ini.    Apabila Semenajung dilanda banjir, 1-Malaysia diwar-warkan tentangnya, bantuan mencurah-curah datang. Sebaliknya bila Sabah dilanda banjir, berita hanya tersiar sehari kemudian dan bantuan juga tidak setanding di Malaya" ujar Jalibin lagi.

Beliau turut tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Donald bahawa Sabah tidak terjamin dari segi keselamatan jika berpisah dari Malaysia.
"Bukanlah niat kita untuk berpisah dari Persekutuan Malaysia.    Tapi jika Malaya and kerajaan Persekutuan tetap enggan tunaikan janji bahawa Sabah ini setaraf dengan Malaya, mengapa Sabah tidak berhak menuntut pemisahan?

Semua 20 terma seperti tertulis dalam 20-Perkara yang merupakan pra-syarat Sabah bersetuju bergabung membentuk Malaysia dan Artikel VIII dalam Perjanjian Malaysia 1963 mesti dihormati dan dilaksana oleh kerajaan Persekutuan.  Jika tidak, pasti sentimen berpisah akan terus meningkat, terutama anak muda di Sabah.   Mencari alasan keselamatan untuk menutup kepincangan hanya memberi isyarat pada pemimpin Malaya bahawa Sabah kurang kesungguhan menuntut hak mereka" ujar Jalibin lagi.

Sebagai rekod, salah satu sebab mendorong Sabah bergabung membentuk Malaysia ialah faktor ancaman keselamatan dari Filipina dan Indonesia.  Namun apa yang kini terjadi, demi untuk kepentingan politik, rakyat Filipina dan Indonesia sebaliknya diberi kerakyatan dan IC dengan hak mengundi.   Daripada ia hanya berbentuk ancaman, kini mereka menjadi sebahagian dari penduduk Sabah.

Menyentuh soal Sabah terpaksa mengstrukturkan semula kewangan dan ekonomi andai berpisah dari Malaysia, Jalibin mengulas bahawa Datuk Donald lebih melihat masalah berbanding peluang keemasan yang bakal terhidang.

"Jika Sabah mendapat hak autonomi sahaja pun, hasil minyak Sabah sepatutnya 70% milik Sabah.   Sabah juga akan berhak menerima 40% daripada hasil cukai dan bukan cukai yang dipungut dari Sabah. Jumlah keseluruhan hasil Sabah setahun adalah tidak kurang dari RM40-RM50 bilion.   Bayangkan kepesatan pembangunan yang Sabah nikmati dengan budget sebesar itu berbanding budget sekitar RM4 billion sekarang" ditegas Jalibin.

Apabila pemimpin BN Sabah terus berlembut dan gagal bersuara untuk kepentingan Sabah, maka selamanya Sabah akan menjadi sumber kaya Malaya mengaut hasil semata-mata.

2 comments:

  1. Be Bold and Brave even in business can start airline services or many other financial corporate like bank etc etc....!
    Why turn to other as JV as seen in private medical hospital?Dare you to take up but rather not blaming other unless you can't do it?
    All about $$$.....can you afford to invest?

    ReplyDelete
  2. 1."Sabah sebenarnya tidak perlukan Malaya dalam aspek apa pun."
    O ya kah?Petrol Kiosk syarikat Sabah pon tidak nampak.Apa lagi mahu bertanggung para bekalan yang lain tu?

    2."Menjadi takut, dan terlalu berhati-hati membuat desakan tidak memberi kebaikan kepada Sabah."
    O betul sampai penerbangan untuk pelanggang tempatan dari daerah ke daerah dalam pon tidak mampu diberi oleh syarikat penerbangan Sabah diri sendiri. Bila mimpi terjadi ni?

    ReplyDelete