Search This Blog

Sunday, March 2, 2014

SPRM perlu siasat punca pusat Giatmara Tenom terbengkalai

TENOM - Kerajaan khususnya Kementerian Kemajuan Pembangunan Luar dan Wilayah (KKLW) digesa agar mengambil perhatian serius masalah yang dihadapi pembinaan Pusat GiatMara diTenom yang berharga RM3.7 juta dilaporkan mengalami dua kali terbengkalai pada sebelumnya.

Langkah langkah lain terutamanya pengawasan ketat oleh pihak bertanggung jawab perlu dijalankan agar sasaran jangka siap pada Januari 2015 sepertimana ditegaskan Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi baru baru ini tepat dan tiada perubahan.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Masdin Tumas (gambar), ketika memberitahu pemberita pada Sabtu, sebagai mengulas masalah yang dihadapi Pusat GiatMara disini yang gagal disiapkan mengikut jadual yang sepatutnya pusat itu siap sepenuhnya pada tahun 2012.

Walhal, pusat itu yang dibina sekitar tahun 2009 hanya mengambil masa dua tahun untuk disiapkan tetapi pada sebaliknya sehingga kini keadaannya masih berlegar legar belum disiapkan malah mengalami dua kali terbengkalai, tegas Masdin.

"Saya sangat bersetuju kenyataan MP Tenom Datuk Raime bahawa Pusat GiatMara ini amat penting untuk melahirkan modal insan berilmu dan berinovasi, sebaliknya pelajar pelajar kita kini masih ditempatkan belajar disuatu kawasan yang serba kekurangan yang tidak kondusif kepada modul pembelajaran mereka seharian.

"Bagaimana kerajaan mampu menunaikan janji mereka sebelum ini untuk melahirkan modal insan kelas pertama jika pelajar pelajar terpaksa belajar pada suatu kawasan kuliah yang hampir serupa dengan kandang lembu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Masdin turut kecewa dengan sikap sambil lewa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang didakwanya tidak serius menangani masalah pembelian tapak baru SK Kalang apabila tapak sekarang sering dilanda banjir sejak tahun 2007 lagi.

Malahan, kerajaan khususnya KPM telah pun bersetuju dengan pembelian tanah untuk tapak baru sekolah tersebut dan difahamkan pelaksanaannya telah pun tersenarai didalam RMK-9 tetapi sehingga kini tiada tanda tanda ianya akan bermula, tegas Masdin.

"Situasi di SK Kalang amat genting dan seharusnya tindakan segera perlu dilakukan kerana selagi keadaannya berterusan sehingga sekarang ianya akan menjejas pembelajaran pelajar pelajar sekolah disitu.

"Difahamkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah telah diberikuasa autonomi meluluskan projek pembangunan tidak melebehi RM5 juta untuk pembangunan sekolah seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin baru baru ini....kenapa tidak gunakan kuasa itu,” tegas beliau lagi.

Oleh: Mail Mathew

No comments:

Post a Comment