Search This Blog

Sunday, March 2, 2014

Star: “Don’t Stop At Manggatal" “Jangan Berhenti Sahaja Dengan Manggatal "

KOTA KINABALU - "The proposal of DSP Masidi to revert the name of Menggatal to its original Manggatal is appropriate in terms of history and local characteristics of Sabah and ought to be fully supported” said Paidi Jalibin, STAR Sabah Information Chief, who was also an opposing candidate to Masidi in DUN Karanaan in the last elections.

Jalibin also said that Datuk Abidin Madingkir, the Mayor of Kota Kinabalu also ought to be commended for taking the appropriate action to consider Masidi’s proposal.

However, the proposal to use local names to highlight the local characteristics and uniqueness of Sabah should be extended to the whole of Sabah and should not stop at Manggatal name change or restricted to Kota Kinabalu as in the limited jurisdiction of the Mayor of Kota Kinabalu.

"The name of a place is usually born by history or the myth of the local people.   Maybe the name Menggatal is adapted to following the official correct Malay spelling but it carries a less attractive intent.   Using the name Menggatal will also cause it to depart from its original history and local myth and also does not reflect the true identity of the local community living there "said Jalibin.

Consistent with the reversion to its original Manggatal name, the names of local institutions and other places there should be considered to be changed as well.     For example, SMK Bandaraya should be changed to its original name of SMK Manggatal, which has its own history and many illustrious students.

Jalibin also proposed that the road-naming committees in each District should adopt Masidi’s proposal. According to him, all schools, street names or the name of the villages need to be named in accordance with the local community particularly its original names which have local Sabah characteristics.

"I would also wish to propose that the name of SMK Mat Salleh in Ranau should be re-named after local leaders like SMK Ghani Gilong.    If not in Ranau, there is no better place to record the appreciation of Tan Sri Ghani Gilong’s contributions.   For the record, Tan Sri Ghani Gilong who hails from Ranau was amongst the pioneers who pursued Sabah’s independence alongside Tun Mustapha and Tun Fuad.

“Likewise, the names of the villages in Kundasang should revert to their original Dusunic names as the local inhabitants are mainly Dusun.    It is inappropriate and confusing to give unfamiliar names like Lembah Permai or Permai Valley which not reflect the local Dusun inhabitants” added Jalibin.

Masidi’s proposal also received the support of Hasmin Azroy Abdullah, who is Jalibin’s colleague and  STAR Sabah’s Wiramuda Chief.

Azroy also suggested that DSP Masidi as Minister responsible for the tourism portfolio should use his power and position to lead the efforts to re-name places throughout Sabah and not hope to rely on other authorities.   He should chair a Cabinet Committee tasked with such duties.  The task of implementing the name changes can then be assigned to the local authorities.

Many villages appear to be named inappropriately and according to whims and fancies such as Kg. Contoh or Model Village.   This does not reflect the local culture and history or Sabah characteristics.

"The re-naming with local characteristics and unique features of Sabah, our beloved Sabah homeland will have its own uniqueness that Sabahans can be proud of.  It will also contribute to the tourism attractions of Sabah" added Azroy.

Versi BM -----------------------------------------

“Jangan Berhenti Sahaja Dengan Manggatal - STAR”

KOTA KINABALU - "Cadangan DSP Masidi agar Menggatal dinamakan semula sebagai Manggatal adalah tepat dari segi sejarah dan ciri setempat Sabah dan harus disokong dengan sepenuhnya" kata Jalibin Paidi, Ketua Penerangan STAR Sabah dan juga merupakan lawan DSP Masidi di DUN Karanaan pada pilihan raya yang lepas.

Jalibin juga mengatakan bahawa Datuk Abidin Madingkir, Datuk Bandar Kota Kinabalu juga harus dipuji sebab bertindak  tepat untuk akan mempertimbangkan cadangan Masidi itu.

Akan tetapi cadangan menggunakan nama tempatan yang membawa dan menonjolkan ciri dan keunikan Sabah harus diperluaskan ke seluruh Sabah dan tidak patut dihadkan di Manggatal atau Kota Kinabalu sahaja seperti dihadkan bidangkuasa Datuk Bandar Kota Kinabalu.

"Nama suatu tempat biasanya lahir berdasarkan sejarah atau mitos orang setempat.   Mungkin nama Menggatal itu disesuaikan dengan ejaan Bahasa Melayu yang betul, tapi membawa maksud yang kurang menarik.   Nama Menggatal juga akan menyebabkan nama itu lari dari sejarah dan mitos, juga menyebabkan nama itu tidak dapat memberi gambaran masyarakat mana yang mendiami tempat itu" ujar Jalibin.

Selari dengan penukaran nama kepada Manggatal yang asal, institusi dan tempat lain juga harus dipertimbangkan dan ditukar nama juga.   Misalnya SMK Bandaraya harus dikembalikan nama kepada SMK Manggatal yang asal yang mempunyai sejarah sendirinya dan ramai tokoh daripada bekas pelajarnya.

Jalibin juga turut mencadangkan agar semua Jawatan Kuasa Penamaan Jalan di setiap daerah menyahut cadangan Masidi.    Menurut beliau, semua sekolah, nama jalan atau nama kampung, perlu dinamakan sesuai dengan masyarakat yang mendiami tempat itu, khasnya, yang mempunyai nama-nama asal yang bercirikan Sabah.

"Saya suka mencadangkan juga agar nama SMK Mat Salleh di Ranau ditukar kepada nama tokoh tempatan dI Ranau, misalnya SMK Ghani Gilong.  Kalau bukan Ranau, di mana lagi kita beri penghargaan untuk jasa-jasa Tan Sri Ghani Gilong.    Sebagai rekod, Tan Sri Ghani Gilong yang berasal dari Ranau adalah antara tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan Sabah, sebaris dengan Tun Mustapha dan Tun Fuad.

Begitu juga, nama-nama kampung di Kundasang ditukar semula kepada nama asli Dusun sebab penduduknya adalah orang-orang Dusun.  Adalah mengelirukan bila kampung itu dinamakan umpamanya Lembah Permai, tapi ia dihuni oleh orang-orang Dusun" ujar beliau lagi.

Cadangan Masidi juga menerima sokongan daripada Hasmin Azroy Abdullah, rakan seperjuangan Jalibin, yang juga merupakan Ketua Wiramuda STAR Sabah.

Azroy juga mencadangkan agar DSP Masidi selaku Menteri bertanggungjawab dengan portfolio kebudayaan harus guna kuasa dan kedudukannya untuk menerajui usaha penukaran nama di seluruh Sabah dan tidak mengharapkan tindakan pihak berkuasa lain. Beliau harus mempengerusikan suatu Jawatankuasa Kabinet untuk tugas tersebut. Pelaksanaan cadangan penukaran bolehlah ditugaskan kepada jabatan kerajaan tempatan yang berkenaan.

Banyak kampong dengan nama yang tidak berkesesuaian dan diwujudkan sesuka hati seperti Kg. Contoh dan sebagainya.  Ini tidak menggambarkan sejarah dan budaya masyarakt setempat atau bercirian Sabah.

"Dengan penukaran nama yang mempunyai ciri dan keunikan Sabah, tanahair yang tercinta kita ini akan mempunyai keunikan tersendiri yang boleh dibanggakan oleh bangsa Sabah kita sambil menyumbang kepada tarikan pelancong di Sabah" tambah Azroy.

2 comments:

  1. macamana dengan motunggung dan pinavantai..???? tak ubah balik kah...

    ReplyDelete
  2. Fully support! Change all Malayan names of places and street etc in Sabah to original Sabah names!

    ReplyDelete