Search This Blog

Friday, May 2, 2014

NGO buat laporan polis terhadap 'pembawa masalah'

Pada masa lain, tiga badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis terhadap Presiden Perkasa itu dengan menyifatkan bekas ahli parlimen Pasir Mas itu sebagai ‘pembawa masalah’.

Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPIM), kelab sosial dan rekreasi Bundu Tuhan Ranau serta kelab sosial dan rekreasi Kampung Kaung Kota Belud membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bandar Karamunsing semalam.

Presiden BoPIM, Daniel John Jambun berkata mereka menggesa pihak berkuasa melarang Ibrahim dan ahli-ahli Perkasa, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) serta Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) masuk ke negeri di bawah bayu itu.

“Kami mahu pihak berkuasa melarang Ibrahim memasuki negeri ini kerana kita tidak berminat dengan falsafahnya dan percaya ideologi beliau akan menyebabkan keretakan kaum di negeri ini.

“Beliau juga memecahbelahkan rakyat Sabah yang selama ini hidup dengan aman dan damai dan khuatir ahli politik dari semenanjung akan membawa polarisasi kaum ke Sabah dan Sarawak.

“Jadi adalah wajib untuk ketua menteri dan setiausaha kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Imigresen menyenaraihitamkan Ibrahim, Pekida dan Isma menjejakkan kaki ke Borneo,” lanjut beliau.

Jika pihak berkuasa gagal menjalankan tanggungjawab seperti yang diharapkan rakyat Sabah, pihaknya tiada pilihan kecuali membawa kes itu ke mahkamah, tegas Daniel.

Oleh William Mangor

No comments:

Post a Comment