Search This Blog

Friday, May 2, 2014

Perkasa tidak diterima di Sabah

Ahli politik dari Semenanjung akan membawa polarisasi kaum ke Sabah dan Sarawak

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah melahirkan kekecewaan terhadap seorang penyanyi tempatan Sabah iaitu Jimmy Palikat yang menyertai Umno dan Perkasa.

Jimmy yang popular lagu ‘Tanak Kampung’ dan berasal dari daerah Tambunan pada 28 April lalu telah menghantar borang untuk menjadi ahli Perkasa di Pejabat Biro Perkasa.

Bagaimanapun, penyertaaan Jimmy ke dalam Perkasa ternyata tidak disenangi oleh peminat-peminat setianya.

“Orang Sabah tidak sokong kemasukan Perkasa tetapi beliau pula yang bersemangat masuk Perkasa,” ujar Ewen Tii.

Asyiried Asrine pula berkata, “Perkasa menerima kemasukan Jimmy sebab mereka fikir peminat beliau akan sokong Perkasa tetapi mereka salah, sokongan jadi benci.”

Sementara itu, Jame Maradan menambah, “Kalau kerana kelansungan seni kenapa beliau masuk Perkasa, banyak persatuan lain yang memperjuangkan kepentingan artis.”

Menurut sumber, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataannya berkata Perkasa akan mendesak kerajaan untuk serius dan komited membantu menyelesaikan isu yang berkaitan dengan penggiat seni tanah air.

“Penggiat seni adalah proses yang membentuk bangsa negara ini, jadi bukan sahaja pembelaan malah ganjaran juga perlu setimpal,” katanya dan mengulas bahawa Biro Kesenian dan Warisan Pribumi Perkasa diwujudkan sebagai medium untuk para penggiat seni ini mendapatkan hak mereka.

Oleh William Mangor


No comments:

Post a Comment