Search This Blog

Friday, July 10, 2020

ADUN BINGKOR JAWAP FITNAH CYTRO

Kota Kinabalu 9hb Julai 2020 : Adun Bingkor YB Robert Tawik dalam kenyataannya berkata, pihak lawan akan mencuba berbagai cara untuk menimbulkan wasangka dikalangan rakyat, apatah lagi pada masa sekarang kerajaan negeri begitu tertekan kerana menjadi pembangkang di peringkat persekutuan. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas fitnah yang tular di media sosial. "saya tidak akan meninggalkan Parti StarSabah, untuk apa? Di saat StarSabah mempunyai peluang untuk melakukan sesuatu kebaikan di Sabah? Usah percaya kenyataan yang bukan keluar dari mulut saya sendiri" kata beliau lagi. 

Menurut kenyataan yang tular di media itu, kononnya Adun Bingkor YB Robert Tawik bakal meninggalkan STARSabah kerana rasa tertekan dan serba salah atas desakan demi desakan oleh ahli-ahli STARSabah yang tidak bersetuju dengan keputusan Presiden Parti DDJK berkerjasama dengan TS Musa Aman selepas PRU14 , “ADALAH TIDAK BENAR”


YB Robert Tawik sendiri telah menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi terhadap Presidan STARSabah dan menyokong tindakan YB DDJK berkerjasama dengan TS Musa Aman membentuk kerajaan negeri Sabah ketika itu setelah pensyaratan yang dikemukakan oleh Datuk Jeffrey diterima oleh TSMA sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan negeri Sabah yang akan dilaksanakan.

Namun sayangnya, seperti yang kita sedia maklum kumpulan WARISAN-PH telah berusaha sedaya upaya untuk merampas kuasa, dan akhirnya berjaya memujuk UPKO membantu mereka membentuk kerajaan pintu belakang bertongkatkan Perlembagaan Perak yang membelakangkan Perlembagaan Sabah. Kerana tanpa TSMA meletak jawatan terlebih dahulu sebagai ketua menteri pertama, ketua menteri kedua dari WARISAN-PH-UPKO telah dilantik oleh TYT.

Tapi apa yang amat mengecewakan selepas itu ialah dasar yang mereka laksanakan bertentangan sekali dengan kehendak atau kemahuan Orang Sabah. Contohnya operasi pumpboat dan sistem barter yang telah diharamkan oleh kerajaan terdahulu untuk mengekang kemasukan PTI ke Sabah, telah dihalalkan semula dalam kerajaan WARISAN-PH-UPKO.

PTI diberikan pemutihan dengan dokumentasi dan penggazetan penempatan setinggan atas air yang dikhuatiri majoriti penduduknya adalah PTI sebagai satu perkampungan yang sah.

YB Robert Tawik juga menyatakan beliaulah orang yang sangat menyokong keputusan YB DDJK sehingga tertubuhnya PN. Tuduhan kononnya beliau
ditugaskan oleh YB DDJK untuk memujuk ahli-ahli STARSabah yang kononya sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan beliau adalah tidak betul.

Dakwaan kononnya DDJK sering membuat keputusan sendiri tanpa bertanya pandangan ahli terlebih dahulu dengan membuat keputusan sendiri menyertai Perikatan Nasional PN demi mendapat jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya adalah sama sekali tidak betul.

Seperti yang kita lihat, penyertaan Yb Datuk Dr Jeffrey dalam PN telah membuka peluang untuk menjayakan Agenda Borneo dengan wujudnya portfolio khusus Kementerian Hal Ehwal Sabah Sarawak di Jabatan Perdana Menteri.

Apa yang kita lihat sejak kebelakangan ini, STARSabah semakin diancam semakin mengancam dengan penyertaan ahli-ahli baru yang semakin menyedari dan semakin yakin dengan dasar perjuangan yang sebenar.

1 comment:

  1. Terbaik pemimpin seperti ini yang memperjuangkan hak2 orang2 sabah

    ReplyDelete