Search This Blog

Wednesday, October 5, 2011

Pemuda SAPP selamatkan surau dari roboh

Bongawan: Program amal Parti Maju Sabah melalui sayap Pemudanya bersama pemimpin setempat terus diadakan. Kali ini Pemuda SAPP telah berkesempatan membantu penduduk kampung membaiki keadaan surau Kg. Jawa, Ulu Papar di dalam kawasan DUN N.23 Bongawan yang condong akibat struktur tanah yang lemah selain faktor usia surau tersebut. Tindakan segera Pemuda ini telah menyelamatkan surau kampung tersebut daripada tumbang menyembah bumi.

Jamain Sarudin, Setiausaha Penganjur Pusat yang juga Naib Ketua Pemuda Kebangsaan berkata Pergerakan Pemuda telah menerima aduan penduduk kampung 2 minggu lalu, dan meminta kerjasama PZM kawasan berkenaan untuk memantau dan mengkaji keperluan surau bagi memudahkan khidmat bantuan dilaksanakan. Bagaimanapun setelah mendengar laporan penduduk beliau amat terkejut apabila dimaklumkan telah membuat permohonan kepada wakil rakyat berkenaan lebih  2 tahun lalu tetapi sehingga sekarang belum diambil perhatian. Menurutnya lagi Pemuda mengambil pendekatan “Dengar, Lihat dan Selesai” melalui program tersebut.

Pak Dollah mantan Ketua kampung berkenaan berkata permohonan yang dibuat sudah basi dan tiada tindakan serta lawatan dilakukan oleh wakil rakyat mahupun pegawai-pegawainya. Oleh itu, beliau telah meminta bantuan daripada Pergerakan Pemuda SAPP. Menurut Dollah lagi keadaan membimbangkan surau tersebut akan runtuh bertambah serius semasa mengerjakan ibadah tarawih pada bulan ramadhan tahun ini. Bagaimanapun disebabkan tiada alternatif lain setelah permohonan mereka terus dipandang sepi oleh wakil rakyat, maka mereka terpaksa menggunakan juga surau tersebut. Setiap kali mengerjakan solat mereka redha meskipun seperti telur dihujung tanduk.

Jamain yang kesal dengan keadaan itu berkata adalah sepatutnya wakiil rakyat yang mempunyai kakitangan yang ramai telah membuat pemantauan dan membantu segera penduduk kampung tersebut. Beliau bersama dengan Naib Presiden SAPP En. Jaafar Hj Ismail dan Naib Pengerusi CLC Bongawan En. Jamil William Corie serta beberapa AJK CLC telah bersama-sama bergotong royong bersama penduduk dan pemuda setempat. En. Jamil telah mendermakan simen dan batu pasir bagi membolehkan tiang surau itu diperkuatkan. Sementara Jaafar mendermakan kayu untuk mengganti tiang yang reput.

Usaha Pemuda SAPP dan pemimpin setempat ini kemudiannya diraikan di dalam majlis jamuan cara kampung. Menurut Jamain lagi program gotong royong ini sebenarnya dapat memupuk perhubungan dan jalinan baik diantara pemimpin dan penduduk setempat.

18 comments:

  1. Harap ada peruntukan diberikan untuk memperbaiki Surau usang ini.

    ReplyDelete
  2. Adakah ketua kampung yang baru follow up permohonan yang dibuat oleh mantan ketua kampung.

    ReplyDelete
  3. Seharusnya wakil rakyat memberi perhatian & membantu rakyat di dalam kawasan jagaannya.

    ReplyDelete
  4. Tolong-menolong amalan mulia. Bantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Teruskan.

    ReplyDelete
  5. Wakil rakya rajin-rajin main peranan. Silap-silap kena ganti dengan yang baru.

    ReplyDelete
  6. nampaknya SAPP begitu aktif turun padang sekarang. mungkin mereka nak jelajah satu Sabah ni.

    ReplyDelete
  7. perbanyakkan lagi usaha seperti ini. moga2 dapat banyak undian PRU nanti:)

    ReplyDelete
  8. bantuan mereka amat dihargai, harap ia bukan cara untuk memancing undi.

    ReplyDelete
  9. Harap kamu ni boleh tahan lama.
    Kalo tdak bayar upah lama-lama hilang dah semua pulak!

    ReplyDelete
  10. Kerajaan BN UMNO pusat ada janji berjuta juta ringgit peruntukkan,mana sudah? Wakil Rakyat patut terangkan.Jangan makan hak rakyat nanti kena tuntuk diakhirat.

    En Jaffar Ismail bekas Tuan DO kah? Kalau ini orang boleh percaya.Orang orang Semporna masih lagi ingat jasa baik beliau semasa jadi Tuan DO dulu.

    Amad Kusairi
    Mabul

    ReplyDelete
  11. baguslah..harap bantuan yang diberikan dilakukan dengan ikhlas.

    ReplyDelete
  12. harap surau yang usang akan dapat diperbaiki..

    ReplyDelete
  13. Necessary reinforcement is needed to ensure the building is strong enough.

    ReplyDelete
  14. Mr Anipah and Aripin shoud be awared that surau ia about to collapse.They should be either replaced the JKKK for failing to notify them accordingly.


    It all about "bangau oh bangau,mengapa engkau kurus". Dont blame the opposition shoud BN UMNO lose their authority during 13th GE then.


    Gonzales
    Babagon

    ReplyDelete
  15. itu wakil rakyat confirm kena ganti yang baru..

    ReplyDelete
  16. Terima kasihlah kepada SAPP kerana memberikan bantuan kepada penduduk untuk bersama bergotong royong menyelamatkan surau.

    ReplyDelete
  17. Teruskan mendekati hati rakyat sementara sempat ini sebelum PRU13 tidak lama lagi. Rakyatlah penentu untuk mereka.

    ReplyDelete