Search This Blog

Wednesday, November 9, 2011

SAPP lancar Dasar Reformasi Tanah Sabah

Yang menzalimi rakyat hari ini bukan British atau Jepun tetapi kerajaan kita sendiri, kata Yong Teck Lee.

KOTA KINABALU: Parti pembangkang Sabah, SAPP, atau Parti Maju Sabah melancarkan Dasar Reformasi Tanah (DRT) semalam, apa yang disifatkan para pemerhati sebagai langkah parti itu mendapatkan sokongan kaum Bumiputera di negeri yang sedang dilanda pelbagai masalah perebutan tanah adat di banyak tempat.

Presiden SAPP, Yong Teck Lee, dalam ucapannya pada pelancaran DRT, berkata dasar itu akan menjadi pegangan SAPP sekiranya parti berkenaan berjaya mendapat mandat membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya tidak lama lagi.

“Kerajaan kita akan mengembalikan hak rakyat bukan seperti kerajaan hari ini yang melakukan penindasan dan kezaliman kepada rakyat sendiri. Yang menzalimi rakyat hari ini bukan British atau Jepun tetapi kerajaan kita sendiri.

“Syarikat-syarikat yang telah diberi tanah begitu luas hanya mengira untung dan rugi tetapi bagi rakyat Sabah ini bukan soal untung rugi perniagaan tetapi soal hidup, soal kebudayaan dan cara hidup,” katanya.

Dasar berkenaan yang mempunyai 14 poin utama dilancarkan oleh salah seorang Penasihat SAPP, Mohd Noor Mansor, yang pada satu masa adalah Setiausaha Agung Berjaya ketika zaman kegemilangan parti itu memerintah Sabah selama sembilan tahun (1976-1985).

Beberapa ratus orang hadir pada pelancaran itu hari ini adalah terdiri daripada ahli dan penyokong SAPP, mangsa kena rebut tanah, pertubuhan bukan kerajaan seperti Pacos dan UBF (United Borneo Front) dan juga Suhakam yang diwakili Setiausahanya.

Mohd Noor dalam ucapannya antara lain menyebut belum pernah kezaliman seperti membakar rumah dan membakar perkuburan kaum pribumi pernah berlaku di Sabah sejak pemerintahan beradab, tetapi ia sudah berlaku sekarang di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang dikepalai Umno.

“Tanah Sabah ini dikurniakan Tuhan kepada kita rakyat Sabah, bukan dikurniakan kepada orang seberang, kenapa rakyat kita sendiri pula dilayan sebegini rupa,” katanya merujuk kepada tayangan filem sebelum itu yang merakam pelbagai pencabulan terhadap hak tanah adat kaum pribumi di negeri kaya sumber tapi paling ramai orang miskin itu.

Dasar Reformasi Tanah SAPP itu antara lain menggariskan kerajaannya akan menghormati hak asasi anak negeri, mengambil balik tanah-tanah adat yang telah diberi kepada yang tidak berhak kepada pribumi yang berhak, membuka skim tanah penempatan pekebun kecil, memberi keutamaan kepada usahawan tempatan dalam pembangunan tanah komersial, perindustrian dan perumahan, jaminan pelanjutan pembaharuan tempoh tanah bergeran 99 tahun dan 999 tahun dengan opsyen melanjut sehingga 999 tahun geran yang bertempoh 99 tahun sekarang.

Memelihara perkampungan sedia ada dalam kawasan perbandaran, mengekalkan tanah simpanan perkampungan dan perkuburan serta kawasan padang ragut, mengkaji mengubah “geran komunal” balik kepada geran NT sebelum ini, dan mengemas kini pentadbiran tanah.

Yong dalam ucapannya juga berkata rekod kerajaannya pada 1997 menunjukkan bahawa jika kerajaan mempunyai hasrat untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat, ia pasti boleh dibuat.

“Pada 1997, kerajaan masa itu pada tahun itu telah berjaya menyelesaikan 48,000 permohonan tanah termasuk 10,000 adalah geran NT. Ini kita buat dengan menambah komputer dan peralatan di Jabatan Tanah dan Ukur dan stafnya bekerja lebih masa. Jadi ia boleh dibuat jika kita mahu buat,” katanya.

Oleh Luke Rintod FMT

15 comments:

  1. Yang ini saya sokong penuh. Mana sudah itu NGO si Dr. Jeffery tubuh itu? Apa yg dia perjuangkan ? Salute to SAPP.

    Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  2. Berilah SAPP peluang untuk takbir kerajaan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  3. Yong Teck Lee will never be trusted again after what he's done to Sabah.

    ReplyDelete
  4. He is an opportunist who will use Sabah for his own interests.

    ReplyDelete
  5. ini cara SAPP nak dpt sokongan rakyat, dulu masa YTL jadi KM tak ada pula dia perjuangkan tanah.

    ReplyDelete
  6. kita tgklah samada refrmasi SAPP ni berjaya atau tidak.

    ReplyDelete
  7. terserahlah kepada rakyat untuk mempercayai Yong atau tidak..kalau berdasarkan rekod Yong dulu mungkin sukar juga untuk rakyat mempercayainya..

    ReplyDelete
  8. pandai-pandailah rakyat menilai dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  9. sebagaimana dasar2 atau program yang diumumkan oleh pihak kerajaan dianggap sebagai gula2 pilihanraya, begitu juga la dengan dasar yang diumumkan oleh YTL ini..

    ReplyDelete
  10. jelaskan la secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan Dasar Reformasi Tanah itu..

    ReplyDelete
  11. Kalau tanah yang sudah diambil oleh syarikat besar, apa macam? Boleh ditarik balik?

    ReplyDelete
  12. What do you mean by Dasar Reformasi Tanah? How?

    ReplyDelete
  13. kalau ini membantu menyelesaikan isu tanah di Sabah, saya pun sokong juga.

    ReplyDelete
  14. diharap dasar reformasi ini bukan sekadar mengaburi mata rakyat terutama sekarang ni dekat2 PRU.

    ReplyDelete
  15. Nampaknya SAPP banyak merancang sesuatu untuk masalah yang terdapat di Sabah dijadikan sebagai isu politik mereka. Masalah utama seperti Tanah adalah diantara isu yang dimainkan.

    ReplyDelete