Oleh: Ambrose M. Matthew
TENOM: Janji yang sudah ditaburkan kepada rakyat, pastinya rakyat akan menagih janji itu walau pun seribu tahun lamanya yang boleh disamakan dengan perumpamaan “ Janji kerbau berpegang kepada talinya, janji manusia berpegang kepada kata katanya”.
Demikian juga dengan pelbagai janji kerajaan BN yang pernah ditaburkan sejak tahun 2008 lagi dimana antaranya pembinaan pekan kecil Melalap, pelaksanaan program koridor pembangunan Sabah namun janji itu terus lenyap begitu sahaja.
Terbaru, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Adun Melalap Datuk Radin Melalap dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan bertajuk “ New Melalap township on the cards” menceritakan niatnya untuk meneruskan semula janji janji yang pernah dinyatakan sebelum itu.
Persoalannya sekarang, apakah masih lagi rakyat kawasan Melalap yakin dengan janji janji seumpama itu yang pernah ditaburnya sebelum ini? Atau kemungkinan Radin ingin mencuba nasib sekali lagi dengan taktik yang sama pernah dibuatnya sekitar tahun 2008 dengan harapan rakyat akan terpedaya sekali lagi.
Mengapa Radin sanggup memperjudikan nasib masa depan anak anak cucu cicit Melalap sebagai taruhan survival politiknya yang selama ini amat mengharapkan sangat pembinaan pekan kecil Melalap menjadi kenyataan kerana ia merangkumi pembinaan sebuah sekolah menengah, deretan kedai selain pejabat pejabat untuk menempatkan agensi kerajaan.
Bagaimana pun, segala gala kenyataan Radin terus disangkal pembangkang khususnya SAPP Jimmy Jawatah yang menyifatkan kenyataan terbaru Radin itu umpama “ Recycle promises” yang cuba dihidupkannya semula dimata rakyat.
Jimmy turut meminta Radin agar jangan lagi membebankan rakyat daripada terlalu menanggung harapan terhadap janji janji yang pernah dibuatnya itu sejak tahun 2008 hanya kerana ingin menyelamatkan talian hayat politiknya pada PRU13 yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Malahan Jimmy menyifatkan perkhidmatan Radin selama 22 tahun selaku wakil rakyat disini belum pernah menampakkan apa apa pembangunan yang ketara dimata rakyat iaitu berstatus “projek mega” kecuali projek ikan bilis secara kecil kecilan yang langsung tidak memberi kesan limpahan ekonomi yang baik dan memberangsangkan untuk kawasannya.
Hakikatnya, rakyat mempunyai tugasan yang paling penting dalam menentukan talian hayat politiknya semasa PRU13 kerana rakyat adalah ibarat kuasa HAKIM untuk menentukan siapakah yang selayak layaknya harus mereka beri mandat untuk diangkat selaku WAKIL RAKYAT selepas PRU13.
Adalah kerana masa depan untuk lima tahun kehadapan amat penting untuk rakyat menempah kemajuan yang lebih pesat dan membangun seiring dengan kawasan kawasan lain. Sebaliknya mereka tidak mahu nasib masa depan mereka dijadikan sandaran survival politik pihak tertentu semata mata kepentingannya.
No comments:
Post a Comment