Kerajaan Sabah yang baru mesti menghentikan pinjaman RM300
juta yang diluluskan oleh Sabah Development Bank kepada Air Asia kerana SDB
diberi mandat untuk memberikan pembiayaan pembangunan kepada projek-projek di
Sabah dan bukan pada usaha yang berisiko.
Industri penerbangan bukanlah sesuatu yang harus ditanggung
oleh SDB semasa wabak koronavirus. Mana-mana pegawai bank dan pengusaha tahu
apa krisis yang dihadapi oleh industri penerbangan.
