Search This Blog

Thursday, June 30, 2011

Kerajaan tidak telus projek mega saluran paip gas asli

AHLI PARLIMEN Malaysia (Sepanggar), Datuk Eric Majimbun berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak telus mengenai peruntukan sebenar dan perbelanjaan dalam Projek Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP).

Beliau berkata, sehingga ke hari ini Kerajaan BN tidak memberi maklumat terperinci mengenai projek mega itu dengan melindungi jumlah peruntukan sebenar dan perbelanjaan yang telah di buat.

“Pada awalnya Kerajaan BN berkata, peruntukan bagi projek mega itu ialah RM3.2 bilion, bagai manapun saya difahamkan bahawa peruntukan itu telah naik berlipat kali ganda,” kata Eric dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, Perdana Menteri melalui jawapan bertulis pada sidang Parlimen baru-baru ini berkata bahawa setakat ini, 81 peratus daripada 521 kilometer saluran gas projek mega itu telah siap.

Eric turut berkata Perdana Menteri juga memberitahu bahawa hampir 62 peratus peruntukan daripada Petronas telah dibelanjakan.

“Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak menyatakan jumlah peruntukan sebenar,” kata Eric yang juga Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP).

Menurut Eric, Perdana Menteri seterusnya memberitahu bahawa projek mega itu dijangka mula beroperasi pada 2013.

Katanya, Perdana Menteri turut memberitahu bahawa setakat 1 Januari 2011, Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 2 bilion tong yang boleh bertahan selama 33 tahun.

Perdana Menteri turut memberitahu bahawa Sabah juga mempunyai simpanan gas asli sebanyak 12 trilion kaki padu yang boleh bertahan selama 30 tahun.

Eric berkata, keengganan Kerajaan BN memperincikan peruntukan sebenar mengenai projek mega itu menunjukkan bahawa hak rakyat Sabah terhadap sumber yang dikeluarkan di negeri sendiri telah diketepikan.

Katanya, hak rakyat Sabah untuk menggunakan hasil sumber itu untuk keperluan negeri ini untuk menjana tenaga supaya kadar tarif letrik dapat dikurangkan juga telah dinafikan.

Beliau berkata, Kerajaan hanya mementingkan segelintir penyokong BN dan hak rakyat Sabah diketepikan.

Katanya, Kerajaan BN sepatutnya sedar bahawa Sabah adalah negeri yang mempunyai bilangan penduduk miskin di negara ini.

“Laporan yang dikeluarkan agensi kerajaan menunjukkan terdapat 5,988 keluarga miskin tegar di Sabah manakala miskin seramai 30,745 keluarga. Manakala jumlah miskin mudah seramai 14,223 keluarga termasuk 3,203 lagi keluarga.

“Jumlah mereka yang telah mendaftar dengan e-kasih ialah seramai 53,982 keluarga, bagaimanapun masih ramai lagi yang belum mendaftar khasnya rakyat di pedalaman yang hidup kais pagi, makan pagi; kais petang, makan petang,” katanya.

18 comments:

  1. Gas asli ini kepunyaan Sabah, biar Sabah yang uruskan.

    ReplyDelete
  2. Jadi ada cara untuk buat projek ini telus?

    ReplyDelete
  3. Hal ini harus disiasat dan pastikan ia ditanggani dengan baik.

    ReplyDelete
  4. Pihak yang lain pun jangan asyik komplen ja. Bagilah cadangan mcm mana mahu pastikan perkara ini boleh dijalankan dengan telus.

    ReplyDelete
  5. kenapalah gas asli Sabah ni disalurkan ke Sarawak..kan lagi bagus kalau Sabah ada industri gas sendiri. ni nampak macam semua hasil sumber alam Sabah orang luar yang dapat.

    ReplyDelete
  6. setuju dengan paquin..sebaiknya jika memberikan cadangan bagaimana projek dijalankan dengan telus dan bukan hanya mengkritik sahaja.

    ReplyDelete
  7. Sabah dapat habuk laa.

    ReplyDelete
  8. Sebaiknya penjelasan mengenai peruntukkan harus telah diberikan untuk projek mega ini. Mesti diberikan secara terperinci ini untuk memastikan peruntukkan tidak lari untuk projek ini.

    ReplyDelete
  9. Sabah seharusnya mendapt hak dalam Projek Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP).

    ReplyDelete
  10. memandangkan Eric tahu bahawa masih ramai yang belum mendaftar dalam e-kasih, kan lebih baik jika beliau sendiri dapatkan maklumat itu untuk diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya...

    ReplyDelete
  11. Is this true?This matter should be investigated then.

    ReplyDelete
  12. "Kerajaan tidak telus projek mega saluran paip gas asli"

    Hopefully this statement is not true.

    ReplyDelete
  13. Segala belanja atau peruntukan untuk membiayaai projek tiada sebab dirahsiakan dari diketahui rakyat.

    ReplyDelete
  14. Ada negara yang sangat telus sehingga semua mkalumat terperinci belanja atau peruntukan kerajaan boleh didapati dari agensi kerajaan yang bertanggungjawap. Seperti Denmark.

    ReplyDelete
  15. Dalam sejarah manusia, tiada satu kerajaan yang dapat diteruskan tanpa amanah dan keadilan. Tetapi manusia masih mengulangi kesilapan dari masa kesemasa.

    ReplyDelete
  16. Salah satu NKRA ialah ketelusan dan banteras rasuah.

    ReplyDelete
  17. Rakyat berhak mengetahui cara wang rakyat disalurkan.

    ReplyDelete
  18. Lebih baik gas itu diproses di Sabah.

    ReplyDelete