Search This Blog

Tuesday, July 26, 2011

Tawau berhadapan risiko kekurangan sumber ikan laut

TAWAU: Daerah ini berhadapan risiko kemungkinan kekurangan sumber ikan lautnya sendiri apabila 156 nelayan komersil (laut dalam) tidak dapat turun ke laut selagi isu bekalan minyak diesel subsidi yang timbul tidak diselesaikan.

Pengerusi Persatuan Perikanan Tawau (PPT), Arsani Arsat berkata, perkara itu mungkin tidak dapat dielakkan dan mengakui mustahil bagi nelayan-nelayan komersil di daerah ini untuk turun ke laut selagi kuota 900,000 liter bekalan bahan api itu tidak diperolehi.

"Bagaimana kita mahu pergi menangkap ikan sekiranya minyak tiada?, " katanya kepada pemberita di sini kelrnarin sambil menafikan dakwaan yang mengatakan pihak nelayan komersil di daerah ini sedang mengadakan mogok untuk tidak turun ke laut.

Menurut Arsani, insiden terbabit sudah seringkali berulang dan para nelayan komersil di dareah ini mahukan nasib mereka dibela begitu juga dengan nasib lebih 650 anak kapal di dalam sektor tersebut yang turut terjejas ekoran insiden berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), Ko-Nelayan, Jabatan Kastam termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya mengambil tindakan drastik untuk mengatasi isu berkenaan.

"Dalam kes terbaru, tiada kelulusan diberikan untuk membenarkan penghantaran kuota 900,000 liter minyak diesel bersubsidi itu kepada pihak PNK kerana pegawai Kastam yang memiliki kuasa untuk menandatangani dokumen itu dikatakan bermesyuarat ataupun sedang bercuti.

"Masalah sebegini sudah kerap kali berulang. Tetapi kali yang paling kritikal dan teruk. Hari ini sudah masuk hari ke-10 bekalan minyak diesel bersubsidi itu tidak kita terima" katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Tambah beliau, adakalanya kuota minyak diesel yang diperuntukkan setiap bulan (900,000 liter) kepada para nelayan di daerah ini habis pada 23 atau 25 hari bulan dan penghantaran diesel  bersubsidi selepas itu kebiasaannya akan menjadi lambat.

Beliau berkata pihaknya ada Bertanya berhubung permasalahan itu kepada pihak-pihak berkaitan, dan alasan yang seringkali diutarakan oleh pihak terbabit ialah pegawai kastam yang boleh tandatangani dokumen  sedang bermesyuarat atau bercuti.

“Dalam masa sama, kami juga berhadapan risiko kapal ataupun bot karam atau tenggelam walaupun Cuma berlabuh sahaja kerana ketiadaan bahan api. Perlu diingat, bahan api juga diperlukan untuk mengeluarkan air dari dalam kapal ataupun bot,” katanya.

Difahamkan, sektor perikanan komersial (laut dalam) dan pesisir di daerah ini menyumbang sebanyak kira kira 50 peratus kepada bekalan ikan untuk pasaran tempatan, manakala selebihnya lagi dibawa masuk dari semporna dan Kunak.

15 comments:

  1. Mungkin harga ikan akan naik kerana kurang bekalan.

    ReplyDelete
  2. Harap kerajaan akan memberikan balik subsidi diesel kepada mereka.

    ReplyDelete
  3. takkan pada tiada bekalan minyak subsidi sahaja tak nak turun ke laut, jgnlah terlalu bergantung pada Subsidi.

    ReplyDelete
  4. ini pasti akan mempengaruhi perbelanjaan rakyat/pengguna jika ikan dijual pada harga yang mahal.

    ReplyDelete
  5. betul tu junta. nelayan perlu cari alternatif lain. jangan asyik mengharapkan subsidi.

    ReplyDelete
  6. Sebaik-baiknya jangan terlalu bergantung kepada subsidi.

    ReplyDelete
  7. Habislah harga ikan pun akan naik. Tahun ini memang pesta naik harga kah?

    ReplyDelete
  8. Confirm harga ikan naik.

    ReplyDelete
  9. Bulan depan mesti ada lagi harga yang naik ini.

    ReplyDelete
  10. harap masalah yang berlaku akan dapat diatasi dengan segera..

    ReplyDelete
  11. Maksudnya nelayan mogoklah ini kerana masalah subsidi minyak. Ini semua salah para nelayan yang lain juga kerana seludup minyak keluar negara. Kerana kerajaan memberikan subsidi untuk rakyat dan bukannya orang luar. Di sebabkan harga minyak dinegara kita murah berdanding dengan negara jiran sebab itu penyeludupan berlaku. Jadi nasihatilah kawan-kawan nelayan yang berkelakuan demikian.

    ReplyDelete
  12. betul, kemungkinan harga ikan akan naik kerana kurang bekalan di pasaran..

    ReplyDelete
  13. akibatnya, rakyat tempatan juga sengsara..

    ReplyDelete
  14. The government should give subsidies for diesel to these fishermen.

    ReplyDelete
  15. mau buat mogok pun tiada guna, sebab menteri yang bertanggungjawab sudah mengarahkan LKIM supaya membawa masuk ikan import tambahan sekiranya nelayan laut dalam mengadakan mogok.

    ReplyDelete