Oleh : MEDIA USNO.
Merujuk kepada ucapan penutupan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung Tahunan UMNO ke 60 pada 3 Disember 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra; “…namun Saya telah menerima beberapa SMS yang minta saya memberi pengikthirafan kepada Tun Mustapha, Kerana beliau telah bubarkan USNO dan menjadi pengasas kepada UMNO di Sabah…”
Apakah maksud Presiden UMNO membuat kenyataan bersifat tergantung atau sekadar melepas batuk di tangga kepada Tun Mustapha? Sedarkah beliau bahawa para perwakilan telah bangkit memberi tepukan gemuruh sebaik sahaja nama Pemimpin Agong dan hebat dari dari Sabah itu disebut?
Majoriti perwakilan UMNO amat menghargai nama negarawan yang harum dari Sabah itu, walaupun ada pihak yang seolah-olah ingin menutup dan melupakan jasa Allahyarham Tun Mustapha bahawa beliau adalah ‘Bapa Malaysia’ yang mengetuai Perwakilan dari Borneo Utara untuk merundingkan pembentukan Malaysia dan seterusnya menandatangani satu Perjanjian Pembentukan Malaysia yang dikenali sebagai Perjanjian Malaysia agar luput daripada lipatan sejarah dan ingatan rakyat di negara ini.
Apakah selepas sekian lama tinta sejarah yang hendak dikuburkan oleh UMNO yang gah di Sabah dan menjadi penyelamat kerajaan Barisan Nasional pada 2008, hendak diungkit semula bagi menyelamatkannya sekali lagi di Negeri Sabah?
Apakah dengan menyebut dan mengiktiraf Tun Mustapha (walaupun nampak tidak ikhlas) Presiden UMNO boleh memberikan harapan baru atau mengubati kekecewaan ahli-ahli USNO Sabah kerana setelah UMNO berada di Sabah, mereka seolah-olah melupakan perjuangan rakyat Sabah yang mempunyai keistimewaan dan autonominya sendiri yang perlu dihormati?
Tidak mungkin perkara ini boleh memulihkan keadaan dan mengubati kekecewaan ahli USNO dan pendokongnya yang dilihat bangkit semula di bawah pimpinan anak lelaki ke empat Tun Mustapha iaitu Datu Badaruddin yang sebelum ini tinggal di London, kembali ke tanah airnya pada 1994 untuk berjuang bersama rakyat Sabah.
Badaruddin adalah harapan baru penyambung kepada perjuangan Tun Mustapha untuk rakyat negeri Sabah bersama USNO, namun usaha mendaftarkan semula parti itu telah dilakukan sejak 5 tahun lalu; tetapi Perdaftar Pertubuhan Malaysia (PPM) dilihat seolah-olah ingin mengusik orang USNO dengan gaya tersendiri dengan membubarkan USNO secara teknikal pada 2004.
Pada hakikatnya, USNO tidak pernah dibubarkan oleh Tun Mustapha. Semasa UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah, USNO hanya memberikan kebenaran dan menerima UMNO secara Ikhlas di negeri ini kerana pada masa itu, Tun Abdul Ghafar Baba telah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah.
Namun kekecewaan Tun Mustapha dapat dilihat apabila meninggalkan parti itu dan memberi bantuan kepada PBS untuk memenangi Pilihanraya 1994 dan seterusnya membentuk kerajaan rakyat Sabah, walaupun akhirnya UMNO telah dan terpaksa menubuhkan kerajaan ‘Haram’nya dari 1994 hingga 1999.
Bagaimanapun, Tun Mustapha telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1995 sebelum sempat untuk membetulkan Politik Sabah yang sedang berjalan ke arah Neo-Kolonial oleh pihak Kuala Lumpur.
Jesteru itu, bagaimana orang yang meninggal dunia pada 1995, selepas itu hidup semula pada 2004 untuk membubarkan USNO seperti dakwaan Presiden UMNO?
Sebelum Tun Mustapha menghembuskan nafasnya, beliau sempat memberi amanat terakhir kepada rakyat Sabah, “Peliharalah Negeri Sabah dan bersatulah kamu wahai rakyat Sabah untuk menjaga kemerdekaan kamu.”
Orang USNO di Sabah sudah pasti akan menyertai pilihanraya ke 13 sama ada parti yang mereka daftarkan diluluskan lebih awal atau pun sebaliknya. Pejuang-pejuang USNO dan pejuang-pejuang politik Sabah pada hari ini telah mengadakan pakatan dengan kumpulan UBF (United Borneo Front) pimpinan Datuk Dr.Jeffry Kitingan bagi meneruskan Agenda Borneonya yang dilihat mempunyai persamaan dengan perjuangan USNO.
Abdullah Sani Hj Abdul Salleh selaku Naib Presiden Penaja USNO dan Datu Arifin Datu Abdul Salam telah menghadiri Majlis UBF di Kudat pada 26 November 2011 bagi memberikan jaminan bahawa etnik semua bangsa Sabah termasuk Bajausuluk dan Kadazandusun akan disatukan semula bagi melindungi kepentingan Sabah dalam Federalisme Malaysia.
Semangat perjuangan USNO akan dikumandangkan kembali di negeri Sabah melalui penyatuan etnik Bajausuluk dan Kadazandusun bagi memastikan masa hadapan rakyat Sabah terus terpelihara sebagai negeri Merdeka.
Datu Badaruddin Tun Mustapha akan turun berkempen di kawasan kubu kuat USNO di Pantai Timur Sabah bagi menentang gergasi UMNO dengan perkiraan bahawa USNO akan mempertaruhkan masa depan politiknya di Sabah dan memberikan cabaran kepada parti atau anak didiknya di negeri itu; hatta menentang pemimpin kanan UMNO di Sabah.
“Bagi USNO, perjuangan dan mandat rakyat Sabah tetap bersamanya dan melihat UMNO di Sabah amat takut, gentar dan kurang yakin dengan sokongan rakyat Sabah jika bertarung dengan USNO di negeri ini. Jika tidak kenapa tidak diluluskan sahaja pendaftaran Parti USNO bagi menguji kekuatan di antara USNO dan UMNO di Negeri Sabah,” kata Datu Badaruddin yang semakin bersemangat dengan darah pahlawan yang mengalir di tubuhnya.
Dalam satu panggilan telefon yang dibuat oleh Datu Badaruddin kepada media USNO dari Kuala Lumpur, beliau memaklum USNO pasti akan turun pada pilihanraya ke 13 bagi menguji kekuatannya menghadapi UMNO di negeri Sabah dan pasti akan terus berjuang menghidupkan semula parti itu selagi hayat dikandung badan; serta bersedia menjadi penaja Pertubuhan itu walaupun 100 atau 200 tahun sehingga parti itu dibenarkan semula menyertai pilihanraya dan menjadi organisasi politik yang berdaftar.
Badaruddin mengingatkan Najib bahawa tiada gunanya berapi-api bercakap fasal demokrasi, berapi-api bercakap pasal ‘Juara Rakyat’ tetapi pada masa yang sama di sebalik suara-suara sumbang beliau, sebenarnya takut dengan USNO untuk muncul semula memperjuangkan hak rakyat di negeri sehingga tergamak menyekat kebebasan bersuara rakyat di Sabah.
苏洲过后无船搭!!!
ReplyDelete"su zhou guo hou wu chuan da"
Tanya rakan cina apa maksudnya bah?
Jangan sesat dahulu baru ingat sikarang!!!
Kalo terlalu berpulitik bila ko ingatkan hidup anak buah Sabah je?
ReplyDeleteUSNO berbilang kaum, SAPP berbilang kaum, parti tempatan ini lah yang diidam-idamkan rakyat Sabah untuk memerintah negeri ini.
ReplyDeleteSekarang ni orang tengok pemimpin dalam parti bukan nama parti itu.Kalau besok ada parti bernama SAPU atau CILI pun rakyat sokong kalau pemimpin nya dapat di terima rakyat.
ReplyDeleteApa itu USNO? Anak saya pun tidak tahu langsung apa dia.Dia ingat nama teddy bear saja.Jadi jangan lah terlampau megah dengan nama itu.
Tonjolkan kepada kami,rakyat jelata seorang pemimpin baru yang boleh di terima,yang betul dan iklas memperjuangkan nasib rakyat Sabah dan bukan sekadar mahu jawatan dan kekayaan.
Pemimpin yang gila jawatan dan wang ringgit banyak boleh dapat di Sabah.Muak kita di buat nya.
USNO ni nama apa ya? Nama sabun mandi?
ReplyDeleteUSNO-14 Kawasan MP-Tun Mustapha) ,SPLINTER GROUP-6 Kawasan MP-Datuk Karim Ghani itu group asal usul nya UMNO Sabah.
ReplyDeleteini nama sabun yang sudah mati tarik luputnya mahu di jual dikedai tapi nelum ada lesen lah
ReplyDeletesaya org malaya umno megigatkan kepada rakyat sabah, agar berlututlah dibawa telapak kaki kami.kami kasian agar rakyat sabah boleh kami suru jadi pencacai ditelapak kaki kami.
ReplyDelete