Search This Blog

Friday, January 27, 2012

Warga tempatan suku Murut ditolak dapat BR1M?

TENOM: Seorang penduduk warga tempatan Aldiyantoe Abdullah @ Andol bin Satimbal 53, (gambar), melahirkan kekecewaannya apabila permohonan beliau untuk mendapatkan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 ditolak oleh petugas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semasa pendaftaran mula dibuka kepada orang ramai beberapa minggu lalu.

Katanya, petugas itu telah mengembalikan borang yang lengkap diisinya berserta dengan salinan kad pengenalannya dengan memberi alasan bahawa beliau tidak layak kerana tiada tanggungan iaitu berstatus sebatang kara (duda).

Berdasarkan penjelasan itu beliau sifatkannya sebagai berlaku ketidak telusan dalam pemberian BR1M terutama sekali syarat syarat yang tercatat dalam borang amat mengelirukan dan bercanggah dengan alasan yang diberi oleh kakitangan LHDN kepada beliau.

“ Selepas sahaja permohonan saya ditolak, kekecewaan, sedih dan malu terasa sangat pada diri saya dimana seolah olah saya dianak tirikan, sedangkan banyak lagi duda yang lain sama status dengan saya tetapi permohonan mereka diterima…saya juga bangsa Murut tulen apa lagi masalahnya,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Khamis.

Tegasnya, walau pun beberapa desakan daripada mana mana pihak termasuk Pemaju Mukim Kalang supaya membuat rayuan sekali lagi namun beliau tetap dengan pendiriannya tidak akan merayu dimana beliau menganggap insiden itu satu tragedi yang memalukan dirinya.

“ Saya tidak menyalahkan wakil rakyat atau pejabat daerah tetapi pengurusan LHDN yang mengendalikan tugas itu terlalu merumitkan syarat syarat dalam borang BR1M, (Jadi)..banyaklah kekeliruan berlaku,” tegasnya.

Aldiyantoe atau lebih dikenali dengan sebutan Yantoe merupakan anak watan dari suku kaum Murut disini berkehidupan sebatang kara selepas bercerai dengan isterinya berasal dari Beaufort kerana tidak dikurniakan anak.

Bagaimana pun Yantoe kembali ke sini (Kg Makapauh) sambil berusaha secara berdikari (berdiri diatas kaki sendiri) selepas bercerai dengan isterinya dengan mengusahakan tanaman kontan seperti sayur sayuran, ubi, pisang dan sedikit ternakan untuk menjana penghidupan sehariannya.

Ketika ditanya sama ada beliau telah memohon bantuan e-kasih Yantoe berkata, “ Saya sudah memohon malah nama sudah tersenarai dalam komputer tetapi sampai sekarang balik balik cek buku akaun tetapi masih kosong,” katanya.

Namun Yantoe tetap pasra dengan keadaan penghidupannya sambil tidak berputus asa untuk mengharungi penghidupan sehariannya walaupun usahanya dalam pertanian dilakukannya secara kecil kecilan namun ianya suatu rezeki yang halal ujar beliau.

Oleh: Ambrose M Matthew

56 comments:

  1. The BR1M is for a household with the income under RM3,000 if I'm not mistaken, I don't remember seeing whether bachelors that lives alone are entitled to apply for it. Many families are more in need of the RM500, some have elderly and children living in the same household which have higher burdens.

    ReplyDelete
  2. Nevertheless, if Yantoe is eligible for any other aids from the government, it is hoped that he will be given the opportunity to receive his share.

    ReplyDelete
  3. Syarat -syarat kelayakan untuk memohon bantuan rakyat 1 Malaysia Rm500 (BR1M) adalah seperti di bawah:

    1.Warga negara Malaysia.
    2.Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulan RM3000 dan kebawah.
    3.Berkahwin
    4.Ibu - Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
    5.bujang yang mempunyai tanggungan (di dalam rumah yang sama)
    6.Warga emas (berumur 60 tahun keatas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan RM3000 dan kebawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdasarkan syarat2 diatas, ldiyantoe Abdullah @ Andol bin Satimbal mmg tidak layak untuk mendapat bantuan tersebut, kerana dia tidak mempunyai tanggungan dan walaupun dia sebatang kara tapi umurnya belum mencapai 60 tahun.

      Delete
    2. kudos to you, SAMANDA for this...

      Delete
    3. Jadi tiada isu lah. Terang2 juga diberitahu untuk yang ada tanggungan.

      Delete
    4. jika berdasarkan maklumat yang diberikan oleh samanda..dia memang tidak layaklah untuk mendapat bantuan tersebut.

      Delete
    5. berdasarkan kepada syarat. yantoe langsung tidak layak untuk memohon BR1M..barangkali dia cuba nasib saja bah tu..

      Delete
  4. Pendek kata mesti ada tanggungan la bah tu kan.. Bah apa boleh buatlah ldiyantoe kalau nda dapat ba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..saya pun dengar begitu..kalau ada tanggungan atau warga emas sebatang kara barulah layak.

      Delete
  5. Ketika ditanya sama ada beliau telah memohon bantuan e-kasih Yantoe berkata, “ Saya sudah memohon malah nama sudah tersenarai dalam komputer tetapi sampai sekarang balik balik cek buku akaun tetapi masih kosong,” katanya.

    Harap pihak yang berkenaan dapat bagi penjelasan tentang hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembahagian bntuan tersebut melalui baucer, bukan melalui buku akaun.

      Delete
  6. Saya yakin ada bantuan lain yang mungkin boleh diberi pada si ldiyantoe. So sabar ya ada juga pihak yang tampil hulur bantuan tu nanti.

    ReplyDelete
  7. Dui kesian tapi mcm mana dia tak cukup kelayakan. Tapi pegawai tu pun patut explain bagus2 ba.. duii...

    ReplyDelete
  8. Jika Yantoe layak dapat mana-mana bantuan dari kerajaan harap2 akan ada pihak yang tolong dia nanti utk dptkan bantuan itu.

    ReplyDelete
  9. maksudnya dia tidak layak undi BN sebab kalau kerajaan kata tidak layak undi pun tidak layak lah sebab kita undi kerajaan ada lah untuk membantu rakyaat...yang menghairan kan ada pula yang ada kerja isteri dan suami layak dan yang bujang pun layak juga........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon sayang, yang bujang tu ada tanggungan. pikir la ba yang anak yatim / yatim piatu yang ada beberapa adik2/ibu/bapa yang ditanggung. Logik kan. Akal tu ba panjang 1 jari saja.

      Delete
    2. jika betul apa yang anon dakwakan, tunjukkan lah bukti..

      Delete
  10. Bukan semua boleh diberikan bantuan, memang akan terdapat sebahagian orang yang diabaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taken only if they don't fit the requirement.

      Delete
  11. Pihak bertanggungjawab harus memberi keadilan kepada semua bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adil tu adil juga. tapi kena ikut syarat yang sudah ditetapkan.

      Delete
    2. setiap pekara itu ada syarat kelayakannya. ituah yang dipatuhi.

      Delete
  12. Banyak rakyat perlukan bantuan. Harap masalah ini boleh diselesaikan.

    ReplyDelete
  13. I'm sorry to say but this man clearly doesn't deserve the BR1M aid. There are other people who are more in need of this aid. They have to support their families where as Aldiyantoe has no one to support. Plus, he is not even 60 years old.

    ReplyDelete
  14. “ Selepas sahaja permohonan saya ditolak, kekecewaan, sedih dan malu terasa sangat pada diri saya dimana seolah olah saya dianak tirikan, sedangkan banyak lagi duda yang lain sama status dengan saya tetapi permohonan mereka diterima…saya juga bangsa Murut tulen apa lagi masalahnya,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Khamis."

    What is there to be ashame of??? It doesn't matter if you're a pure murut but you don't fit the requirement, its impossible for you to get the aid.

    ReplyDelete
  15. its pity that he didn't get the aid that he needed. He may not be eligible to receive this aid but maybe there are other aids from the government is is eligible.

    ReplyDelete
  16. Before this article were being released, why didn't the writer mentioned to him that he is definitely not eligible to receive the BR1M aid. Isn't it obvious he doesn't qualify to receive the aid?

    ReplyDelete
  17. Hari tu keluar isu, bukan pengundi BN tidak dapat BR1M. Sekarang pembangkang kasi panas pasal kaum pula. check dulu betul2 apa pasal tidak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang memang suka cari isu.yang baik dikasi buruk.semuanya tidak kena pada mata pembangkang.

      Delete
  18. "sedangkan banyak lagi duda yang lain sama status dengan saya tetapi permohonan mereka diterima"

    ???Adakah duda2 lain pun tiada tanggungan??? borang tu mesti diisi tanggungan.

    ReplyDelete
  19. "saya juga bangsa Murut tulen apa lagi masalahnya"

    Uncle, tu borang tidak lengkap sebab tiada kena isi dibahagian tanggungan.

    ReplyDelete
  20. Kenapa pula? Mesti ada sabab musababnya ni. Sekarang ni pilak pun trip2 mcm muka bumi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama si pakcik macam Indon pun ada. Bukan mahu mengejek, tapi kenyataan.

      Delete
    2. kalau tengok muka dan nama saja tidak boleh pakai la..

      Delete
  21. BR1M aid is supposed to all Bumis. Why this thing happened?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan semua bumiputera akan dapat BR1M ni. kena ikut syarat juga..

      Delete
    2. bukan semua layak mendapat BR1M...syarat2 yang ditetapkan harus dipenuhi...perkara seperti ini berlaku disebabkan oleh kurang faham pemohon kepada syarat2 permohonan..

      Delete
  22. BR1M ini akan diberikan kepada mereka yang layak..jika ada permohonan yang gagal cubalah membuat rayuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau pemohon itu tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, tidak harus diberikan peluang...ramai lagi yang berkelayakan..

      Delete
  23. Bujang yang mempunyai tanggungan -- Jika Duda pun namun tidak ada tanggungan rasanya memang tidak layak. Kerana itulah syarat untuk mendapat bantuan ini.

    ReplyDelete
  24. Lagi pun jika dilihat pada umur pemohon itu sendiri, seharusnya Warga emas (berumur 60 tahun keatas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan RM3000 dan kebawah. Bagi kategori warga emas mesti 60 keatas. Memang Aldiyantoe Abdullah @ Andol bin Satimbal sebatang kara, namun umurnya adalah 53 tahun. Tapi syarat adalah 60 tahun keatas. Harap fahami syarat terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.

    ReplyDelete
  25. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulan RM3000 dan kebawah. Maksud disini antara lelaki atau perempuan yang menanggung kehidupan keluarga dengan pendapatan yang kurang dari RM3000 dalam isu rumah tersebut. Maka ketua tersebut mempunyai tanggungan. Maka orang seperti ini layak mendapatnya. Lain cerita kalau orang yang tidak ada tanggungan.

    ReplyDelete
  26. Masalah sekarang adalah masalah sendiri yang tidak memahami syarat untuk memohon. Tidak perlu salahkan orang lain dan perlulah salahkan diri sendiri kerana tidak berjaya atas kesilapan diri sendiri.

    ReplyDelete
  27. Bantuan ini rasanya semua layak, jika mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk permohonan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya yang layak saja akan diberi BR1M..yang tidak layak, tidak akan dipertimbangkan..

      Delete
  28. kekeliruan seperti ini kerap kali berlaku...sebelum memohon, diharap para pemohon diberikan taklimat terlebih dahulu..

    ReplyDelete
  29. kalau tidak layak tu akur saja la.. ramai lagi pemohon yang benar2 memerlukan bantuan ini..

    ReplyDelete
  30. pihak yang mengetengahkan aduan ini takkan tidak tahu yang pengadu sememangnya tidak layak menerima bantuan?? atau pura2 tidak tahu, asalkan boleh jadi isu..

    ReplyDelete
  31. hope the people who managed to receive this assistance using it wisely

    ReplyDelete
  32. Such support shows that government is truly committed to helping people

    ReplyDelete
  33. bantuan seperti ini wajarlah diteruskan setiap 6 bulan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan

    ReplyDelete
  34. ..dan bukannya memberi gambaran negetif kepada parti pembangkang bahawa ianya untuk memancing undi dari rakyat semata-mata

    ReplyDelete
  35. semoga BN mendapat mandat dari rakyat untuk kekal memerintah Sabah

    ReplyDelete