Search This Blog

Wednesday, July 18, 2012

Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam Ekonomi Malaysia


UMNO/ BN gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

UMNO/ BN gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

UMNO/ BN juga gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung.

Statistik menunjukkan pendapatan isi rumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.

Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:

Pengagihan projek yang tidak telus - dikuasai oleh kroni-kroni seperti Patrick Lim dan Kamaluddin - taman tamadun islam, penang global city center.

Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal - jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.

Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat RM19 billion daripada RM146 billion kepada RM165 billion.

Beberapa fakta yang perlu diketahui untuk perkongsian:


1. Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
2. Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
3. Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
4. Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
5. Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
6. Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
7. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
8. Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
9. Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
10. Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
11. Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta.
12. Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta.
13. Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta.
14. Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta.
15. Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion.
16. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion.
17. Sime Darby – rugi RM 1.6 billion.
18. Pos Malaysia – rugi RM 546 juta.
19. Felda – rugi RM 8 Billion.

dan yang paling terbesar ialah:

20. Blok L dan M - RM 380 billion.

~ Bayangkan betapa bodohnya kita kerana memberi mandat kepada BN (UMNO, PBS, UPKO, PBRS, LDP, MCA, MIC dsb) sedangkan mereka bukan pakar ekonomi malah pakar menipu ~
Penulis:

Penulis - Joseph Wilfred Lakai ialah Timbalan Pengerusi, Parti Maju Sabah (SAPP) N34. Liawan

53 comments:

  1. Peace be upon you.

    I was very surprised when this matter is disclosed, I cried when I read all this as it is indeed astounds me and my friends. It's a very unusual because after nearly 49 years of Sabah independence and formed the Malaysia federation, apparently this is only a matter of oppression to the people of Sabah.

    "I support your struggle for the reinstatement of the Malaysia Agreement 63".Continue your courageous struggle with SAPP! God is always with the courageous people to claim the truth.

    Toh Puan Hjh. Rahimah
    Kuala Lumpur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toh Puah Hjh Rahimah does not know what happen during the time SAPP form the government in Sabah. Actual Sabahans are not as easily fooled.

      Delete
  2. tambahan..
    Sabah rugi RM300 juta kerana penyelewengan hasil balak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan cakap sahaja, tunjukkan bukti.

      Delete
    2. betulkah atau tidak betul ni?

      Delete
    3. yeka.. bukankah ekonomi Sabah kini makin membangun, Sabah berjaya tarik pelaburan sehingga RM112.8 billion.

      Delete
    4. Industri pembalakan tidak sebaik sebelum ini lagi, terlalu banyak penyelewengan dan penebangan yang tidak terkawal.

      Delete
  3. THOSE capable in doing researh and write up for the good of people and the State please do-whoelse would help us..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Capable of doing research= Finding past write ups and recycle the same issues over and over and over, but actually does not have enough evidence to prove anything. Like a broken record spiced up on a turn table.

      Delete
    2. ya...isu diulang-ulang berulang kali...

      Delete
  4. With all the write ups on the corruptions of the UMNO/Bn regime being circulated in the media /net, it would be treacherous for those who continue to support Bn led govt knowing that this is a corrupted govt that will lead the country to bankruptcy. Come GE13, all Sabahans must give full support to the local opposition party SAPP to claim back our rights under the Malaysia Agreement and to take control of all our natural resources for the benefit of all Sabahans and the future generations.God is watching.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan haraplah SAPP akan menang...

      Delete
    2. setuju dengan sony, sukar untuk sapp mau menang.

      Delete
  5. Bukan tidak mampu mengawal harga minyak, tetapi sudah memansuhkan subsidi minyak era Dr Mahathir. Memang harga minyak kalau mengikuti harga antarabangsa sentiasa naik turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...bukan malaysia yang kawal tu harga minyak tetapi global...ni SAPP ni hebat betul mengelirukan rakyat..

      Delete
    2. sapp akan mainkan isu seperti ini untuk dapatkan sokongan.

      Delete
    3. Subsidy harus dikurangkan, ini cuma membebankan kerajaan.

      Delete
    4. Banyak subsidy telah diberi oleh kerajaan, harus juga dikurangkan secara berperingkatan.

      Delete
  6. Rakyat sudah biasa dengan subsidi minyak semasa Malaysia diperintah di bawah Dr Mahtathir selama 22 tahun, tiba-tiba subsidi minyak dimansuhkan, memang masih belum biasa lagi.

    ReplyDelete
  7. jadi adakah SAPP pakar ekonomi? kalau pakar ekonomi kenapa masa YTL dulu tidak melakukan sesuatu?

    ReplyDelete
  8. SAPP bila mahu tendang si Yong? sebab Yong pun bukan pakar ekonomi..bahkan Yong adalah liabiliti kepada SAPP..kalau SAPP jadi kerajaan negeri, Yong akan menjadi liabiliti kepada sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya YTL tetap masih mahu jadi presiden sapp lagi tu..

      Delete
    2. kerana Yong SAPP takkan dpt sokongan.

      Delete
    3. YTL mungkin mahu memperlihatkan 'kejayaan' beliau sebelum berundur dan menyerahkan SAPP kepada pemimpin lain. maklumlah sebelum ni belum ada kejayaan yang besar telah beliau capai.

      Delete
    4. Mustahil Yong tidak terlibat dengan rasuah. Ceh!

      Delete
  9. sapp sudah mula mau aktif balik...mahu dekat sudah pilihanrayakan.

    ReplyDelete
  10. masa dalam kuasa dulu Sapp tidak pun melakukan apa-apa. sekarang baru mau tunjuk pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah lepas tangan baru mahu bising2. Apa barang..

      Delete
  11. Pasti ada jalan penyelesaian kepada masalah ini dan pastinya akan keadaan bertambah baik.

    ReplyDelete
  12. Semua pihak kena bertindak sebelum pilihanraya diadakan.

    ReplyDelete
  13. I can see a great and positive development of the economy. Let see Tourism, oil, woods, agriculture etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In economy, there will be ups and downs. Depends on how wise the problems are dealt with.

      Delete
  14. Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:

    Melihat kepada data dan jumlah angka, trebukti pengurusan kewangan masih perlu diperbaiki lagi. Banyaknya kerugian dan penyelewengan?

    ReplyDelete
  15. Let vote for a brilliant government to manage the people money.

    ReplyDelete
  16. ETP and GTP as diverse sectors propelling the economy to compete globally.

    ReplyDelete
  17. One aim the ETP seeks to achieve is to help Malaysia break out of the middle-income trap that has hitherto confined it to a manufacturing based economy dependent on cheap and semi skilled labour. The aim is to turn it into a high-technology and modern services based economy that requires professionally qualified and occupationally skilled manpower that commands high salaries and wages and, of course, higher efficiency.

    ReplyDelete
  18. Its good at least the people know well about where the money gone.

    ReplyDelete
  19. Jika maklumat ini benar, terbukti juga kerajaan kini gagal menguruskan kewangan dan pelaburan wang rakyat.

    ReplyDelete
  20. Kegagalan menguruskan kewangan negara, seakan menambah lagi hutang negara.

    ReplyDelete
  21. Kelemahan ini harus mencari kaedah untuk memperbaiki lagi. Jika tidak, bankrupt nanti negara kami.

    ReplyDelete
  22. Masalah ini pasti akan menjejaskan ekonomi Negara jika pelbagai kerugian ditanggung.

    ReplyDelete
  23. PM perlu memastikan hutang Negara dapat dikurangkan atau diselesaikan. Ini akan menjejaskan pentadbiran jika berterusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rombak organisasi jika yang ada tidak berkesan. Pilih mereka yang mampu buat kerja dengan baik, bukan pilih ikut kelompok sendiri.

      Delete
  24. Please la. SAPP pun dalam BN juga dulu.

    ReplyDelete
  25. The state civil service was told to step up its efforts to ensure the continued success of the Government Transformation Programme, which is entering a new phase.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said despite achievements over the past two years, they should not rest on their laurels and should continue to innovate.

      Delete

    2. He said this during the GTP 2.0 Roadmap Open Day conducted by the Prime Minister's Department's Performance Management and Delivery Unit (Pemandu).

      Delete

    3. This is the role of the GTP 2.0. It is designed to take the achievements of our initial work to the next level. It will focus on plugging existing leaks within the system and refining delivery methods.

      Delete
    4. Refinement, improvement, enhancement and macro-focus are major keywords that will set the direction over the next three years.

      Delete
    5. He said the people could expect significant changes such as economic empowerment of individuals and communities through the GTP 2.0.

      Delete
    6. Musa said GTP 2.0 would add momentum to the state's socio-economic transformation programmes.

      Delete

    7. By ensuring these programmes work in tandem with key development initiatives, Sabah can expect rapid economic transformation. No one will be left behind in Malaysia's mission to become a high income nation.

      Delete
    8. Minister in the Prime Minister's Department and Pemandu chief executive officer Senator Datuk Seri Idris Jala delivered a performance report on the first phase of the GTP as well as a briefing on the GTP 2.0.

      Delete